Allah s.w.t. sebagai khalik telah menjadikan manusia dengan seelok-elok kejadian jika dibandingkan dengan lain-lain kejadian Allah yang lain. Kecantikan manusia telah dirakamkan dalam Al-Quran Nur Al-Karim surah Al-Tin firman Allah “Sesungguhnya aku jadikan manusia dengan seelok-elok kejadian” ditambah lagi dengan diberi akal fikiran sehingga berpuluh kali disebut dalam Al-Quran mengenai akal.
Dalam hubungan ini orang-orang Melayu yang beragama Islam khususnya, apa lagi yang mereka mahu? Sejak 1951 orang Melayu berpecah kepada 2 kumpulan yang besar iaitu kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam melalui sebuah parti yang didaftarkan atas nama PAS. Manakala satu lagi kumpulan orang Melayu Islam berjuang atas Melayu berlandaskan kehendak-kehendak Islam, kedua-dua kumpulan ini terus memperjuangkan mengikut kehendak (setiap kumpulan), yang anehnya kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sehingga kini tidak ada pun yang dibuat yang nampak boleh dilebalkan sebagai Islam perbuatan mereka.
Kumpulan ke-2 yang memperjuangkan untuk kepentingan Melayu melalui Islam telah membangunkan negara ini dari segenap aspek sejak 1957 hingga kini yang manafaatnya dapat dirasai oleh semua masyarakat Malaysia malah kumpulan yang mendakwa untuk mengapakan Islam itu pun mencapai hasil perjuangan yang diperjuangkan oleh kumpulan kedua sehingga mereka maju jaya dalam bidang-bidang yang mereka ceburi, seperti pendidikan, ekonomi bahkan dalam bidang keagamaan, sehingga sampai ke sebarang laut semuanya itu hasil perjuangan kumpulan ke-2.
Kumpulan pertama yang mendakwa perjuangan untuk mengapakan Islam tidak menjadi kenyataan, yang nyata hanya maki-hamun, memfitnah masyarakat. Justeru berfikirlah demi untuk kebaikan sejagat tak usahlah bertelingkah sesama orang Melayu, ianya tidak berkesudahan.
Selepas 1999 satu lagi kumpulan Melayu muncul dalam arena politik yang mendakwa memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat, tetapi sehingga kini tidak ada apa pun yang kumpulan ini lakukan atau yang mereka buat untuk rakyat negara ini yang jelas memesongkan pemikiran rakyat untuk membencikan kerajaan, selain itu membangkitkan semangat perkauman dan reformasi jalanan sehingga terbawa-bawa sampai ke dalam Dewan Undangan Negara dan Dewan Rakyat. Inikah yang mereka dakwa keadilan?
Bersatulah ke dalam kumpulan ke-2 yang jelas peranannya tidak bertentangan dengan Islam dan berjaya pula memperjuangkan kepentingan sejagat. Malah hasil perjuangan kumpulan ke-2 ini telah diiktiraf oleh dunia dalam semua aspek. Bersatulah, kerana itu yang dituntut oleh Allah dan Rasul, ingatlah Islam tidak membenarkan umat-umat berpecah belah semasa Islam dan fikirlah kerana kebaikan itu yang kita mahukan.
TINGKAT 6.COM
27 JULAI 2009
Isnin, Julai 27, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan