Selasa, Julai 14, 2009

LIDAH DIGUNAKAN UNTUK MENCACI DAN MEMFITNAH

Riwayat Abu Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud sepeninggalan aku kelak akan ada suatu kaum yang pandai membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkong(hanya sekadar membaca sahaja tanpa beramal). Mereka mudah keluar dari larangan agama seperti anak panah keluar dari busurnya, yang mana mereka tidak akan kembali mengamalkan agama seperti yang diisyarat oleh Al-quran. Mereka menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politik semata-mata mereka itu adalah sejahat-jahat manusia.

Gambaran yang dibawa oleh baginda menunjukkan ciri-ciri manusia yang mengejar dunia yang dianggap oleh Allah s.w.t dan Rasulnya sebagai manusia jahat, mereka hanya pandai membaca dan menterjemahkan Al-quran tetapi tidak melaksanakannya atau melaksanakan jika ada kepentingan-kepentingan diri atau parti yang dipimpin.

Cuba kita renungkan siapakah manusia yang tergolong dalam jenis ini. Dianggap jahat oleh Rasulullah tetapi disanjung oleh manusia-menusia yang seperjuangan dengannya.

Menyindir orang lain dengan lantang tidak Islam, tidak pandai membaca Al-quran, tidak suka ke masjid dan berbagai-bagai lagi sindiran. Inilah golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai pandai membaca Al-quran, berceramah tentang Islam tetapi selepas terjemah Al-quran memaki sesama Islam. Bila ditanya kenapa memaki hamun orang Islam, jawabnya halal. Kita memaki hamun dia kerana dia menolak perjuangan kita, orang yang menentang perjuangan kita, orang itu tidak Islam, berani berkata kerana benar kita dipihak yang benar.

Dalam Al-quran, surah Al-Hujurat ayat 10, dengan jelas melarang orang mukmin memaki hamun sesama saudara yang beragama Islam dan mendamaikan mereka jika mereka bergaduh dan Allah juga mengarahkan orang-orang Islam supaya menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain.

Anda boleh perhatikan golongan manakah yang mengamalkan maki hamun sesama Islam?. Sedar atau tidak golongan ini berselindung disebalik agama, mengambil agama untuk kepentingan politik semata-mata. 25 tahun memerintah tetapi sama sekali tidak melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan