Rabu, Julai 22, 2009

DR. LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI KESAL PENGUNDI MANEK URAI PILIH UMNO/BN

Pengundi-pengundi di DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan tidak sepatutnya menukar kepentingan duniawi dengan ukhrawi, duniawi tidak berkekalan. Kenyataan ini dibuat oleh Dr. Lo’ Lo’ ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya di DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009.

Lo’ Lo’ mencemoh tindakan pengundi Manek Urai kerana sanggup menukar pendirian yang dipegang selama ini. Dr. Lo’ Lo’ bermain politik sepanjang masa, sehingga lupa yang sepatut diperjuangkannya iaitu nasib rakyat.

Apakah Dr. Lo’ Lo’ tidak tahu bahawa Manek Urai 15 tahun berada di bawah PAS, tetapi PAS tidak berbuat apa-apa, kelihatan Manek Urai sama seperti dulu. Justeru, pengundi DUN Manek Urai berfikiran terbuka dengan menzahirkan melalui pilihan raya baru-baru ini iaitu menyokong UMNO/BN. Mereka tahu jika mereka masih mengundi PAS sudah pasti mereka akan ketinggalan dari arus pembangunan. Keputusan dengan hanya majoriti 65 undi bagi calon PAS, ianya merupakan satu tamparan kepada PAS Kelantan. Di bawah pimpinan ulamak yang sebelum ini menjadi idola mereka (penyokong PAS).

Majoriti dengan hanya 65 undi menunjukkan ahli-ahli PAS mula menolak perjuangan dengan berteriak, bertakbir, rakyat tidak ada apa yang mereka perolehi selama 3 penggal duduk di bawah payung PAS.

Rakyat Manek Urai inginkan perubahan sama seperti di tempat tempat lain di bawah UMNO/BN. Ini menunjukkan pengundi di DUN Manek Urai sudah matang keputusan yang ditunjukkan baru-baru ini jelas mengambarkan betapa hasrat semua pengundi inginkan perubahan di tempat mereka. Mereka sudah sedar betapa mereka ditipu, digula-gulakan sejak 3 penggal berturut-turut. PAS hanya berselindung di sebalik Islam, malah lebih tepat PAS menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata sebagai contoh selama 3 penggal PAS berada di Manek Urai satu masjid/surau tidak di bina untuk tempat beribadat, yang ada di seluruh DUN Manek Urai samada masjid atau surau dan sekolah semua dibina oleh Kerajaan Negeri semasa UMNO/BN memerintah Kelantan.

PAS di bawah pimpinan Mursyidul Am Y.A.B Dato’ Nik Aziz Nik Mat akan berkubur selepas ini, ini jelas melalui gambaran gelombang yang ditunjukkan oleh anak-anak muda di Manek Urai. Justeru saya merasa begitu yakin anak-anak muda seluruh negeri Kelantan akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di Manek Urai dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.

Saya menyeru orang-orang yang fanatik dengan YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat supaya berhenti menggunakan potongan ayat-ayat suci al-quran dan dilukis atau dicetak bersama dengan wajah Dato’ Nik Aziz sedang berdoa dan potongan ayat suci yang ditulis bermaksud ”Masuklah ke dalam agama Islam dalam keadaan selesa dan sejahtera” kemudian disangkut di pokok-pokok kayu. Ayat itu tidak ada kena mengena dengan parti PAS, malah maksud ayat mengajak dan memberitahu kepada kita bahawa agama Islam selamat dan menjamin kesejahteraan kepada semua bukannya menyeru masyarakat mengundi PAS.

PAS sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian, 1 PAS halal dan 1 bahagian lagi PAS itu haram. Halal dari sudut demokrasi, iaitu PAS diluluskan oleh pendaftaran mengikut proses undang-undang negara. Justeru PAS seperti lain-lain parti politik boleh mengadakan aktiviti parti selagi tidak bertentangan dengan undang-undang lain seperti peraturan dalam kanun keseksaan (KK) yang kedua parti PAS itu amalannya haram, iaitu pimpinan dan para penyokongnya memutuskan silaturahim sesama Islam, memusuhi sesama saudara seagama, malah lebih dari itu berlaku penceraian antara suami isteri, pulau memulau, keji mengeji, memfitnah, menghukum mereka yang berada dalam UMNO tidak Islam, kafir dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan