Rabu, Julai 22, 2009

TINGKAT 6.COM BANGGA LUAHAN ANAK JATI MANEK URAI

Tingkat 6.com bangga dengan anak jati Manek Urai yang luahan hatinya tersiar di akhbar Utusan Malaysia, 21 Julai 2009. Syabas....

Pagi 15 Julai 2009, hati saya terasa amat tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan Pilihan Raya DUN Manek Urai. Harapan saya agar berlaku perubahan di Manek Urai, kampung halaman yang saya amat cintai. Namun harapan tinggal harapan.

Sekali lagi keputusan berpihak kepada parti penyandang di situ. Saya terima keputusan tersebut dengan hati yang reda.

Namun, jauh di sudut hati saya, terasa amat kecewa dengan pilihan rakyat Manek Urai dalam pilihan raya kecil kawasan itu. Saya merupakan penuntut di sebuah IPT di Lembah Klang. Sanggup pulang ke kampung halaman pada malam 13 Julai 2009 dan tidak hadir ke kuliah, semata-mata ingin mengundi untuk mengubah nasib kami sejak sekian lama. Namun sekali lagi penduduk Manek Urai memilih untuk terus ketinggalan.

Di sini, saya bukan menolak syiar Islam yang dibawa oleh PAS. Dan bukan menerima 100 peratus ideologi UMNO. Saya menyokong kedua-duanya. Namun ikhlas saya katakan hati saya lebih yakin pada kerajaan yang memerintah negara sekarang.

Buat pengundi Manek Urai, cuba renungkan tentang kemajuan yang terdapat di kawasan tersebut. Manek Urai hanyalah kawasan yang dikelilingi pohon-pohon getah dan kelapa sawit dan menjadi sebutan hanya kerana pilihan raya kecil ini.

Renungkanlah wahai penduduk Manek Urai, kita sudah jauh ketinggalan. Saya berkata demikian kerana saya sayangkan kampung halaman sendiri.

Renungkanlah sekali lagi wahai penduduk Manek Urai, adakah tepat calon pilihan anda? Adakah tepat perjuangan yang dibawa oleh sekutu mereka?

Jauh di sudut hati, saya tidak dapat menerima perjuangan yang dibawa oleh mereka. Saya langsung tidak dapat menerima kata-kata pemimpin mereka mengatakan sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat.

Inikah jawapan seorang pemimpin yang tidak tahu berterima kasih? Dan seorang lagi sekutu mereka dengan angkuh dan sombong berkata: ”Adakah jika anda menjadi Perdana Menteri pada 15 september, 16 september anda boleh mengubah segala-galanya?

Saya tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Biarlah mereka yang mengundi pemimpin ini untuk menjawab persoalan tersebut.

Saya tidak bermaksud untuk menghina calon mereka yang menang.

Saya akui calon ini seorang peniaga ikan yang berjaya dan seorang pemimpin yang amat mesra dengan penduduk Kuala Krai dan Manek Urai. Tetapi renungkanlah sekali lagi wahai penduduk Manek Urai, mampukah pemimpin ini membawa suara anda ke telinga atasan.

Saya mohon maaf jika luahan saya ini membuatkan penduduk Manek Urai marah dan tersinggung. Tetapi fikirlah sejenak, jika anda tidak fikirkan masa depan anda sendiri, fikirkanlah masa depan anak-anak dan generasi serta bangsa kita.

12 ulasan:

  1. masa depan kita terjamin dengan islam.

    BalasPadam
  2. tidak ada masa depan tampa islam ,manik urai lebeh bahagia dgn suasana islam dari menurut
    sestam bandar yg tidak berperikemanusia.anda
    perlu memilih kedamian dan suasana hampir zero
    jenayah dari jenayah,rasuah,tidak bertegursapa
    diantara satu samalain.adakah anda suka n/club
    judi,pelacuran, anda duduk lah dibu kota,tingg
    alkan mu dgn suasanayg ada.bye2

    BalasPadam
  3. Pelajar IPT

    50 tahun BN pegang kuasa, 2004 UMNO pegang kuasa di Manek Urai. Apa depa buat...

    BalasPadam
  4. di Sarawak masih banyak tempat yang ketingalan seperti Manik Urai sedangkan disini adalah kubu kuat BN, apa kah BN mampu mambawa suara hati rakyat?... 47 tahun dalam Malaysia dan 100% pemerintahan BN, tetapi kemajuan sama seperti Kelantan, apa kah kerajaan Islam Kelantan ketinggalan? Lu pikieq lah sendiri !

    BalasPadam
  5. budak student perpikiran kulut ..... anak penoruka felda penoreh getah lebih matang berfikir menilai situasi negara . lihatlah dunia luar jangan syok sendiri dek wei!!!!!

    BalasPadam
  6. em ape yang bloger nie cakap betul.aku sendiri p manek urai tgk orang mgundi.boleh katan manek urai berbeza dengan tmpat aku ialah MELAKA.manek urai kawasan yang jauh kebelakang.keadaan macm tempat tak membanggun langsung.kalau kau org kata bn rasuah.pas pun bagi rasuah jagk.cume angka je kecil aku lihat.tapi aku rase org manek urai nak berubah cume yang tggal di luar manek urai padabila balik mereka seje megundi pembankang.

    BalasPadam
  7. saya pn ore m.urai ..dlu pn telh pilih Bn..tapi Yb 04 dlu buat apa d m.urai...yg saya nmpak Rumah BESAr n balairaya ats tnah dia je di SG Sok..mgkn lps ni balairaya bg sewa..cm blaku sudah2..m.urai tetap sama...n nk jmpa YB pn susah..kne tnye knp org m.urai tolak BN wlpn di jnjikn Pmbgunan..org m.urai ada jwp..bkn memiliH utk ketinggalan...org ada MATA dan hati.

    BalasPadam
  8. Jarang nak jumpa pelajar IPT yang sekolot ini cara pemikirannya,agaknya apa yang dia belajar di IPT eks?

    BalasPadam
  9. Anda salah la tingkat 6 dan juga anak jati manik urai. PAS bukan perjuangkan syiar sahaja, tapi syariat. UMNO sahaja perjuangkan syiar. Belajar tinggi pun tak tahu beza syiar dengan syariat ke? Kemajuan? Kalau BN tak pilih kasih, kenapa Sabah dan Sarawak yang kaya hasil minyak dan kayu-kayan, penduduknya miskin juga. Kenapa berluasa masalah pendatang tanpa izin di sana? Yang kaya cuma pemimpin sahaja, rakyat tetap miskin. Masa election saja tiba-tiba BN jadi baik sgt beri itu beri ini. Kalau ikhlas nak tlg rakyat, tolonglah setiap masa, baru rakyat akan sokong sentiasa. Ni masa election saja bagi mcm2, tak ubah mcm rasuah pilihanraya huhuhu

    BalasPadam
  10. salam...aku dak klate..owg klate x pentingkan sgt pembgnan..yg penting aman..buat perniaagan..beto la..diaowg jew kaya.haha..ckp bole aa..lu owg tgk tmpt lain la..sabah serawak..klte zahir jew nmpk x maju..cuba tgk ikut batin..lu piki la sendiri..

    BalasPadam
  11. hahahahahahahaha
    mentalitiu pelajar ipt yang sangat dinantikan oleh pemimpin2 umno.graduan2 auku kebanggaan mahathir. tak mampu melihat secara tersirat. tersirat pon kau kabur. bukan tak pernah diberi peluang kepada umno tapi kau lihatlah hasilnya. kau lihatlah konspirasi yang berlaku dalam pilihanraya tempoh hari. jujurkah mereka? atau kau tak tahu menahu tentang tabiat mereka? pergi balik tanya org kg kau...manek urai terburai.

    BalasPadam
  12. Berapa banyak kawasan yang you dah tengok di selangor dimana rakyat nya hidup bukan merempat..malah lebih daif lagi dari manek urai...dan ini ada lah hasil dari pemerintahan BN selama 52 tahun, Sekurang kurang nya sejak ada kerajaan pakatan terbela jugak lah nasib mereka

    BalasPadam