Rabu, Mei 27, 2009

RTM SIAR DOKUMENTARI KEKEJAMAN PKM

Syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana berusaha menayang semula kekejaman Chin Peng di RTM. Kuala Lumpur 26 Mei – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan semula dokumentari kekejaman Parti Komunis Malaysia (PKM) dan bekas pemimpinnya, Chin Peng bagi menyedarkan rakyat supaya tidak terus menyokong kumpulan berkenaan.

2. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya sedang meneliti arkib lama termasuk yang dibuat ketika zaman pemerintahan British untuk ditayang semula kepada rakyat.

3 ”Kita memang mempunyai rancangan ini dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikannya dapat dilaksanakan dengan segera”, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

4. Beliau mengulas cadangan Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan semalam, supaya kisah kekejaman PKM disiarkan semula RTM bagi menyedarkan semua pihak tentang keperitan yang pernah mereka timbulkan.

5. Gapena juga menentang tindakan membawa pulang Chin Peng atas alasan pemimpin PKM itu tidak layak diiktiraf sebagai seorang pejuang kerana telah menyebabkan ramai penduduk Tanah Melayu terkorban dan menderita sepanjang tempoh darurat antara tahun 1948 hingga 1981.

6. Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan mencadangkan agar kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air kerana ia akan membantu negara untuk mencapai gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

7. Menurut Rais, tindakan menayang semula dokumentari itu amat perlu memandangkan terdapat akhbar dan blog tertentu menyiarkan rencana mengenai nostalgia Chin Peng dan PKM.

8. ”Kita perlu mengambil langkah yang tegas untuk membendung tindakan pihak-pihak yang cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia”, katanya.

9. Dalam perkembangan sama, Rais berharap stesen televisyen swasta mencontohi langkah yang akan dilaksanakan oleh RTM itu bagi memastikan perbuatan cuba mengagung-agungkan PKM tidak berterusan.

10. ”Kita ingin lihat stesen-stesen swasta mempunyai semangat kenegaraan yang kuat dan bersedia melawan mana-mana anasir yang cuba merosakkan negara ini,” ujarnya.

Selasa, Mei 26, 2009

HUSAM MUSA MOGOK LAPAR

Perkataan mogok lapar yang diwarwarkan oleh pihak yang berputus asa/keciwa dalam perjuangan politik mereka menghasut para penyokong di seluruh Perak supaya menyokong saranan mereka. Perkara ini amat bertentangan dengan pegangan agama Islam dan pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wall Jamaah yang menjadi amalan kepada seluruh umat warganegara kita Malaysia.

2. Perbuatan mogok lapar bertentangan dengan agama Islam yang menjadi anutan majoriti warganegara kita, ianya boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri dan kandungan jika si perempuan sedang mengandung.

3. Perbuatan ini mungkin boleh membawa kematian jika perbuatan seperti itu berlarutan, dalam Islam di larang dengan sekeras-kerasnya membunuh diri dengan apa cara sekalipun Firman Allah bermaksud “Jangan Sekali-kali Kamu Mencampak Diri Kamu Dalam Kebinasaan” surah Al-Baqarah ayat 195.

4. Perbuatan mogok lapar selain bertentangan dengan ajaran agama, ianya juga bertentangan dengan peraturan/undang-undang negara, kerana ianya diaju oleh mereka yang putus asa dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar di mana Sultan Perak membuat keputusan setelah semakan dibuat dari segi peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, juga selepas memanggil semua 3 orang DUN yang keluar Parti Pakatan dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas. Setelah itu ke Bawah Duli Paduka Raja Perak berpuas hati lalu menggunakan budi bicara berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh untuk membubar Dewan justeru YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak.

5. Perbuatan mogok lapar menjelaskan kepada semua warganegara bahawa pimpinan PKR di Perak menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan semata-mata kerana tidak memihak kepada mereka. Paling mengeciwakan saranan ini diketuai oleh Islam yang seolah-olah tidak memahami ajaran Islam atau mereka memahami tetapi nafsu yang jihad (amarah) mengatasi yang baik (mahmudah) dalam jiwa mereka.

6. Mereka PKR sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat perjuangan perkara yang bertentangan agama baik bagi mereka, lalu mendesak rakyat supaya mengikut kehendak mereka. Para penyokong PKR janganlah menjual pegangan Aqidah semata-mata kerana nafsu. Justeru itu umat Islam dilarang sekeras-kerasnya melibatkan diri dalam mogok lapar anjuran PKR Perak.

7. Dalam hal ini, calon Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan itu, beliau menyatakan perbuatan mogok lapar sama dengan berpuasa, orang Islam dituntut supaya berpuasa. Pandangan Husam Musa dalam hal ini amat cetik kerana menyamakan mogok lapar berpuasa yang difardukan dalam agama kerana puasa di wajib, di wahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhamad s.a.w. sedangkan mogok lapar dicucuk oleh syaitan ataupun berpandukan kepada cetusan bapa iblis yang di laanat oleh Allah s.w.t.

8. Husam Musa tak boleh jadi Timbalan Presiden PAS kerana PAS dikatakan memperjuangakn Islam. Inikah orang yang akan memperjuangkan Islam? Inikah orang yang akan dipilih untuk mewakili hasrat mereka untuk menegakkan negara Islam di Malaysia. Husam selaku orang Islam, yang ingin menegakkan perjuangan Islam sepatut peka dan sensitif mengenai perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam dan Aqidah. Mogok lapar amalan dulu agama Buddha sejak turun temurun, kini bakal Timbalan Presiden PAS pula menyokong mogok lapar orang-orang PAS dari atas sampai ke bawah jika ada kepentingan diri dan parti tak ada yang tak boleh langgar, keputusan mahkamah, kenyataan mufti-mufti mengenai Hudud, Penguatkuasaan Polis tentang undang-undang seperti jenayah kola putih, perdagangan dan ISA semua tidak di indah belaka. Inilah tabiat jahiliah moden hari ini, semuanya ok kalau untuk diri.

Khamis, Mei 21, 2009

HINDRAF HARAM

Haram tetap haram, kumpulan NGO India bosan dengan tindakan bekas pimpinan Hindraf yang diharamkan kerana apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh sigila Uthayakumar tidak menguntungkan kaum India. Apa saja tindakannya hanya untuk kepentingan peribadi tidak mewakili kaum India.

2. Uthayakumar sepatutnya tidak menunjukkan arrogant dengan kerajaan, beliau seharusnya melihat diri sendiri sebelum melihat orang lain. Sebagai Pengamal Undang-undang beliau seharusnya menghayati apa yang dipelajari, setiap warganegara boleh melakukan apa sahaja asalkan dalam ruang lingkup undang-undang tidak lebih dari itu.

3. Uthayakumar sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, kenapa beliau ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri?. ISA tidak dikenakan ke atas semua yang melakukan kesalahan, atau ke atas mereka yang melakukan jenayah. Jenayah ISA amat berbeza dengan lain-lain kesalahan kerana ianya boleh membawa ancaman kepada negara. Uthayakumar tahu apa yang dilakukan boleh mengugat dan mengancam keselamatan negara. Apa tidak mengancam keselamatan, beliau dan para pengikutnya diajar supaya merusuh dengan menggunakan kekerasan kepada penjawat awam. Uthayakumar merangsang para pengikut melanggar undang-undang negara. Undang-undang menghalang setiap warganegara berdemontrasi menunjuk perasaan, menentang kerajaan.

4. Perbuatan yang dilakukan oleh Uthayakumar boleh merosakkan ekonomi, politik dan sosial. Merosakkan ekonomi kerana para pelabur merasa resah-gelisah malah timbul rasa takut untuk meneruskan pelaburan atau tidak mahu melabur dalam negara. Para perwakilan luar negara mereka memerhatikan keadaan dan melaporkan apa yang berlaku dalam negara kepada negara asal mereka. Dari sudut sosial pula, apa yang dilakukan oleh Uthayakumar boleh menimbulkan kemarahan masyarakat seterusnya akan bertindak-balas, yang pasti bila berlaku tindak-balas diakhiri dengan pertumpahan darah.

5. Uthayakumar sepatutnya berfikiran rasional, perbuatan beliau itu seolah-oleh beliau menjolok sarang tebuan atau mencampak diri sendiri ke dalam kawah yang sedang mendidih airnya.

6. Sedarlah, berterima kasihlah kepada kerajaan masih tidak terlambat untuk berterima kasih, kalau di Singapura atau Thailand sudah tentu balasnya agak teruk. Justeru ingatlah negara ini bukan untuk kamu seorang Uthayakumar, negara ini untuk semua kaum yang ada, jadi segala perkataan dan perbuatan kamu sedang diperhatikan. Uthayakumar kamu cukup bertuah menjadi warganegara Malaysia dapat segala apa yang kamu mahu, cuba kamu tengok orang yang serupa dengan kamu di India dan Sri Lanka. Mereka tidak perolehi apa yang kamu perolehi, justeru sedarlah dan ingatlah tak payah kamu melaung-laungkan suara kamu jika kamu teruskan, kamu akan menerima balasan ....... undang-undang tidak mengenal siapa.

Rabu, Mei 20, 2009

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Setelah memerhati dengan teliti senario politik pemerintahan dan kedudukkan negara dari semua sudut muamalat, munakahat, jinayat dan syariat selepas lima puluh tahun merdeka, amat sempurna ini disebabkan kejayaan politik di bawah pimpinan lima Perdana Menteri terutamanya ketika negara di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, negara dikenali seluruh dunia.

2. Kejayaan ini dicapai hasil usaha gigih semua rakyat di semua peringkat, rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang wujud di sebalik kejayaan politik yang terjamin yang diterajui oleh UMNO/BN.

3. Kita sebagai generasi pelapis mesti sanggup menghadapi apa jua bentuk cabaran baru, khususnya dalam dunia tanpa sempadan, berdasarkan falsafah hidup aman damai dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Agama Islam sebagai agama rasmi negara mesti ditegakkan, bagi agama-agama lain juga bebas mengamalkannya.

4. Apakah status negara ini dari kaca mata Islam? Adakah Malaysia yang mencapai kemerdekaan 1957 dikenali sebagai Daulah Islamiah atau dilihat sebagai daulah kafirah harbiah atau daulah kafirah zimih? atau adakah dilihat masyarakat Islam kini bernaung di bawah sebuah negara kafirah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sebuah parti politik yang tidak tahu arah halatuju perjuangannya yang menuntutu kita berjihad, memerangi mereka atau menghalau mereka untuk kita mendirikan daulah Islamiah seperti yang dikehendaki oleh sebuah parti politik yang sifatnya agak emosional, tidak rasional. Isu ini amat penting, perlu dibincangkan untuk mencari kata sepakat dan seterusnya membuat penyelesaian kerana isu ini menjadi salah satu daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perbalahan seterusnya perpecahan dan ketidak harmonian, malah lebih dari itu, iaitu boleh mengugat keselamatan negara seperti yang pernah berlaku 13 Mei.

5. Apabila kita menyambut daulah Islamiah, sudah pasti perhatian kita akan tertumpu kepada negara Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. dan di zaman khalifah Al-Rashidin. Inilah daulah Islamiah contoh yang utama dibangunkan, meletakkan prinsip-prinsip yang paling unggul sebagai negara Islam, tentunya pemahaman kita mengenai Islam, harus merujuk kepada negara yang telah dibangunkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan terus dimodenisasikan oleh Khalifah Al-Rashidin tanpa meninggalkan prinsip-prinsip yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang berpandukan kepada wahyu.

6. Negara Islam di zaman baginda adalah merupakan negara yang diperintah oleh pemimpin yang betul-betul bertaqwa, berakhlak mulia yang memiliki sifat-sifat mamduhah, tawaduk yang bercakap benar, tidak berdusta, tidak bersifat dengan sifat mazmumah, menegakkan Islam, kebenaran, keadilan seperti yang disifatkan dalam firman Allah bermaksud ”Rasulullah Tidak Bercakap Mengikut Hawa Nafsu, Melainkan Bercakap Mengikut Wahyu Allah s.w.t.”

7. Negara Islam di zaman baginda di perintah mengikut hukum-hukum Allah s.w.t. dan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. Jika berlaku sesuatu kesamaran, sangsi, syak dan sebagainya maka terus dirujuk kepada baginda Rasulullah s.a.w. Daulah Islamiah di zaman Rasulullah merupakan daulah Islamiah contoh yang terbaik untuk dijadikan tauladan, begitu juga di zaman khalifah Al-Rashidin, asas dan prinsip bernegara meletakkan asas ketaqwaan dan keadilan sejagat, walaupun kualiti kepimpinan mereka tidak setanding dengan kualiti yang dimiliki oleh baginda Rasulullah s.a.w. kerana mereka tidak maksum dan tidak pula menerima wahyu.

8. Kualiti negara Islam di zaman selepas Al-Rashidin ini disebabkan berlakunya kezaliman disamping munculnya pemberontakan di sana sini, pemikiran masyarakat, persekitaran menjadikan umat Islam berpuak-puak. Bukan sahaja kepuakan yang terbentuk dari aliran politik, bahkan melibatkan aqidah-aqidah songsang . Hari ini wujud kepuakan dikalangan orang Melayu beragama Islam menidakkan Melayu lain berselindung di sebalik tabir Islam dan kebebasan hak asasi.

9. Proses penurunan ini membawa kepada kelemahan perpecahan kepada negara Islam secara umum dan Malaysia secara khusus, kelemahan dan perpecahan itu, berkesudahan dengan kejatuhan inikah yang kita mahu? jika jawapan tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa perpaduan adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi mencapai matlamat asas sebuah negara.

10. Polimik yang memperdebatkan samada status negara Malaysia Islam atau tidak Islam, sehingga terdapat satu kelompok yang menyertai satu kumpulan politik mendakwa Malaysia bukan sebuah negara Islam kerana kepimpinan tidak terdiri dari kalangan ulama yang memakai jubah atau serban, pandangan yang begini amat cetik dan ianya membawa
kepada perpecahan, dikalangan rakyat Malaysia sehingga kini terdapat segelintir masyarakat yang menganggap Malaysia bukan sebuah negara Islam. Perjuangan yang dibuat oleh pimpinan hari ini tidak berlandaskan Islam. Apakah benar dakwaan ini? Jawabnya tidak mereka hanya bercakap, dakwaan kumpulan panyokong parti PAS ini amat meleset sekali, jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain seperti Arab Saudi, negara-negara Arab lain di Timur Tengah, Afrika dan Asia semua pimpinan negara-negara berkenaan tidaklah terdiri dari golongan ulama. Dalam hal ini kita sepatutnya berfikiran waras, jangan menidakkan apa yang diusahakan oleh pimpinan negara ke arah mengekalkan identiti sebuah negara Islam. Sehingga kini Malaysia dijadikan contoh. Tumpuan sepatutnya diberikan sokongan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat di semua peringkat. Perjuangan tidak akan berhasil semata-mata dengan retorik, tetapi memerlukan ilmu, perancangan yang teliti dan tindakan-tindakan yang sistematik bagi menghadapi halangan puak-puak untuk mencapai matlamat yang berfikiran sempit serta fanatik untuk agama, bangsa dan negara orang Melayu tidak sepatutnya bercakaran. Berpolitiklah untuk kebaikan, carilah titik pertemuan hindar sifat ego anda.

FEQAH POLITIK

Hj. Hadi Awang mendakwa musuh PAS telah berjaya mengkuburkan feqah politik PAS sejak beberapa tahun dulu, kini PAS berjaya menghidupkan semula feqah politik, kenyataan ini dibuat dalam ceramah di Hulu Terengganu.

2. Selaku warganegara, saya tidak pernah mendengar feqah politik ini ditimbulkan sebelum ini, satu demi satu ciptaan Hadi dikeluarkan bagi menarik perhatian rakyat bagi tujuan mendapat sokongan semata-mata, tak lebih dari itu, ini kerana hampir menjelang Muktamar, maka berfikirlah Hadi apa lagi slogan yang boleh meraih simpati para perwakilan ke Muktamar dan rakyat keseluruhannya.

3. Hadi lebih kurang Anwar Ibrahim ada saja idea tetapi semua tidak menjadi kenyataan. Hadi boleh berkawan dengan Anwar, Lim dan Karpal untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan dalam pakatan untuk menentang kerajaan BN.

4. Semasa menjadi Ketua Dewan Ulama menyatakan kami tidak menentang UMNO kerana dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana dia BN, kita menentang BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

5. Katanya lagi perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan dengan puak-puak ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

6. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu tetapi kita menjadi kafir dengan menyatakan politik suku agama suku.

7. Bagi Hadi, feqah politik dia boleh berubah, boleh bertukar mengikut keperluan semasa, inilah feqah politik Hadi .....

8. Bila memerintah Terengganu, beliau menyatakan bahawa PAS mendirikan kerajaan, kebajikan untuk semua bangsa tanpa mengira kedudukkan dan warna kulit, tetapi kesudahannya tidak ada apa pun yang Hadi boleh buat, hanya slogan semata-mata, tidak lebih dari itu.

9. Selain itu, 2003 kita dikejutkan dengan negara Islam dan perlaksanaan hukum ”Hudud” dan ”Syariah” tetapi akhirnya fiqrah Hadi mengenai ”Hudud Syariah” tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh DAP, rakan dalam BA ketika itu. Jadi hukum Hadi boleh berubah-ubah mengikut selera pakatan, akhirnya pengikut/penyokong PAS tertipu dengan slogan-slogan janji-jani seperti ini?

10. Sanggupkah orang-orang PAS bersubahat dengan pimpinan yang menggunakan slogan-slogan seperti ini? sanggup mempermain-mainkan hukum Islam menuduh orang lain tidak Islam, menuduh orang lain kafir.

11. Hukum kaedah-kaedah feqah dibawa bila ada pilihanraya atau pun Muktamar. Mempermainkan hukum Allah semata-mata untuk mencari kedudukkan dalam politik.

13. Tidakkah anda masih ingat fatwa–fatwa yang dibuat oleh Hadi Awang iaitu:-

(a) Tidak sah solat di belakang imam orang BN.
(b) Haram makan sembelihan orang-orang BN.
(c) Terfasakh nikah yang dibuat oleh orang BN.
(d) Tidak boleh mayat orang BN di tanam di perkuburan orang Islam.
(e) Orang-orang BN yang mati tidak boleh di sembahyang ke atasnya.
(f) Orang BN tidak payah solat, puasa, naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan.

ucapan Hadi Awang kepada para penyokong PAS dengan jelas menghukum kepada warganegara yang tidak menyertai PAS. Semuanya ini karut semata-mata, hasilnya perpecahan, perceraian dan segala-galanya. Justeru, Ibrahim Libya sanggup menghasut para pengikutnya menentang pemerintahan (peristiwa Menali di Kedah).

14. Feqah politik yang baru diperkenalkan ini sekali lagi boleh mengundang perpecahan di kalangan masyarakat terutama dikalangan umat Islam, inilah jenis Tok Guru yang disokong oleh ratusan ribu umat Islam dalam negara hari ini, pada kita ini bukan perjuangan untuk menegakkan Islam, perjuangan untuk pangkat, politik dan perut.

15. Feqah politik dulu tak boleh bergaul, bermusyawarah dan duduk semeja dengan orang-orang bukan Islam jadi kafir, kini feqah politik baru ini boleh duduk berbincang bermusyawarah dengan DAP tak jadi kafir pula disebabkan keperluan, jadi hukum feqah ”Hadi” boleh berubah-ubah, kalau kita mahu semuanya halal, kalau tidak ada kepentingan kita hukumnya haram.

16. Setiap kali ada kepentingan istilah feqah diubah-ubah supaya apa yang mereka lakukan halal di sisi mereka bukannya di sisi agama. Boleh bermusyawarah dengan DAP atas dasar tahaluf iaitu untuk menentang siapa sahaja yang bersekongkol UMNO/BN kononnya melakukan kezaliman, menguatkuasakan undang-undang, membangunkan negara, memulihkan ekonomi, memberi pelajaran dan lain-lain tanpa mengira kedudukkan fahaman politik dan agama semua zalim. Sebaliknya mereka bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam kerana ingin menegakkan perjuangan parti dan kepentingan politik halal pula.

17. Inilah sifat PAS, tak habis-habis menipu rakyat. Apa saja untuk kebaikan parti mereka boleh.

18. Politik wang kini berlaku dalam PAS, ini diakui sendiri oleh Pengerusi Dewan Ulama PAS, tetapi yang lain termasuk Mursyidul Am menolak, tak mungkin perkara itu berlaku dalam PAS, persoalannya kenapa? Orang-orang PAS itu bukankah manusia? Mengaku bersih, tetapi perbuatan sejak dulu PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politik, semata-mata. Kini seluruh kepimpinan marah dengan kenyataan ”Ustaz Daud Iraqi” kerana mendedahkan politik wang berlaku dalam PAS yang jelas pimpinan PAS dan para penyokong bukan malaikat.

Selasa, Mei 19, 2009

JIHAD

Mengikut pengertian bahasa Arab, jihad berusaha bersungguh-sungguh bagi menghasilkan atau mempertahan kan sesuatu bagi menentukan yang halal ditegakkan yang haram ditinggalkan. Ianya merupakan satu tuntutan dari Allah s.a.w. kepada semua insan yang mukalaf tanpa mengira kedudukkan darjah, pangkat dan kebesaran.

2. Jihad boleh diertikan satu tuntutan agama keatas individu yang sempurna akal bagi melawan orang-orang kafir jika dihalang untuk berdakwah bagi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

3. Baginda Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat dengan katanya, ya Rasulullah, apakah amalan yang lebih baik disisi Allah, Nabi menjawab, al-solat iaitu sembahyang lima waktu, sahabat bertanya lagi, apa lagi ya Rasulullah, Nabi menjwab, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sahabat bertanya lagi, apa lagi ya Rasulullah, baginda menjawab, al jihad berjuang untuk menegakkan kebenaran riyawat Ibnu Anas.

4. Al jihad juga boleh diertikan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang halal untuk diri, keluarga dan negara, sehingga kepada perkara-perkara yang kecil jika kita lakukan seperti membuang duri, atau batu ditengah jalan supaya tidak menghalang lalu lintas juga dikatakan jihad kata Rasulullah.

5. Berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan rezeki untuk menampung keluarga juga merupakan jihad, malah menuntut ilmu dalam bidang apa sekali pun, juga jihad.

6. Baginda Rasulullah s.a.w ditanya oleh salah seorang sahabat selepas balik dari satu peperangan, apa jihad yang paling besar ya Rasulullah, baginda menjawab, kami balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang paling besar, iaitu peperangan melawan hawa nafsu ini bermaksud sesiapa pun yang melawan hawa nafsu untuk kebaikan disifatkan sebagai jihad akhbar.

7. Umat Islam dituntut supaya berjihad dalam apa jua bentuk sekalipun asalkan untuk kebaikan, contoh jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan mat rempit di jalan-jalan raya yang menghalang lalu lintas juga disifatkan sebagai jihad. Justeru kita seharusnyalah sama-sama berganding bahu dengan pihak keselamatan bagi membenteras gejala yang boleh menganggu-gugat keselamatan, keharmonian dan keamanan negara.

8. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan sejagat berkewajipan ke atas umat Islam walau di mana mereka berada, malah Allah SubhanahuwataAllah menegaskan dengan firmannya yang bermaksud ”Berjuanglah Kamu Ke Jalan Allah Dengan Harta Benda Kamu dan Jiwa Raga Kamu”. Jihad merupakan tanggungjawab kepada diri, agama bangsa dan negara.

9. Kesimpulannya jihad yang paling besar ialah berjihad untuk melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran maksud hadis.

Rabu, Mei 13, 2009

PPP

Tahniah Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas beliau yang begitu tegas berhubung dengan ugutan Kayveas untuk keluar BN jika PPP dilayan seperti anak tiri dalam BN. Kenyataan Presiden PPP itu sama sekali tidak berasas dan dianggap keterlaluan, malah boleh dianggap sebagai untuk menakut-nakutkan BN, supaya jangan memihak kepada T. Muragiah, berhubung krisis dalaman mereka.

2. Sehubungan ini. Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden menegur Kayveas supaya tutup mulut atau jika boleh jahit mulut, jangan buat sebarang ugutan dan sebarang kenyatan yang boleh menimbulkan perasaan mana-mana parti dalam BN, lebih-lebih lagi mengugut kerajaan. Jika ada sebarang masalah boleh diselesaikan dalam BN, bukannya dengan cara membuat ugutan secara terbuka, demi perpaduan, lebih-lebih lagi disaat dan ketika ini.

3. Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Kayveas supaya jangan mengambil kesempatan atau menangguk di air yang keruh untuk diri, jangan cuba mengambil kesempatan dalam pergolakan yang melanda negara terutamanya masalah yang berlaku di Perak, masalah ekonomi dan lain-lain.

4. Sebenarnya BN cukup sedar tentang PPP ini. Dari segi kekuatan dan kelemahan parti itu, ini tak perlu diungkit kembali sepatutnya Kayveas lihat diri dulu sejauh mana kekuatannya, barulah bercakap, lihat dari segi keahlian PPP itu sendiri, jika dibandingkan dengan ahli parti-parti dalam BN yang lain. Dari segi sumbangan PPP setiap kali pilihanraya kecil diadakan, apa peranan PPP?...... Tahukan?......

5. Pada saya PPP tidak ada apa, cuma yang ada simbolnya dan beberapa kerat ahli . Kenyataan untuk keluar BN ini telah pun dibuat sebelum ini, iaitu semasa Tun Abdullah melantik ahli kabinet dulu kononya PPP perlu diberi lebih ramai berada dalam kerajaan.

6. Cukuplah layan kerenah PPP ini, justeru saya amat menyokong kenyataan Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minta Kayveas tutup mulut. Amaran Naib Presiden itu amat kena pada masanya. Pimpinan BN yang lain perlu menyokong kenyataan Naib Presiden berhubung ugutan yang dibuat oleh Presiden PPP itu.

7. Sekali lagi diingatkan bahawa besyukurlah boleh berada dalam BN, jika sebaliknya tak tahulah apa dah jadi dengan PPP.

TAFSIR UNDANG-UNDANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Manoharam mentafsir undang mengikut kehendak dan kepentingan diri sendiri. beliau mentafsirkan syarat yang dikenakan oleh polis sebelum dibebaskan dipersetujui beliau dengan menurunkan tandatangan dengan redanya. Justeru itulah polis membebaskan beliau.

2. Syarat yang dikenakan ke atas beliau sebagai bekas tahanan ISA juga dikenakan ke atas siapa sekali pun jika polis mendapat syarat itu perlu dilaksanakan. Syarat itu bukannya dibuat oleh polis. Manoharam dalam keadaan apa sekali pun tak boleh lari dari kehendak undang-undang. Undang-undang dilaksanakan untuk mencegah daripada berlaku sesuatu yang tidak membawa ketidak tenteraman berlaku.

3. Manoharam tidak boleh menghujah, adalah tidak munasabah. Beliau melaporkan 1 kali dalam satu minggu, kerana melanggar hak asasi beliau sebagai warganegara untuk bergerak ke mana-mana tempat yang beliau suka. Betul, setiap orang berhak untuk bergerak bebas ke mana dia suka itu bagi mereka yang tidak bersalah, Manoharam didapati bersalah dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Selain itu beliau menghujah adalah tidak munasabah beliau diminta melaporkan diri di Balai Polis Klang, sedangkan beliau duduk di Puchong, pejabat guaman beliau pula terletak di Bangsar.

5. Hujah beliau dibuat untuk kepentingan diri tidak mencakupi kepentingan dan kehendak undang-undang. Sebagai pengamal undang-undang tak sepatutnya bercakap atau menghujah undang-undang seperti orang yang buta undang-undang.

6. Yang jelas undang-undang tetap undang-undang samada kita setuju atau sebaliknya. Diwujud dan diwartakan untuk mencegah dan kepentigan negara bukannya untuk kepentingan peribadi.



MT
TINGKAT 6.COM

Selasa, Mei 12, 2009

SAMPAI BILA?

Pembangkang:

Mengkritik melempar tuduhan, memfitnah dan pelbagai lagi terhadap kerajaan yang memerintah, segala apa yang dilaksanakan semuanya tidak baik, ada saja yang dikritik. Contoh, SPR melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas semasa hari pengundian, larangan tersebut adalah amat positif bagi mengelak ianya dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, seterusnya dapat mewujudkan suasana tenteram aman. Sebarang pertanyaan mengenai senarai pemilih boleh dibuat di SPR di kawasan itu.

Justeru para pengundi dapat keluar serta menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam keadaan harmoni. Pengalaman melalui pondok panas sejak kebelakangan ini amat memalukan disebabkan para penyokong parti begitu ramai dan agresif. Justeru SPR mencadangkan semua parti-parti politik mendirikan pondok panas bagi tujuan memberi kebebasan kepada para pengundi.

Pondok panas bertujuan memudahkan para pengundi menjengok nama-nama pengundi dalam senarai mengundi yang disediakan di pondok panas.

Yang berlaku disebaliknya parti-parti pembangkang mengambil kesempatan mempengaruhi pengundi dengan pelbagai cara, termasuk cara agresif yang menyebabkan ketidak selesaan, malah menimbulkan keresahan, kegelisahan, malah lebih dari itu membolehkan ketakutan sehingga menyebabkan para pengundi takut dan terus melarikan diri tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Inilah alasan SPR melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas di pintu-pintu masuk ke tempat-tempat membuang undi, yang peliknya pembangkang masih buat tak tahu sengaja mengkritik dengan pelbagai cara, sampai bila pembangkang nak berhenti dari perbuatan seperti ini. ”Pembangkang pendokong undang-undang rimba”

MT
TINGKAT 6.COM
11 MEI 2009

Isnin, Mei 11, 2009

PERSEPSI SALAH PAS BAWA PADAH KEPADA AGAMA DAN NEGARA

Bukan perkara pelik lagi apabila akhbar harian HARAKAH yang menjadi milik PAS terus menerus memainkan jarum halus melalui lidah pengarang yang sengaja membuta mata dan memekak telinga untuk mengadu domba, pimpinan UMNO di semua peringkat, khususnya mengenai peralihan kuasa dari Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abd. Razak yang kini memerlukan sokongan rakyat bagi menjayakan konsep ”Satu Malaysia” yang umumnya mengetahui konsep itu bertujuan untuk kebaikan kepada semua rakyat tanpa melihat kepada asal-usul, bangsa, kaum dan etnik.

2. Di zaman media baru, seperti laman web dan blog menjadi fenomena, maka segala idea pandangan dan informasi amat mudah dikongsi oleh masyarakat dalam jangka waktu yang paling singkat, lebih-lebih lagi internet berjaya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggugat kedudukan UMNO.

3. Zaman kepaduan, kesetiaan kepada ulama sejak 59 tahun lebih mula terhakis, bila ada bibit ketidakpuasan hati yang cuba ditunjukkan oleh pimpinan muda, yang merasakan diri mereka tersisih dari kepimpinan, justeru itulah kini, mula angin ribut, bertiup kencang sehingga ke akar umbi memecah kesepaduan dan kesetiaan para ahli selama ini kepada pucuk pimpinan ulama, ini berlaku disebabkan puak ulama yang memegang teraju kepimpinan tidak dapat berbuat apa-apa selain melibarkan cogankata khususnya bila menjelang satu-satu pilihanraya, sama ada pilihanraya peringkat DUN ataupun Parlimen, cogan kata yang di wawarkan ialah:-

a) Membangun bersama Islam apa yang dibangunkannya? Masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan 15 tahun di perintah oleh PAS.

b) Negara kebajikan, apa jenis kebajikan yang diberikan kepada rakyat di Kelantan, Perak yang di perintah sepenuhnya oleh PAS, hanya omong kosong sahaja, segala-galanya menipu rakyat, tak lebih dari itu.

c) Negara Islam, apa yang dibuat untuk Islam? yang ada mulut bercakap melalui ceramah-ceramah kuliah, usrah-usrah yang untuk mengaburi mata rakyat.

4. Inilah yang dimainkan oleh pembangkang, justeru itulah Muktamar tahun ini agak luar biasa, kerana walaupun Muktamar masih jauh namun api perubahan sudah bertiub kencang di peringkat atas, iaitu peringkat kepimpinan, ini kerana dirasakan perlu oleh kumpulan yang radikal dalam PAS. Mereka mahu mencabar golongan yang bergelar ulama. Saya rasakan amat baik, kerana golongan profesional sudah bersedia untuk mengambil alih pimpinan di semua peringkat iaitu di peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden.

5. Golongan ulama pula resah gelisah panas seperti cacing di bawah matahari, dengan pelbagai-bagai alasan dikeluarkan bagi menguatkan kedudukan mereka.

6. Rakyat yang celik mata, berfikiran waras sudah muak dengan PAS, kemenangan PAS 1999 disebabkan pengundi yang kononnya terpengaruh dengan isu Anwar yang dipecat dari UMNO, kononnya Anwar dizalimi, cerita itu diwawar-wawarkan, tetapi kini mereka sudah kenal siapa Anwar sebenarnya.

7. Kini Anwar menggunakan PAS dan DAP untuk kepentingan peribadi tak lebih dari itu. Ini jelas kumpulan yang pro Anwar yang ada dalam PAS mula menggugat pimpinan ulama, ini semua dirancang oleh Anwar.

8. Muktamar Jun ini titik bermulanya perpecahan dalam PAS, apa tidak bila Husam Musa selaku Naib Presiden dengan terang-terangan akan mencabar Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden. Begitu juga dengan lain-lain ramai yang berangan-angan untuk merebut jawatan tertinggi, mungkin jawatan Presiden juga akan dicabar.

9. Diingatkan tak elok pemimpin-pemimpin parti Islam berebut-rebut jawatan sepeti ini, dulu mengatakan orang-orang UMNO tamok kuasa, berbalah kerana kuasa ini pimpinan PAS pula berbuat demikian.

10. Kini sudah ramai dikalangan pengundi muda yang mula sedar bahawa pimpinann PAS bersandiwara sama dengan pimpinan-pimpinan PKR bersandiwara, bukannya nak berkhidmat untuk rakyat. Sebaliknya untuk kedudukan sanggup mohon derhaka, kepada sultan, sanggup tidur di tengah jalan, sanggup melanggar undang-undang, sanggup memakai baju hitam, semuanya ini kerana ”pangkat, poket dan perut” tidak lebih dari itu.

11. Rakyat sudah lemas dengan budaya samseng, budaya mengkritik ini. Cukuplah membuang masa tenaga malah wang ringgit mengikut rentak gendang yang dipalukan oleh mereka yang kecewa. Marilah kita betulkan suasana yang penuh dengan persepsi negatif terhadap kerajaan BN. BN memberi kemudahan kepada kita pelajar dapat belajar dan mendapat biasiswa, yang memegang ijazah mendapat pekerjaan yang baik. Justeru sedarlah, tinggallah perjuangan yang sia-sia itu. Berjuanglah untuk rakyat, agama dan bangsa.


MT
TINGKAT 6.COM
11 MEI 2009

Khamis, Mei 07, 2009

KEPIMPINAN PAS MENJELANG MUKTAMAR AGUNG

Kalangan ahli PAS di semua peringkat kali ini sudah berkira-kira serta memikirkan hala tuju parti yang mereka dukung selama ini. Dalam Muktamar Agung nanti mereka boleh menentukan apa yang mereka kehendaki. Justeru, jika semua ahli ingin melihat parti mereka kuat, mereka kena melakukan perubahan dari segi pimpinan PAS itu sendiri supaya PAS tidak menjadi kuda tungganggan kepada Anwar Ibrahim.

2. Kini dilihat seolah-olah PAS mengikut rentak gendang PKR dan DAP, kewibawaan PAS jelas dapat dilihat serta disegani di zaman Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda, sedangkan tidak digelar atau mengelarkan dirinya ulama. Mengapa ini boleh berlaku? Apakah pimpinan muda dalam PAS hari ini tidak mampu merealisasikan impian mereka? Apakah golongan profesional dalam PAS hari ini takut untuk menyuarakan padangan mereka setiap kali mesyuarat AJK Pusat diadakan? Atau golongan cendekiawan dalam PAS hari ini sudah selesa dengan jawatan-jawatan yang mereka sandang.

3. Muktamar Agung PAS kali ini diharap dapat membuahkan satu keputusan yang baik terutamanya dari sudut memilih pucuk pimpinan PAS, iaitu samada golongan
yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama dikekalkan atau sebaliknya.

4. Golongan cendekiawan sepatutnya sedar bahawa mereka disisihkan dari kepimpinan dengan melabelkan golongan itu tidak ulama selain itu puak-puak berjubah menganggapkan PAS itu Islam dan Islam itu PAS, dua perkara yang tak boleh dipisahkan sedangkan yang sebenarnya PAS itu parti dan Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk dijadikan panduan hidup bagi memperolehi kebahagiaan di dunia dan kebahgiaan akhirat.

5. Sedangkan PAS parti politik yang ditubuhkan setelah tidak berpuas hati dengan parti UMNO. PAS bukannya Islam sepertimana yang didakwa oleh setengah pihak, PAS hanya memperalatkan Islam bagi tujuan mengaburi mata rakyat bawahan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

6. Golongan akademik yang ada dalam PAS bertanggungjawab untuk mengubah persepsi ahli-ahli dan para penyokong PAS yang merasakan golongan ulama sahaja yang berhak menjawat jawatan Presiden adalah tanggapan yang salah sebenarnya siapa sahaja boleh menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS, asalkan mereka menjadi ahli dan layak menawarkan diri supaya di calon untuk semua jawatan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Selama ini mereka dikelirukan oleh golongan yang mengelarkan diri mereka ulama sahaja berhak dan layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS pendek kata golongan yang tidak berjubah ditipu hidup-hidup golongan yang memakai jubah.

7. Golongan cendekiawan yang tidak berjubah dianggap sebagai golongan radikal dalam PAS. Seharusnya mereka membaca perlembagaan PAS, khususnya atikel 6 dengan jelas menyatakan siapa sahaja boleh memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden asalkan mereka dicalon dan dipilih oleh perwakilan dalam muktamar yang diadakan.

8. Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda telah memimpin PAS sekian lama, kewibawaannya tidak siapa pun dikalangan ahli-ahli PAS dapat menafikan kemampuan serta kebolehannya, justeru akhirnya bergabung dengan BN. Beliau tidak pernah mengelarkan dirinya sebagai tok guru, ulama atau ustaz.

9. Allahyarham Zulkifli Mohamad pernah menjadi Presiden PAS sekian lama, kebolehan memimpin tidak siapa pun yang
menafikan kejayaannya. Di zaman beliau PAS begitu mantap dan kuat, beliau juga tidak pernah mengelar diri beliau sebagai tok guru atau ulama. Begitu juga Allahyarham Dr. Borhanuddin pernah menjawat jawatan yang serupa namun tidak pernah terkeluar dari mulut beliau mengelarkan dirinya sendiri sebagai ulama.

10. Justeru puak-puak yang berjubah dalam PAS ini jangan menganggap jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu hak puak-puak pakai jubah. Jubah pakaian orang arab, bukannya pakaian orang melayu. Bila pakai jubah terus jadi ulama, kalau begitu penyangak pun boleh jadi ulama bila berjubah.

11. Ulama boleh definasikan dengan orang yang arif dalam satu-satu bidang ilmu atau pakar dalam satu bidang boleh digelarkan dengan alim, bukannya diri sendiri mengelarkan ulama. Apa lagi jika pergi meminta-minta istana mengazetkan sebagai tok guru dan meminta dengan istana mengiystiharkan pula dengan gelaran tok guru , lagi dahsyat.

12. Golongan akademik yang tidak berjubah saperti Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor), Husam Musa (Naib Presiden), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan), Dr. Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamad Awang dan lain tokoh dalam PAS yang tidak bergelar ulama semuanya layak menduduki kerusi Presiden dan Timbalan Presiden. Orang-orang inilah yang layak dipilih kerana pandai menilai ini dunia dan itu akhirat. Kedua-duanya perlu berusaha, dan jangan mudah membuat sebarang keputusan.

13. Jika ini berlaku, berfikirlah dengan waras nasib bangsa sendiri, cukuplah berpura-pura memperjuangkan Islam melalui PAS, jika betul-betul ingin berjuang untuk Islam dan rakyat maka bergabunglah dengan BN atas nama Melayu, bangsa dan agama. Berjuanglah bersama-sama dengan UMNO demi melihat perpaduan dan keharmonian hidup bangsa Melayu, bersatulah demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

14. Bersatulah dalam satu saf untuk mencapai misi, visi kita iaitu menjadi negara maju tahun 2020.


MT
TINGKAT 6.COM
07 MEI 2009

Rabu, Mei 06, 2009

PKR DAN DAP BERSANDIWARA MELALUI PILIHANRAYA

PKR dikatakan oleh para penyokong pelakon utama Anwar Ibrahim telah berjaya menunjukkan kekuatan partinya melalui pilihanraya-pilihanraya kecil tajaan mereka.

2. Justeru kebelakangan ini trend perletakan jawatan ADUN telah menular pula ke dalam parti DAP, iaitu dikatakan Manoharam, Penasihat Undang-undang kepada Pertubuhan haram Hindraf pula menyatakan ingin meletakkan jawatan sebagai ADUN dengan alasan bahawa beliau tidak dapat berkhidmat kepada para pengundi yang mengundi beliau kerana masih di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini merupakan alasan, menarik simpati rakyat / masyarakat negara ini kearah dirinya yang masih ditahan. Alasan ini memang tidak logik kerana perkhidmatan kepada pengundi di kawasan beliau telah dilakukan oleh isteri beliau sendiri.

3. Alasan yang serupa diberikan En. Mohamad Fairuz selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti dengan alasan ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

4. Kepada rakyat seharusnya memahami bahawa apa yang berlaku sebenarnya dirancang oleh Penasihat PKR yang ingin mengheret kerajaan terikut-ikut dengan mainan mereka, supaya kerajaan tidak boleh menumpukan kepada pembangunan untuk rakyat, sebagai pengundi seharusnya mesti berfikir bahawa setiap kali pilihanraya diadakan cukup banyak wang dibelanjakan, perbelanjaan wang begitu rupa merupakan pembaziran semata-mata, trend seperti ini sebenarnya bertentangan dengan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia sejak 50 tahun lebih.

5. Tidak sepatutnya demokrasi yang ada digunakan untuk kepentingan peribadi atau satu-satu liputan semata-mata. Trend perletakkan jawatan sebagai ADUN kini telah menular ke dalam DAP pula, jika amalan meletakkan jawatan sebagai ADUN, menjadi budaya dalam PKR sudah pasti negara akan dilihat tidak stabil/lebih-lebih lagi jika kerajaan tidak turut meletakkan calon untuk bertanding, maka mereka akan menuduh kerajaan sebagai tidak mengamalkan demokrasi, dan inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh Penasihat PKR.

6. Beliau (Penasihat PKR) yang merancang segala–galanya, ini jelas bila isteri beliau sendiri meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan kepada beliau (Anwar) untuk bertanding di kerusi berkenaan.

7. Inilah perangai pelakon utama dalam politik negara, tak habis-habis sejak dulu lagi dengan pelbagai karenah serta melempar pelbagai tuduhan kepada kerajaan selepas beliau dikenakan tindakan, ekoran kelakuan tak bermoral ke atas Sukma Dermawan dan lain-lain sehingga yang terakhir ke atas pembantu beliau iaitu Mohamad Saiful, inikah tokoh yang kita mahu jadikan sebagai pemimpin? Fikir-fikirkanlah ........



MT
TINGKAT 6.COM
06 MEI 2009

Selasa, Mei 05, 2009

TAWARAN PAS CUMA ISLAM, RAKYAT KIAN SEDAR

PAS dalam lidah rasminya Harakah menyatakan “Tawaran PAS Cuma Islam, Rakyat Kian Sedar”.........

2. Saya rasa amat pelik, PAS menawarkan Islam kepada rakyat. Saya nak tanya selama ini rakyat tidak boleh melakukan/mengamalkan Islamkah di negara ini?

3. Apakah Islam ini boleh dijual beli @ ditawar? Islam tidak boleh dijual beli kerana ianya merupakan hidayah Allah kepada manusia. Sesiapa yagn tidak mendapat hidayah Allah dia tidak akan memeluk Islam.

4. Tawar-menawar merupakan barangan, Islam bukannya barangan boleh dijual beli, diwarisi. Sejarah Islam telah membuktikan kepada kita iaitu Abu Jahal dan Abu Lahab merupakan bapa saudara kepada baginda Rasulullah SAW, tetapi tidak menerima Islam sebagai agama kerana tidak mendapat hidayah Allah.

5. PAS memang bersandiwara. Selain itu kenyataan Dr. Lo’Lo, AJK PAS Pusat yang mangatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak berhubung tranformasinya dalam kerajaan, dianggap sebagai gimik dan retorik semata-mata.

6. AJK PAS itu menang bukan orang politik cuma berlakon dalam politik. Pada saya beliau dengan sendirinya tidak memahami apa yang diungkapkan, malah beliau dengan angkuh menyatakan cukup yakin kepimpinan ulama dalam PAS yang ada sekarang. Saya ingin bertanyakan apa yang PAS buat selama 25 tahun memimpin PAS? ini yang sebenarnya retorik tidak ada apa yang PAS boleh buat hanya melaungkan cogan kata sahaja. Membangun bersama Islam, negara Islam, negara kebajikan, ini semua cogan kata untuk mempengaruhi pengundi tidak lebih dari itu.

7. Dulu, jika bekerjasama dengan orang bukan Islam, maka hukumnya.............. kini sudah boleh bekerjasama, dulu tidak boleh menggunakan masjid yang dibina oleh orang UMNO kini boleh. Inilah yang diyakini oleh Lo’ Lo AJK PAS Pusat. Teorinya positif dan tindakannya negatif (cakap tak serupa bikin).

MT
TINGKAT 6.COM
05 MEI 2009

PAS TETAP DITERAJU ULAMA

PAS kini dilanda krisis kepimpinan ulama melalui Mursyidul Am YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan sebahagian rakan-rakan dalam ulama. Namun ianya ditentang habis-habisan oleh kumpulan yang agak radikal yang terdiri dari golongan profesional khasnya kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan Endorgan yang menyokong Penasihat PKR (pelakon utama) dalam PKR.

2. Pada YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Presiden dan Timbalan Presiden PAS mestilah terdiri dari kalangan mereka yagn beriman dan bertaqwa kepada Allah (lihat Utusan selasa 15 Mei 2009 muka depan). Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Mursyidul Am, ini bererti yang tidak dikenali dengan panggilan ulama bermakna tidak beriman dan seterusnya tidak bertaqwa kepada Allah.

3. YAB Nik Aziz Nik Mat tidak mengiktiraf mereka yang tidak bergelar ulama contoh golongan profesional, pra akademik, pada beliau jawatan nombor satu dan nombor dua seolah-olah menjadi hak milik mereka yang bergelar ulama.

4. Pandangan ini ditentang oleh Ketua Dewan Ulama Ustaz Mohamad Awang dan sebahagian rakan-rakan dalam Dewan Ulama, golongan yang tidak berpendidikan agama yang berada dalam PAS tidak ada ruang lagi mereka untuk bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Presiden walau memiliki sebanyak mana ijazah sekali pun. Lebih-lebih lagi mereka yang telah dikenal pasti penyokong kuat kepada DSAI seperti Kamaruddin Jaafar, Mat Sabu, Husan Musa, Hasan Ali, Salahuddin Ayub dan lain-lain pemimpin yang tidak berjubah.

5. Golongan muda dan profesional menganggap PAS kini di bawah pimpinan ulama sudah tidak ketahuan dan tidak jelas hala tujunya, kerana semakin hari semakin tunduk kepada PKR dan DAP, justeru itulah, golongan muda dan profesional melihat ada ruang untuk mengalih dan mendaki tangga kepimpinan dalam PAS untuk mengelak dari menjadi hamba abdi DAP dan PKR yang mempunyai cita-cita tersendiri.

6. Sayangnya PAS kini telah menjual roh agama Islam yang menjadi simbol perjuangan sejak dulu kepada Anwar Ibrahim yang menjual roh perjuangan orang Melayu dan agama Islam semata-mata untuk kepentingan diri.

7. PAS kini sudah tunduk dan patuh kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Apakah pemimpin akademik lebih-lebih lagi golongan muda bahawa perjuangan mereka untuk agama dan akhirat sudah tercapai? hanya dengan ketrampilan berjubah putih, hijau, hitam dan lain-lain warna? atau dengan menubuhkan kerajaan pimpinan ulama yang tidak tahu tentang pengurusan? seperti yang telah wujud di Kelantan dan Perak kini.

8. Golongan akademik dalam PAS telah memberi amaran kepada pimpinan ulama melalui muktamar tahun lepas, bahawa PAS akan hancur jika hanya mementingkan akhirat semata-mata kerana Allah menggalakkan umat mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat serentak.

9. Cukuplah kita golongan akademik tertipu dengan golongan yang bergelar ulama, kita mesti melakukan perubahan dan terus kita menyokong Presiden untuk mewujudkan kerajaaan campuran dengan UMNO kerana dengan cara UMNO sajalah kita dapat perjuangkan agenda
Untuk orang-orang Melayu, agama dan bangsa, tanpa UMNO maka perjuangan kita tidak kemana-mana hanya syok sendiri sahaja, yang kita boleh buat mengkritik pimpinan UMNO sahaja yang rugi bangsa dan agama kita sendiri

Awas Ulamak!!!.... ulamak seperti ini akan merugikan anak bangsa sendiri.


MT
TINGKAT 6. COM
05 MEI 2009