Selasa, Julai 14, 2009

ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri mengatasi kepentingan individu.

Masih ramai mengaitkan ISA dengan ketidakadilan/zalim dirangka begitu rupa semata-mata untuk kepentingan politik.

ISA diwujudkan bagi menghalang/mencegah dari berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan rakyat dan negara. ISA bukan tindakan selepas berlaku satu-satu ancaman. Ianya dikenakan terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan, keamanan negara contohnya tindakan ke atas aktiviti subversif seperti penganas komunis, mengancam aqidah, ajaran al-argami, mengancam keselamatan dan ekonomi, Kumpulan Hindraf dan banyak lagi, semuanya diambil bukan kepentingan politik seperti dakwaan pembangkang.

Tindakan pantas pihak berkuasa ke atas golongan-golongan yang saya sebutkan tadi membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni, aman damai, termasuk pembangkang malah ISA merupakan satu akta penyelamat kepada pihak yang tidak berdosa, seksyen 73(1) memberi kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan awal menahan mana-mana individu, kumpulan yang dianggap oleh polis boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam dengan menahan mengikut keadaan 24 jam, 2 hari, seminggu dan maksimun 60 hari, ini bagi membolehkan pihak polis mengkaji kes melalui pelbagai cara termasuk risikan.

Penahanan di bawah ISA, bukan satu kesalahan jenayah dan tidak dituduh di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan. Tahan di bawah ISA tidak dimasukkan di lokap polis manakala tahanan ISA mempunyai sel sendiri tidak dicampurkan dengan lain-lain tahanan, mempunyai lengkap dengan tempat tidur.

Pihak polis tidak perlu merujuk kepada Menteri untuk mengambil tindakan ke atas individu kumpulan, cuma sebagai Menteri Dalam Negeri, pihak polis akan memberitahu tindakan itu berserta dengan alasan-alasan bertulis. Membebaskan tahanan ISA juga pihak polis memberitahu kepada Menteri berserta dengan alasan supaya Menteri berkenaan boleh menjawab bila disoal/ditanya oleh mana-mana pihak.

Selepas 60 hari, jika polis mendapati bahawa orang itu, masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara, maka pengakuan akan dibuat oleh polis kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan lebih lama lagi mengikut seksyen 8(1) atau 8(5). Menteri akan mengkaji hujah yang diberikan oleh polis itu sebelum membuat sebarang keputusan setelah berpuas hati Menteri akan menandatangani permintaan polis. Selepas 3 bulan kes boleh di rujuk Lembaga Penasihat orang yang ditahan boleh membawa peguam ketika kes didengar.

Sehubungan ini, pihak pembangkang jangan sekali-kali menuduh pihak berkuasa dengan zalim atau lebih dari itu, iaitu menyamakan pihak berkuasa yang menggunakan ISA dengan ”binatang”.

Dalam hal ini kadang-kadang kita lupa atau sengaja buat-buat lupa mengatakan penahanan bermotifkan politik, sesuka hati menahan tetapi percayalah polis tidak akan bertindak sesuka hati kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan oleh polis.

Orang-orang politik tidak sepatutnya membuat kenyataan semata-mata untuk kepentingan peribadi atau kepentingan parti.

Ingatlah tanpa undang-undang semua kita tidak selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan