Rabu, Julai 22, 2009

KEMATIAN TEOH

Berulang kali pemimpin pembangkang bila berlaku angkara yang melibatkan warganegara, terutamanya individu yang menyokong perjuangan PKR seperti Teoh baru-baru ini, menuduh kerajaan, terutamanya polis tidak bertanggungjawab dan membuat pelbagai andaian dan spekulasi tentang kematian Teoh Beng Hock 30.

Pembangkang tak habis-habis membuat andaian bagi tujuan menimbulkan kekeliruan dihati rakyat dan bersangka buruk kepada kerajaan, andaian spekulasi itu boleh membawa kepada kebencian satu pihak kepada pihak lain yang akhirnya mungkin boleh membawa perbalahan antara kaum. Cukuplah ...... sedarlah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pasti kamu juga akan menerima akibatnya.

Teoh, telah pun pergi ...... urusan selanjutnya serahlah kepada pihak berkuasa SPRM dan PDRM. Tak perlu lagi keriat isu-isu yang boleh menganggu-gugat penyiasatan ke atas kes berkenaan, tolonglah sedar bahawa Malaysia mempunyai undang-undang, kita semua tahu tidak ada siapa yang akan terlepas dari undang-undang termasuk pembangkang.

Pembangkang tidak perlu menjual idea yang lapok kepada rakyat. Cukuplah, jadilah pembangkang yang bijak membangkang apa yang perlu dibangkang mengikut peraturan yang ada iaitu melalui Dewan Rakyat, bukan menyebar, memfitnah sesuka hati, ini merugikan rakyat, pemimpin pembangkang setiap bulan menerima gaji walaupun ekonomi negara merudum, rakyat menerima akibat buruk hasil perbuatan pembangkang.

Pembangkang mesti sedar, khususnya Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, yang mendakwa soalsiasat ke atas Teoh itu terlalu lama dilakukan oleh pegawai SPRM sehingga mereka yang disiasat tidak dapat merehatkan diri.

Pembangkang kebelakang ini seolah-olah tidak waras dalam memperkatakan sesuatu, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan semuanya tak betul, yang betulnya pembangkang, saya teringat kepada peristiwa Musailamatul Al-Khazab yang mengaku menjadi nabi, sedangkan dia buta, sifat itu tidak boleh menjadi nabi. Musailamatul sedar perkara itu, tetapi masih mendakwa dia nabi, pada masa yang sama mendustakan baginda Rasulullah, sama juga dengan pembangkang. Pembangkang tidak tahu apa yang hendak diutarakan tetapi masih mempersoalkan tindakan kerajaan ianya semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat, contoh Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS mempersoalkan dan mengecam tindakan SPRM menyoal siasat dalam tempoh yang begitu panjang ke atas Teoh (Harakah 20 Julai 2009) ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana itu prosedur kerja SPRM, untuk menentukan apa yang diperkatakan itu benar, ianya juga dapat melengkap kertas siasatan itu dalam jangka masa yang singkat. Apa yang SPRM lakukan itu semuanya bagi memuaskan semua pihak ianya berlandaskan peruntukan undang-undang.

Pembangkang diminta supaya berfikiran waras dalam apa jua yang hendak dihighlightkan kepada umum iaitu untuk kebaikan, sebab itulah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri UMNO/BN turun padang, mengapa kamu ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri pembangkang tak boleh turun padang? Apa yang specialnya kamu?

Pembangkang hebat bercakap, mengkritik tetapi praktikalnya tidak ada. Pengundi pembangkang nak kenal wakil mereka tetapi harapan tinggal harapan.

Sedarlah pembangkang, kamu tidak mampu untuk membantu/menolong pengundi, yang kamu mampu hanya bercakap dan memfitnah kerajaan semata-mata. Lihatlah
Kelantan negeri di bawah pemerintahan PAS, Kedah dan Selangor apa yang mereka buat?

Di Kelantan Nik Aziz buat slogan, Selangor slogan dan Kedah pun begitu. Dia sedar apa yang dibuat oleh pihak berkuasa BN semuanya betul, tetapi mengkritik semata-mata untuk kepentingan politik dan peribadi.

Pembangkang, berhentilah memperkatakan isu Teoh, buatlah kerja mengikut lunas undang-undang. Turun ke akar umbi bantu rakyat yang mengundi kamu, yang membuat kamu boleh menduduki kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, jangan mengharapkan Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN yang menyokong kerajaan sahaja menolong rakyat.

Dikalangan pembangkang mungkin yang tak tahu pun dimana letaknya Parlimen/Dewan Undangan Negeri yang diwakilnya. Turunlah ke akar umbi bantu penyokong kamu. Wakil-wakil pembangkang sebenarnya terdiri dari mereka yang kecewa dalam perjuangan asal, menyertai PAS dan DAP untuk kepentingan peribadi, jauh sekali memperjuangkan kepentingan rakyat.

2 ulasan:

  1. mak aku penah cakap.orang yang banyak cakap sebenarnyer takut kesalahan mereka orang nampak.aku rase nie semua angkara orang DAP jgk takut rasiah mereka terbongkar.tahu la nasib hang nanti

    BalasPadam
  2. saudara tidak waras agaknya.
    apakah nyawa tidak lagi penting & tidak ternilai lagi di negara '1 Malaysia' ini.
    Seorang yang berurusan dengan jabatan kerajaan di temui mati. bukan ini menunjakkan bahawa jabatan kerajaan tidak selamt lagi dan inidividu yang ingin berurusan mungkin ditemui mati. adalah rakyat tidak berhak untuk menuntut keadilan? adakah rakyat harus mendiamkan diri apabila berlaku pelbagai perkara yang tidak munasabah & tidak masuk akal? adakah kerajaan sekarang tidak boleh ditegur dan segala tindakan mereka betul?

    BalasPadam