Rabu, Ogos 26, 2009

PERINGATAN BAGI ORANG YANG BERIMAN, SIAPAKAH DAJJAL PADA MASA KINI?


Dari Anas Bin Malik, Sabda Rasulullah s.a.w. ”tidak ada kampung atau daerah di dunia yang tidak didatangi Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah”

Sahabat bertanya ”ya Rasulullah apa makna Dajjal?, Rasulullah menjawab ”Dajjal itu ialah pembawa berita yang mengelirukan”

Pada tahun 1971 di pondoknya Pulau Melaka (Kelantan), Tuan Guru Nik Aziz mentafsirkan Dajjal itu, ialah ”Pembawa berita yang mengelirukan, bohong dan fasik” contohnya, Dajjal itu diibaratkan ”Bunga Asli dan Bunga Plastik yang tidak dapat dibezakan keasliannya”. Tambah beliau lagi, Rasulullah s.a.w bersabda ”Bahawa pembawa berita yang boleh mengelirukan masyarakat setempat, kampung dan negeri dan negara”

Tuan Guru Nik Aziz dalam penjelasannya mengenai keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan, ”Jika seandainya syurga dan negara itu hak Allah semata-mata tiada guna umat Islam di dunia ini berlumba-lumba berbuat kebaikan kerana akhirnya nanti akan ditentukan oleh Tuhan.
Kalau syurga neraka ni dibiarkan kepada hak mutlak hak Tuhan belaka, banyak mencuri dan rasuah berlaku tak boleh serah mutlak kepada Allah”

Sesungguhnya ketentuan seseorang itu ke syurga atau ke neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t.

Menafikan hak kekuasaan Allah Ta’ala ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam malah merosakkan aqidah. Nauzubillahiminzalik.

Dari Pentafsiran Ini,
Siapakah Dajjal itu?

Jumaat, Ogos 21, 2009

DUN N.11 PERMATANG PASIR

N.11 Permatang Pasir, calon UMNO/BN akan menjadi pilihan pengundi, calon UMNO/BN sahaja yang mampu membawa perubahan/pembangunan. Atas dasar ini pimpinan Pakatan Rakyat sanggup mengatakan apa sahaja asalkan menghalalkan cara demi kepentingan perjuangan mereka.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan, meminta Tuanku Al-Sultan Kelantan supaya mewartakan gelaran Tok Guru ke atas diri sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Justeru itulah beliau di kenali dengan panggilan itu, sebelum itu Dato’ Nik Aziz dipanggil dengan panggilan Ustaz Nik Aziz yang peliknya Tok Guru bercakap meragam, macam-macam sekali imbas semacam orang yang tidak berilmu, apa tidak?

(i) Maki hamun orang boleh (halal).
(ii) Mengumpat orang boleh (halal).
(iii) Mencarut boleh (halal).
(iv) Menuduh orang UMNO sama dengan komunis (halal).
(v) Orang UMNO sama dengan guru ajaran salah di Pasir Akar, Terengganu (halal).
(vi) Sembelihan orang UMNO haram dimakan.
(vii) Orang UMNO tidak boleh masuk syurga kerana perjuangan orang UMNO menyeleweng dan banyak lagi kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz semata-mata perjuangan politik, perjuangan kotor bukannya perjuangan untuk menegakkan Islam, menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan perjuangan politik sempit.


Apa tidak demi kepentignan peribadi Nik Aziz sanggup meletakkan diri beliau sama dengan Allah, iaitu dengan mengatakan Allah bersifat dengan sifat Al-Mutakabir, maka kita pun boleh takbur, kita boleh samseng dan lain-lain lagi.

Justeru, dakwaan Nik Aziz bahawa sokongan kepada orang, kumpulan, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak ke syurga atau neraka. Kata-kata seperti menyalahi dari ajaran Islam.

Sehubungan ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda “bahawa semulia-mulia manusia disisi Allah s.a.w . adalah orang-orang yang bertaqwa” kesimpulan hadis ini tidak ada perbezaan antara warna kulit, bangsa, keturunan, pegangan politik, berjubah, berketayap dan lain-lain asalkan individu itu bertaqwa kepada Allah s.a.w. maka individu itu akan mendapat rahmat dan kedudukkan yang paling tinggi disisi Allah.

Justeru, sebagai orang yang memahami hukum, perlu berfikir sejenak baik buruknya jika beliau (Nik Aziz ) membuat kenyataan yang bukan-bukan, nanti buruk akibatnya. Seluruh orang Islam tahu apa yang dimaksudkan, kepada orang ramai, ingin saya jelaskan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak ada siapa pun yang diberi kuasa oleh Allah untuk menentukan kedudukkan orang itu ke syurga atau ke neraka.

Syurga, neraka dan manusia semuanya hak Allah. Hanya Allah s.a.w. sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Berhentilah membuat kenyataan-kenyataan menyeleweng dari ajaran Islam seperti ini. Orang lain pun belajar agama juga. Justeru berubahlah........... jangan kita tertipu dengan kenyataan-kenyataan yang songsang yang menyeleweng dari ajaran agama Islam.

Khamis, Ogos 20, 2009

POLITIK KOTOR PEMBANGKANG HANCURKAN GENERASI MUDA

Berdasarkan perkembangan politik semasa dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini amat menyedihkan dan begitu jijik dengan perlakuan pemimpin pembangkang khususnya pemimpin Islam. Mereka seolahnya/mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat kuasa, hatta kepada perkara yang haram dilakukan oleh orang Islam menjadi halal disisi pemimpin PAS. Hakikatnya yang haram tetap haram walau atas dasar apa sekalipun sebagai contoh, membakar lilin bagi memperingati bekas Setiausaha Politik Exco Selangor. Islam UMNO tidak boleh masuk syurga, Islam PAS yang boleh masuk syurga.

Kita tidak tahu apa yang ada dalam benak Ulamak PAS seluruh negara diam menyokong perbuatan yang menjadi syirik kepada Allah itu. Dimana Ulamak PAS? Dimana Hadi? Dimana Nik Aziz? Dimana Harun Din? Dimana Ahmad Awang? Dan yang lain? Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara walau apa sekalipun, yang haram tetap haram walaupun disokong oleh tok-tok guru mereka di akhirat tetap akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Kini seluruh rakyat menggutuk termasuk generasi muda apa yang pembangkang lakukan bertentangan dengan agama seperti mencerca, mencemuh, melimparkan fitnah, melabelkan orang UMNO semua dengan komunis, sama dengan Tok Ayah Pin guru ajaran sesat, Pasir Akar Terengganu dan banyak lagi, halalkah ini? Islamkah ini?

Seluruh rakyat negara ini mengetahui bahawa pembangkang menganjurkan perhimpunan di hadapan bangunan Sultan Abd. Samad baru-baru ini bertentangan dengan undang-undang yang diamalkan dalam negara, kerana perhimpunan itu tidak mendapat permit polis tetapi pembangkang mengadakan juga perhimpunan apa ini semua? Jika undang-undang tidak dihormati, dilanggar tentunya menjadi huru-hara, kucar-kacir, inikah yang Islam suruh?

Bila undang-undang dilanggar tentunya menjadi tidak terkawal, kerosakkan akan berlaku, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa, tetapi itu semua halal bagi permbangkang dan adil.

Inilah perbuatan puak-puak Islam dalam parti pembangkang merosakkan harta benda, rakus, sombong, wahai orang beriman jangan minta jawatan, jika jawatan yang kamu minta itu semata-mata untuk kepentingan peribadi. Kita amat bimbang Islam hanya dilaungkan untuk kepentingan puak. Kebelakangan ini kawan dalam PR menghina Islam secara terangan, tak apa dia jahil tentang Islam tetapi bagaimana pula yang mengelarkan dirinya Tok Guru mengiakan perbuatan itu? Inilah puak yang gilakan jawatan.

PAS TETAP SETIA WALAUPUN PRINSIP PERJUANGAN TIDAK DIHORMATI

PAS sebuah parti politik didaftarkan atas nama Islam, perjuangan mereka semata-mata untuk kepentingan masyarakat Islam. Namun sejak menjadi angota dalam Pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat, dilihat perjuangan PAS sudah lari dari landasarn perjuangan asal.

PAS tetap setia dengan Pakatan walau prinsip perjuangan mereka tidak dihormati oleh rakan dalam Pakatan. Kebelakangan ini kerap-kali timbul pelanggaran prinsip dilakukan oleh DAP termasuk yang terbaru iaitu menghina Islam oleh Ketua Pemuda Sosialis Like Siew Fook. PAS tetap mengutarakan kita mesti terus menerus Pakatan kita.

PAS tetap menghormati rakan karib DAP walaupun perjungan mereka untuk mengegarkan Islam telah dipersendakan oleh DAP. Nampaknya PAS tidak pentingkan agama Islam, yang penting bagi PAS ialah mereka dapat menumbangkan UMNO/BN dengan bantuan DAP. Agama Islam dihina tidak mengapa, asalkan matlamat perjuangan dapat dicapai.

Bagi PAS segala wasilah bagi mencapai matlamat perjuangan iaitu menumbangkan kerajaan UMNO/BN walau terpaksa mengadai agama, harta, pertumpahan darah (Mamali) halal bagi PAS.

PAS sanggup membakar lilin bersama rakan bukan Islam semata-mata menjaga hati walaupun perkara itu disifatkan sebagai perbuatan mensyirikkan Allah. Hadi dan Nik Aziz menyokong perbuatan itu, malah tidak kedengaran suara ulamak PAS yang mengatakan perbuatan membakar lilin itu haram bagi orang Islam.

PAS menghalalkan mencarut, memaki hamun sesama Islam,

melabelkan orang-orang UMNO sebagai kafir, Islam UMNO tidak masuk syurga menyokong perbuatan-perbuatan yang boleh menganggu-gugat keamanan negara, menyokong mereka yang menjadi musuh orang Islam PAS mesti setia dengan rakan kongsi. Apa saja isu yang berbangkit kita boleh memaafkan, asalkan mereka sanggup menentang UMNO/BN, cukup jahat niat PAS.

PAS tetap setia dan berjuang dengan DAP walaupun parti itu tidak menghormati prinsip perjuangan. Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS menegaskan kami akan duduk semeja berbincang menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan DAP walaupun masalah itu sensitif (agama, raja dan perlembagaan).

Bagi PAS perbuatan yang dilakukan oleh UMNO/BN semuanya haram tetapi apa yang dilakukan oleh PAS semuanya halal hatta sampai keperingkat menjual arak, membakar lilin, memperingati rakan dalam pakatan halal.