Khamis, Julai 02, 2009

PERJUANGAN PAS UNTUK POLITIK ATAU ISLAM?

Bermulanya perpecahan dalam pucuk pimpinan Melayu ialah apabila Hj. Ahmad Fuad keluar dari UMNO dan menubuhkan parti PAS pada 16 September 1951 bilamana beliau tidak mendapat tempat dalam UMNO.

Kewujudan PAS bukan asasnya untuk menegakkan Islam, PAS bukannya dari Allah, tetapi diasaskan oleh Hj. Ahmad Fuad di atas asas kekecewaan. PAS tidak kena-mengena dengan Islam sebagai ”Ad Din” menggunakan agama, khususnya Al-Quran dan Al-Hadis semata-mata untuk kepentingan parti sehingga sanggup pada satu ketika melabelkan orang-orang UMNO khususnya, tidak Islam dan mati tidak Islam, nikah kahwin melalui iman UMNO haram, sembelihan orang-orang UMNO haram di makan.

PAS tidak ada dalam Al-Quran atau Al-Hadis malah tidak ada ijmak ulamak sebagai agama, PAS hanya sebuah parti politik sahaja, sama dengan UMNO.

Dalam ”Dokumen Negara Islam” keluaran PAS, halaman 16, No.5, PAS sendiri tidak mengakui bahawa parti itu sebagai parti Islam, hanya sebagai sebuah parti politik.

Justeru itu siapa pun tidak boleh mendakwa ”PAS itu Islam dan Islam itu PAS” kerana PAS tidak diturun melalui wahyu Allah, cuma PAS merupakan wasilah, pendekatan sekumpulan sejak awal di tubuhkan untuk memenuhi tuntutan nafsu bagi mencapai matlamat.

Banyak badan-badan lain yang berdaftar atas nama Islam melakukan aktiviti-aktiviti Islam dan ramai pula orang-orang Islam yang turut serta tetapi tidak menyertai PAS atau tidak menyertai mana-mana parti politik atau mana-mana Badan atau pertubuhan Islam lain, apakah mereka tidak tergolong orang Islam? Atau apakah apa yang mereka lakukan, usahakan untuk membangun Islam tidak dianggap Islam?

Mengikut perspektif Islam, PAS bukanlah parti Islam atau hizbullah (parti Allah) tetapi PAS merupakan sebuah parti politik lain juga, jadi orang Islam yang tidak menyertai PAS pun Islam juga, tak timbul sama sekali mereka mati tidak masuk syurga Allah. Tidakkah lihat jutaan umat Islam seluruh dunia yang tidak menyertai PAS, Apakah bila mereka meninggal dunia tidak masuk syurga? atau apakah mereka akan ditanya oleh mungkar dan nangkir wahai manusia, semasa di dunia dulu adakah kamu mendaftar sebagai ahli PAS? atau sekurang-kurangnya menyokong PAS? yang ditanya oleh malaikat ialah siapa tuhan kamu? dan seterusnya.

PAS sama dengan parti politik lain dalam negara, perjuangannya tidak global, hanya di Malaysia, di Malaysia pun tidak diterima oleh semua rakyat, mereka yang menyertai PAS mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO. Fikiran mereka sempit, dasar perjuangan berubah-ubah sekali boleh, sekali tidak boleh contoh dulu PAS tidak boleh duduk semeja dengan orang-orang bukan Islam, tidak boleh bermusyawarah dengan mereka kini DAP merupakan rakan karib (qarin) apa yang DAP kata semuanya ikut, sehingga Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Parti, tak boleh dilaksanakan kerana DAP tak mahu. Inilah dasar PAS sempit fikirannya.

Islam merupakan ”Al-Din” yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui malaikat Jibril a.s. yang termaktub dalam Al-Quran Al-Karim mencakupi semua aspek hidup di dunia mahupun dalam akhirat.

PAS merupakan parti politik dalam negara yang menggunakan sistem politik Demokrasi Berparlimen sama seperti UMNO dan lain-lain parti dalam negara yang lain hanya PAS mengkaburi mata rakyat khususnya yang beragama Islam dengan mewar-warkan melalui laungan, risalah dan lain-lain mengatakan PAS Islam, jika tidak menyertai PAS dan seterusnya, jika tidak mengundi PAS dalam sebarang pilihanraya diadakan, maka mati akan disoal oleh malaikat. Ini hanya mainan pemimpin PAS,

Justeru bila parti politik maka tetap parti politik, bukannya agama. UMNO parti politik sama dengan parti PAS, yang bezanya perjuangan UMNO untuk semua kaum sejak mula merdeka tidak pernah berubah, segala dasar-dasar kerajaan diagih sama rata kepada semua rakyat tidak ada pilih kasih, malah UMNO sentiasa terbuka menerima siapa sahaja asalkan warga negara. Maka marilah sama-sama kita menyokong perjuangan UMNO/BN demi untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan