Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “piliharalah diri kamu daripada kekejian kerana Allah s.w.t membenci kekejian dan tidak membuat kekejian “ diceritakan oleh Ibnu Hiban dari Abu Hurairah.
Hadis lain pula menceritakan (Ibnu Abas) bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat memaki orang musyriq yang terbunuh dalam peperangan Badar. Rasulullah melarang para sahabat memaki-hamun orang musyriq yang telah mati walaupun orang itu tidak beriman kepada Allah, malah menduakan Allah, kerana maki-hamun itu tidak didengar oleh yang dah mati, ianya semata-mata menyakiti orang yang masih hidup.
Jelas kedua-dua maksud hadis di atas melarang keras orang Islam tanpa mengira ilmu, kedudukkan dan warna kulit mengeji orang atas apa sifat sekali pun kalau pun orang itu tidak Islam. Kalau mengeji sesama Islam bertambah haram itu.
Dari sini jelas kepada kita apa yang dilakukan oleh orang-orang yang mengaku dirinya ulama terhadap kawan-kawan mereka dalam UMNO jelas bertentangan dengan hukum Islam. Bagaimana Mursyidul Am PAS boleh menyindir, mencaci, malah memfitnah orang Islam lain yang tidak sehaluan dengan mereka?
Bolehkah ulama ini mengatakan orang UMNO Thagut sesat, jahil, komunis, hatta kafir. Apa ini semua? layakkah orang seperti ini dipanggil Tok Guru? dan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS? setahu saya Mursyidul ialah orang cerdik, pandai, berilmu dan alim, kalau orang alim sifatnya waraq dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. seterusnya tidak mengata orang lebih-lebih lagi memfitnah. Imam Al-Ghazali berkata “perbuatan maki, caci, kutuk, mencela dan memfitnah orang lain itu perbuatan orang fasik (Jehat)”. ”Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh” Al-Imran.
Baginda Rasulullah pernah ditegur oleh Allah s.w.t bila Rasulullah berdoa dalam qunut sembahyangnya agar Allah turun bala ke atas kabillah (puak) Bani Sulaiman yang membunuh penduduk Bi’ru Al-Ma’unah
Selepas itu turun wahyu Allah melarang Baginda berbuat demikian kerana urusan menurun bala dan menyeksa penentang agama ialah urusan Allah.
Bagaimana dengan amalan ulama/Tok Guru yang sering membaca qunut Nazilah, dalam sembahyang mereka dalam khutbah Jumaat meminta Allah turun bala ke atas orang Islam lain? (orang UMNO).
Imam Al-Ghazali dalam Ehya Ulumuddin mengatakan haram dan berdosa besar mereka mencela, mencaci orang lain walau dalam keadaan apa sekalipun Imam Al-Ghazali amat berbeza ilmunya dengan orang-orang PAS terutama ulamanya, mulai dari Mursyidul Am, Presiden dan budak mudanya semuanya menganggap mengutuk sesama Islam dibolehkan (halal) hairan? Bila ditanya tak apa kerana mereka (orang UMNO) tidak melaksanakan hukum Allah?
Nauzubillah ........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dalam menyatakan sesuatu fakta, kita memerlukan bukti yg kukuh n sahih serta saksi2 yg boleh dipercayai..supaya ini semua tidak membawa kepada fitnah...
BalasPadamadakah anda pasti mursyidul am pas tu berkata demikian??adakah anda berada di tempat kejadian dan mendengar dari mula setiap butir bicara yang diperkatakan..jangan hanya membuat komen kalau tiada bukti yang sahih dan berpandukan media yang hanya mengambil petikan sebahagian sahaja yang diperkatakan.bercakap pasal agama dah betul tapi biarlah contoh tu berasas.
BalasPadamYang lepas tu lepas jelaa.... Biar Allah pulak jalankan hukumnya.... :)
BalasPadamJangan sampai kita merangkak di akhirat nanti cari mursyidul am PAS yang kamu katakan itu bila kata2 kamu ini palsu!!
BalasPadam