Khamis, Julai 30, 2009

RAKYAT JANGAN IKUT ANWAR, HADI DAN LIM

Ingatlah betapa buruknya hasil perbuatan kamu, apakah kamu ingin pertumpahan darah berlaku? Perbuatan kamu semata-mata untuk kepentingan politik.

Rakyat jangan terpengaruh dengan seruan mereka untuk hadir beramai-ramai berdemontrasi ..........

Kerugian kepada rakyat.

Ingatlah! ...... dan jangan keluar.

Isnin, Julai 27, 2009

UNTUK RENUNGAN

Allah s.w.t. sebagai khalik telah menjadikan manusia dengan seelok-elok kejadian jika dibandingkan dengan lain-lain kejadian Allah yang lain. Kecantikan manusia telah dirakamkan dalam Al-Quran Nur Al-Karim surah Al-Tin firman Allah “Sesungguhnya aku jadikan manusia dengan seelok-elok kejadian” ditambah lagi dengan diberi akal fikiran sehingga berpuluh kali disebut dalam Al-Quran mengenai akal.

Dalam hubungan ini orang-orang Melayu yang beragama Islam khususnya, apa lagi yang mereka mahu? Sejak 1951 orang Melayu berpecah kepada 2 kumpulan yang besar iaitu kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam melalui sebuah parti yang didaftarkan atas nama PAS. Manakala satu lagi kumpulan orang Melayu Islam berjuang atas Melayu berlandaskan kehendak-kehendak Islam, kedua-dua kumpulan ini terus memperjuangkan mengikut kehendak (setiap kumpulan), yang anehnya kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sehingga kini tidak ada pun yang dibuat yang nampak boleh dilebalkan sebagai Islam perbuatan mereka.

Kumpulan ke-2 yang memperjuangkan untuk kepentingan Melayu melalui Islam telah membangunkan negara ini dari segenap aspek sejak 1957 hingga kini yang manafaatnya dapat dirasai oleh semua masyarakat Malaysia malah kumpulan yang mendakwa untuk mengapakan Islam itu pun mencapai hasil perjuangan yang diperjuangkan oleh kumpulan kedua sehingga mereka maju jaya dalam bidang-bidang yang mereka ceburi, seperti pendidikan, ekonomi bahkan dalam bidang keagamaan, sehingga sampai ke sebarang laut semuanya itu hasil perjuangan kumpulan ke-2.

Kumpulan pertama yang mendakwa perjuangan untuk mengapakan Islam tidak menjadi kenyataan, yang nyata hanya maki-hamun, memfitnah masyarakat. Justeru berfikirlah demi untuk kebaikan sejagat tak usahlah bertelingkah sesama orang Melayu, ianya tidak berkesudahan.

Selepas 1999 satu lagi kumpulan Melayu muncul dalam arena politik yang mendakwa memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat, tetapi sehingga kini tidak ada apa pun yang kumpulan ini lakukan atau yang mereka buat untuk rakyat negara ini yang jelas memesongkan pemikiran rakyat untuk membencikan kerajaan, selain itu membangkitkan semangat perkauman dan reformasi jalanan sehingga terbawa-bawa sampai ke dalam Dewan Undangan Negara dan Dewan Rakyat. Inikah yang mereka dakwa keadilan?

Bersatulah ke dalam kumpulan ke-2 yang jelas peranannya tidak bertentangan dengan Islam dan berjaya pula memperjuangkan kepentingan sejagat. Malah hasil perjuangan kumpulan ke-2 ini telah diiktiraf oleh dunia dalam semua aspek. Bersatulah, kerana itu yang dituntut oleh Allah dan Rasul, ingatlah Islam tidak membenarkan umat-umat berpecah belah semasa Islam dan fikirlah kerana kebaikan itu yang kita mahukan.

TINGKAT 6.COM
27 JULAI 2009

Rabu, Julai 22, 2009

DR. LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI KESAL PENGUNDI MANEK URAI PILIH UMNO/BN

Pengundi-pengundi di DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan tidak sepatutnya menukar kepentingan duniawi dengan ukhrawi, duniawi tidak berkekalan. Kenyataan ini dibuat oleh Dr. Lo’ Lo’ ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya di DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009.

Lo’ Lo’ mencemoh tindakan pengundi Manek Urai kerana sanggup menukar pendirian yang dipegang selama ini. Dr. Lo’ Lo’ bermain politik sepanjang masa, sehingga lupa yang sepatut diperjuangkannya iaitu nasib rakyat.

Apakah Dr. Lo’ Lo’ tidak tahu bahawa Manek Urai 15 tahun berada di bawah PAS, tetapi PAS tidak berbuat apa-apa, kelihatan Manek Urai sama seperti dulu. Justeru, pengundi DUN Manek Urai berfikiran terbuka dengan menzahirkan melalui pilihan raya baru-baru ini iaitu menyokong UMNO/BN. Mereka tahu jika mereka masih mengundi PAS sudah pasti mereka akan ketinggalan dari arus pembangunan. Keputusan dengan hanya majoriti 65 undi bagi calon PAS, ianya merupakan satu tamparan kepada PAS Kelantan. Di bawah pimpinan ulamak yang sebelum ini menjadi idola mereka (penyokong PAS).

Majoriti dengan hanya 65 undi menunjukkan ahli-ahli PAS mula menolak perjuangan dengan berteriak, bertakbir, rakyat tidak ada apa yang mereka perolehi selama 3 penggal duduk di bawah payung PAS.

Rakyat Manek Urai inginkan perubahan sama seperti di tempat tempat lain di bawah UMNO/BN. Ini menunjukkan pengundi di DUN Manek Urai sudah matang keputusan yang ditunjukkan baru-baru ini jelas mengambarkan betapa hasrat semua pengundi inginkan perubahan di tempat mereka. Mereka sudah sedar betapa mereka ditipu, digula-gulakan sejak 3 penggal berturut-turut. PAS hanya berselindung di sebalik Islam, malah lebih tepat PAS menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata sebagai contoh selama 3 penggal PAS berada di Manek Urai satu masjid/surau tidak di bina untuk tempat beribadat, yang ada di seluruh DUN Manek Urai samada masjid atau surau dan sekolah semua dibina oleh Kerajaan Negeri semasa UMNO/BN memerintah Kelantan.

PAS di bawah pimpinan Mursyidul Am Y.A.B Dato’ Nik Aziz Nik Mat akan berkubur selepas ini, ini jelas melalui gambaran gelombang yang ditunjukkan oleh anak-anak muda di Manek Urai. Justeru saya merasa begitu yakin anak-anak muda seluruh negeri Kelantan akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di Manek Urai dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.

Saya menyeru orang-orang yang fanatik dengan YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat supaya berhenti menggunakan potongan ayat-ayat suci al-quran dan dilukis atau dicetak bersama dengan wajah Dato’ Nik Aziz sedang berdoa dan potongan ayat suci yang ditulis bermaksud ”Masuklah ke dalam agama Islam dalam keadaan selesa dan sejahtera” kemudian disangkut di pokok-pokok kayu. Ayat itu tidak ada kena mengena dengan parti PAS, malah maksud ayat mengajak dan memberitahu kepada kita bahawa agama Islam selamat dan menjamin kesejahteraan kepada semua bukannya menyeru masyarakat mengundi PAS.

PAS sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian, 1 PAS halal dan 1 bahagian lagi PAS itu haram. Halal dari sudut demokrasi, iaitu PAS diluluskan oleh pendaftaran mengikut proses undang-undang negara. Justeru PAS seperti lain-lain parti politik boleh mengadakan aktiviti parti selagi tidak bertentangan dengan undang-undang lain seperti peraturan dalam kanun keseksaan (KK) yang kedua parti PAS itu amalannya haram, iaitu pimpinan dan para penyokongnya memutuskan silaturahim sesama Islam, memusuhi sesama saudara seagama, malah lebih dari itu berlaku penceraian antara suami isteri, pulau memulau, keji mengeji, memfitnah, menghukum mereka yang berada dalam UMNO tidak Islam, kafir dan sebagainya.

TINGKAT 6.COM BANGGA LUAHAN ANAK JATI MANEK URAI

Tingkat 6.com bangga dengan anak jati Manek Urai yang luahan hatinya tersiar di akhbar Utusan Malaysia, 21 Julai 2009. Syabas....

Pagi 15 Julai 2009, hati saya terasa amat tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan Pilihan Raya DUN Manek Urai. Harapan saya agar berlaku perubahan di Manek Urai, kampung halaman yang saya amat cintai. Namun harapan tinggal harapan.

Sekali lagi keputusan berpihak kepada parti penyandang di situ. Saya terima keputusan tersebut dengan hati yang reda.

Namun, jauh di sudut hati saya, terasa amat kecewa dengan pilihan rakyat Manek Urai dalam pilihan raya kecil kawasan itu. Saya merupakan penuntut di sebuah IPT di Lembah Klang. Sanggup pulang ke kampung halaman pada malam 13 Julai 2009 dan tidak hadir ke kuliah, semata-mata ingin mengundi untuk mengubah nasib kami sejak sekian lama. Namun sekali lagi penduduk Manek Urai memilih untuk terus ketinggalan.

Di sini, saya bukan menolak syiar Islam yang dibawa oleh PAS. Dan bukan menerima 100 peratus ideologi UMNO. Saya menyokong kedua-duanya. Namun ikhlas saya katakan hati saya lebih yakin pada kerajaan yang memerintah negara sekarang.

Buat pengundi Manek Urai, cuba renungkan tentang kemajuan yang terdapat di kawasan tersebut. Manek Urai hanyalah kawasan yang dikelilingi pohon-pohon getah dan kelapa sawit dan menjadi sebutan hanya kerana pilihan raya kecil ini.

Renungkanlah wahai penduduk Manek Urai, kita sudah jauh ketinggalan. Saya berkata demikian kerana saya sayangkan kampung halaman sendiri.

Renungkanlah sekali lagi wahai penduduk Manek Urai, adakah tepat calon pilihan anda? Adakah tepat perjuangan yang dibawa oleh sekutu mereka?

Jauh di sudut hati, saya tidak dapat menerima perjuangan yang dibawa oleh mereka. Saya langsung tidak dapat menerima kata-kata pemimpin mereka mengatakan sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat.

Inikah jawapan seorang pemimpin yang tidak tahu berterima kasih? Dan seorang lagi sekutu mereka dengan angkuh dan sombong berkata: ”Adakah jika anda menjadi Perdana Menteri pada 15 september, 16 september anda boleh mengubah segala-galanya?

Saya tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Biarlah mereka yang mengundi pemimpin ini untuk menjawab persoalan tersebut.

Saya tidak bermaksud untuk menghina calon mereka yang menang.

Saya akui calon ini seorang peniaga ikan yang berjaya dan seorang pemimpin yang amat mesra dengan penduduk Kuala Krai dan Manek Urai. Tetapi renungkanlah sekali lagi wahai penduduk Manek Urai, mampukah pemimpin ini membawa suara anda ke telinga atasan.

Saya mohon maaf jika luahan saya ini membuatkan penduduk Manek Urai marah dan tersinggung. Tetapi fikirlah sejenak, jika anda tidak fikirkan masa depan anda sendiri, fikirkanlah masa depan anak-anak dan generasi serta bangsa kita.

KEMATIAN TEOH

Berulang kali pemimpin pembangkang bila berlaku angkara yang melibatkan warganegara, terutamanya individu yang menyokong perjuangan PKR seperti Teoh baru-baru ini, menuduh kerajaan, terutamanya polis tidak bertanggungjawab dan membuat pelbagai andaian dan spekulasi tentang kematian Teoh Beng Hock 30.

Pembangkang tak habis-habis membuat andaian bagi tujuan menimbulkan kekeliruan dihati rakyat dan bersangka buruk kepada kerajaan, andaian spekulasi itu boleh membawa kepada kebencian satu pihak kepada pihak lain yang akhirnya mungkin boleh membawa perbalahan antara kaum. Cukuplah ...... sedarlah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pasti kamu juga akan menerima akibatnya.

Teoh, telah pun pergi ...... urusan selanjutnya serahlah kepada pihak berkuasa SPRM dan PDRM. Tak perlu lagi keriat isu-isu yang boleh menganggu-gugat penyiasatan ke atas kes berkenaan, tolonglah sedar bahawa Malaysia mempunyai undang-undang, kita semua tahu tidak ada siapa yang akan terlepas dari undang-undang termasuk pembangkang.

Pembangkang tidak perlu menjual idea yang lapok kepada rakyat. Cukuplah, jadilah pembangkang yang bijak membangkang apa yang perlu dibangkang mengikut peraturan yang ada iaitu melalui Dewan Rakyat, bukan menyebar, memfitnah sesuka hati, ini merugikan rakyat, pemimpin pembangkang setiap bulan menerima gaji walaupun ekonomi negara merudum, rakyat menerima akibat buruk hasil perbuatan pembangkang.

Pembangkang mesti sedar, khususnya Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, yang mendakwa soalsiasat ke atas Teoh itu terlalu lama dilakukan oleh pegawai SPRM sehingga mereka yang disiasat tidak dapat merehatkan diri.

Pembangkang kebelakang ini seolah-olah tidak waras dalam memperkatakan sesuatu, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan semuanya tak betul, yang betulnya pembangkang, saya teringat kepada peristiwa Musailamatul Al-Khazab yang mengaku menjadi nabi, sedangkan dia buta, sifat itu tidak boleh menjadi nabi. Musailamatul sedar perkara itu, tetapi masih mendakwa dia nabi, pada masa yang sama mendustakan baginda Rasulullah, sama juga dengan pembangkang. Pembangkang tidak tahu apa yang hendak diutarakan tetapi masih mempersoalkan tindakan kerajaan ianya semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat, contoh Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS mempersoalkan dan mengecam tindakan SPRM menyoal siasat dalam tempoh yang begitu panjang ke atas Teoh (Harakah 20 Julai 2009) ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana itu prosedur kerja SPRM, untuk menentukan apa yang diperkatakan itu benar, ianya juga dapat melengkap kertas siasatan itu dalam jangka masa yang singkat. Apa yang SPRM lakukan itu semuanya bagi memuaskan semua pihak ianya berlandaskan peruntukan undang-undang.

Pembangkang diminta supaya berfikiran waras dalam apa jua yang hendak dihighlightkan kepada umum iaitu untuk kebaikan, sebab itulah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri UMNO/BN turun padang, mengapa kamu ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri pembangkang tak boleh turun padang? Apa yang specialnya kamu?

Pembangkang hebat bercakap, mengkritik tetapi praktikalnya tidak ada. Pengundi pembangkang nak kenal wakil mereka tetapi harapan tinggal harapan.

Sedarlah pembangkang, kamu tidak mampu untuk membantu/menolong pengundi, yang kamu mampu hanya bercakap dan memfitnah kerajaan semata-mata. Lihatlah
Kelantan negeri di bawah pemerintahan PAS, Kedah dan Selangor apa yang mereka buat?

Di Kelantan Nik Aziz buat slogan, Selangor slogan dan Kedah pun begitu. Dia sedar apa yang dibuat oleh pihak berkuasa BN semuanya betul, tetapi mengkritik semata-mata untuk kepentingan politik dan peribadi.

Pembangkang, berhentilah memperkatakan isu Teoh, buatlah kerja mengikut lunas undang-undang. Turun ke akar umbi bantu rakyat yang mengundi kamu, yang membuat kamu boleh menduduki kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, jangan mengharapkan Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN yang menyokong kerajaan sahaja menolong rakyat.

Dikalangan pembangkang mungkin yang tak tahu pun dimana letaknya Parlimen/Dewan Undangan Negeri yang diwakilnya. Turunlah ke akar umbi bantu penyokong kamu. Wakil-wakil pembangkang sebenarnya terdiri dari mereka yang kecewa dalam perjuangan asal, menyertai PAS dan DAP untuk kepentingan peribadi, jauh sekali memperjuangkan kepentingan rakyat.

Selasa, Julai 14, 2009

LIDAH DIGUNAKAN UNTUK MENCACI DAN MEMFITNAH

Riwayat Abu Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud sepeninggalan aku kelak akan ada suatu kaum yang pandai membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkong(hanya sekadar membaca sahaja tanpa beramal). Mereka mudah keluar dari larangan agama seperti anak panah keluar dari busurnya, yang mana mereka tidak akan kembali mengamalkan agama seperti yang diisyarat oleh Al-quran. Mereka menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politik semata-mata mereka itu adalah sejahat-jahat manusia.

Gambaran yang dibawa oleh baginda menunjukkan ciri-ciri manusia yang mengejar dunia yang dianggap oleh Allah s.w.t dan Rasulnya sebagai manusia jahat, mereka hanya pandai membaca dan menterjemahkan Al-quran tetapi tidak melaksanakannya atau melaksanakan jika ada kepentingan-kepentingan diri atau parti yang dipimpin.

Cuba kita renungkan siapakah manusia yang tergolong dalam jenis ini. Dianggap jahat oleh Rasulullah tetapi disanjung oleh manusia-menusia yang seperjuangan dengannya.

Menyindir orang lain dengan lantang tidak Islam, tidak pandai membaca Al-quran, tidak suka ke masjid dan berbagai-bagai lagi sindiran. Inilah golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai pandai membaca Al-quran, berceramah tentang Islam tetapi selepas terjemah Al-quran memaki sesama Islam. Bila ditanya kenapa memaki hamun orang Islam, jawabnya halal. Kita memaki hamun dia kerana dia menolak perjuangan kita, orang yang menentang perjuangan kita, orang itu tidak Islam, berani berkata kerana benar kita dipihak yang benar.

Dalam Al-quran, surah Al-Hujurat ayat 10, dengan jelas melarang orang mukmin memaki hamun sesama saudara yang beragama Islam dan mendamaikan mereka jika mereka bergaduh dan Allah juga mengarahkan orang-orang Islam supaya menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain.

Anda boleh perhatikan golongan manakah yang mengamalkan maki hamun sesama Islam?. Sedar atau tidak golongan ini berselindung disebalik agama, mengambil agama untuk kepentingan politik semata-mata. 25 tahun memerintah tetapi sama sekali tidak melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri mengatasi kepentingan individu.

Masih ramai mengaitkan ISA dengan ketidakadilan/zalim dirangka begitu rupa semata-mata untuk kepentingan politik.

ISA diwujudkan bagi menghalang/mencegah dari berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan rakyat dan negara. ISA bukan tindakan selepas berlaku satu-satu ancaman. Ianya dikenakan terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan, keamanan negara contohnya tindakan ke atas aktiviti subversif seperti penganas komunis, mengancam aqidah, ajaran al-argami, mengancam keselamatan dan ekonomi, Kumpulan Hindraf dan banyak lagi, semuanya diambil bukan kepentingan politik seperti dakwaan pembangkang.

Tindakan pantas pihak berkuasa ke atas golongan-golongan yang saya sebutkan tadi membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni, aman damai, termasuk pembangkang malah ISA merupakan satu akta penyelamat kepada pihak yang tidak berdosa, seksyen 73(1) memberi kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan awal menahan mana-mana individu, kumpulan yang dianggap oleh polis boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam dengan menahan mengikut keadaan 24 jam, 2 hari, seminggu dan maksimun 60 hari, ini bagi membolehkan pihak polis mengkaji kes melalui pelbagai cara termasuk risikan.

Penahanan di bawah ISA, bukan satu kesalahan jenayah dan tidak dituduh di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan. Tahan di bawah ISA tidak dimasukkan di lokap polis manakala tahanan ISA mempunyai sel sendiri tidak dicampurkan dengan lain-lain tahanan, mempunyai lengkap dengan tempat tidur.

Pihak polis tidak perlu merujuk kepada Menteri untuk mengambil tindakan ke atas individu kumpulan, cuma sebagai Menteri Dalam Negeri, pihak polis akan memberitahu tindakan itu berserta dengan alasan-alasan bertulis. Membebaskan tahanan ISA juga pihak polis memberitahu kepada Menteri berserta dengan alasan supaya Menteri berkenaan boleh menjawab bila disoal/ditanya oleh mana-mana pihak.

Selepas 60 hari, jika polis mendapati bahawa orang itu, masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara, maka pengakuan akan dibuat oleh polis kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan lebih lama lagi mengikut seksyen 8(1) atau 8(5). Menteri akan mengkaji hujah yang diberikan oleh polis itu sebelum membuat sebarang keputusan setelah berpuas hati Menteri akan menandatangani permintaan polis. Selepas 3 bulan kes boleh di rujuk Lembaga Penasihat orang yang ditahan boleh membawa peguam ketika kes didengar.

Sehubungan ini, pihak pembangkang jangan sekali-kali menuduh pihak berkuasa dengan zalim atau lebih dari itu, iaitu menyamakan pihak berkuasa yang menggunakan ISA dengan ”binatang”.

Dalam hal ini kadang-kadang kita lupa atau sengaja buat-buat lupa mengatakan penahanan bermotifkan politik, sesuka hati menahan tetapi percayalah polis tidak akan bertindak sesuka hati kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan oleh polis.

Orang-orang politik tidak sepatutnya membuat kenyataan semata-mata untuk kepentingan peribadi atau kepentingan parti.

Ingatlah tanpa undang-undang semua kita tidak selamat.

Rabu, Julai 08, 2009

MELAUNGKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Sejak awal ditubuhkan 1951 aktiviti-aktiviti yang digerakkan oleh PAS menggunakan Islam sebagai simbol, bagi menarik minat orang-orang Melayu menyertai PAS.

Pemimpin PAS sejak awal lagi menuduh kerajaan pimpinan UMNO/BN sebagai taghut, malah tidak Islam kerana berkongsi kuasa pemerintahan dengan parti-parti bukan Islam (MCA, MIC dan lain-lain parti). PAS dengan sengaja mengatakan kerajaan yang ada sebagai tidak Islam untuk menarik perhatian Melayu supaya memulau atau meninggalkan UMNO/BN dan menyertai PAS sebagai ganti bagi memudahkan masuk syurga.

“Perkongsian Kuasa” yang diamalkan oleh UMNO bercanggah dengan ajaran Islam, malah apa yang dilakukan oleh kerajaan segala-galanya tidak diakui oleh PAS, contoh yang lebih dekat masjid-masjid yang dibangunkah oleh kerajaan tidak boleh melakukan solat di dalamnya kerana najis, ini dilaungkan oleh Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang Presiden PAS sekarang dengan mengatakan jika sekiranya PAS dapat memerintah Terengganu segala masjid dan surau yang dibangunkan oleh Kerajaan UMNO/BN kena samak dahulu sebanyak 7 kali tanah bercampur air dan satu kali air bersih baru boleh kita solat di dalamnya kerana najis. Allahhuakhbar.........

Bila PAS memerintah Terengganu, tidak pun dilakukan apa yang dikatakan itu, Inilah kerja PAS. Kulit nampaknya elok tetapi dalamnya rosak. Kerajaan UMNO/BN taghut, tidak Islam, kerana bergabung dengan orang-orang bukan Islam, tetapi apa yang PAS kata kepada UMNO kini adalah pada mereka, iaitu berpakat dengan Karpal Singh. Apa yang DAP kata semuanya ikut, jangan buat Kerajaan Perpaduan, ikut. Nik Aziz sendiri melenting malah dengan angkuhnya mencabar Hj. Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa berhubung perkara ini.

Berilmu, tetapi Su’ (Jehat) orang UMNO taghut orang PAS tak taghut. Inilah ulamak Su

MENYINDIR, MENCELA, MENCACI, MENGEJI DAN MEMFITNAH BUKAN SIFAT ORANG ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “piliharalah diri kamu daripada kekejian kerana Allah s.w.t membenci kekejian dan tidak membuat kekejian “ diceritakan oleh Ibnu Hiban dari Abu Hurairah.

Hadis lain pula menceritakan (Ibnu Abas) bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat memaki orang musyriq yang terbunuh dalam peperangan Badar. Rasulullah melarang para sahabat memaki-hamun orang musyriq yang telah mati walaupun orang itu tidak beriman kepada Allah, malah menduakan Allah, kerana maki-hamun itu tidak didengar oleh yang dah mati, ianya semata-mata menyakiti orang yang masih hidup.

Jelas kedua-dua maksud hadis di atas melarang keras orang Islam tanpa mengira ilmu, kedudukkan dan warna kulit mengeji orang atas apa sifat sekali pun kalau pun orang itu tidak Islam. Kalau mengeji sesama Islam bertambah haram itu.

Dari sini jelas kepada kita apa yang dilakukan oleh orang-orang yang mengaku dirinya ulama terhadap kawan-kawan mereka dalam UMNO jelas bertentangan dengan hukum Islam. Bagaimana Mursyidul Am PAS boleh menyindir, mencaci, malah memfitnah orang Islam lain yang tidak sehaluan dengan mereka?

Bolehkah ulama ini mengatakan orang UMNO Thagut sesat, jahil, komunis, hatta kafir. Apa ini semua? layakkah orang seperti ini dipanggil Tok Guru? dan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS? setahu saya Mursyidul ialah orang cerdik, pandai, berilmu dan alim, kalau orang alim sifatnya waraq dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. seterusnya tidak mengata orang lebih-lebih lagi memfitnah. Imam Al-Ghazali berkata “perbuatan maki, caci, kutuk, mencela dan memfitnah orang lain itu perbuatan orang fasik (Jehat)”. ”Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh” Al-Imran.

Baginda Rasulullah pernah ditegur oleh Allah s.w.t bila Rasulullah berdoa dalam qunut sembahyangnya agar Allah turun bala ke atas kabillah (puak) Bani Sulaiman yang membunuh penduduk Bi’ru Al-Ma’unah

Selepas itu turun wahyu Allah melarang Baginda berbuat demikian kerana urusan menurun bala dan menyeksa penentang agama ialah urusan Allah.

Bagaimana dengan amalan ulama/Tok Guru yang sering membaca qunut Nazilah, dalam sembahyang mereka dalam khutbah Jumaat meminta Allah turun bala ke atas orang Islam lain? (orang UMNO).

Imam Al-Ghazali dalam Ehya Ulumuddin mengatakan haram dan berdosa besar mereka mencela, mencaci orang lain walau dalam keadaan apa sekalipun Imam Al-Ghazali amat berbeza ilmunya dengan orang-orang PAS terutama ulamanya, mulai dari Mursyidul Am, Presiden dan budak mudanya semuanya menganggap mengutuk sesama Islam dibolehkan (halal) hairan? Bila ditanya tak apa kerana mereka (orang UMNO) tidak melaksanakan hukum Allah?
Nauzubillah ........

Khamis, Julai 02, 2009

NASRUDIN HASSAN KETUA PEMUDA PAS

Nasrudin Hassan sama jahil dengan Nik Aziz , Nasrudin tak payah pertahan Nik Aziz Nik Mat dan mengajak Pemuda UMNO bermuzakarah. Nasrudin, kamu tak perlu bermuzakarah perkara yang remeh-temeh itu.

Gaya Nik Aziz seperti gaya perompak Botak Chin sama yang dia kata kita mesti terima, mesti ikut. Kalau tak setuju maka tidak Islam, juterusu itu Nasrudin Hassan tak payah ikut orang yang nyanyok orang gila kuasa seperti Nik Aziz. Presiden parti ditinggalkan sedangkan Islam meminta umatnya patuh dan taat kepada pemimpin. Nik Aziz pandai bercakap tetapi gagal dari segi praktikal sehingga Presiden parti Hj. Abd. Hadi Awang tidak dihormati, malah dari gaya Nik Aziz seolah-olah meminta Hadi Awang menghormati beliau.

PERJUANGAN PAS UNTUK POLITIK ATAU ISLAM?

Bermulanya perpecahan dalam pucuk pimpinan Melayu ialah apabila Hj. Ahmad Fuad keluar dari UMNO dan menubuhkan parti PAS pada 16 September 1951 bilamana beliau tidak mendapat tempat dalam UMNO.

Kewujudan PAS bukan asasnya untuk menegakkan Islam, PAS bukannya dari Allah, tetapi diasaskan oleh Hj. Ahmad Fuad di atas asas kekecewaan. PAS tidak kena-mengena dengan Islam sebagai ”Ad Din” menggunakan agama, khususnya Al-Quran dan Al-Hadis semata-mata untuk kepentingan parti sehingga sanggup pada satu ketika melabelkan orang-orang UMNO khususnya, tidak Islam dan mati tidak Islam, nikah kahwin melalui iman UMNO haram, sembelihan orang-orang UMNO haram di makan.

PAS tidak ada dalam Al-Quran atau Al-Hadis malah tidak ada ijmak ulamak sebagai agama, PAS hanya sebuah parti politik sahaja, sama dengan UMNO.

Dalam ”Dokumen Negara Islam” keluaran PAS, halaman 16, No.5, PAS sendiri tidak mengakui bahawa parti itu sebagai parti Islam, hanya sebagai sebuah parti politik.

Justeru itu siapa pun tidak boleh mendakwa ”PAS itu Islam dan Islam itu PAS” kerana PAS tidak diturun melalui wahyu Allah, cuma PAS merupakan wasilah, pendekatan sekumpulan sejak awal di tubuhkan untuk memenuhi tuntutan nafsu bagi mencapai matlamat.

Banyak badan-badan lain yang berdaftar atas nama Islam melakukan aktiviti-aktiviti Islam dan ramai pula orang-orang Islam yang turut serta tetapi tidak menyertai PAS atau tidak menyertai mana-mana parti politik atau mana-mana Badan atau pertubuhan Islam lain, apakah mereka tidak tergolong orang Islam? Atau apakah apa yang mereka lakukan, usahakan untuk membangun Islam tidak dianggap Islam?

Mengikut perspektif Islam, PAS bukanlah parti Islam atau hizbullah (parti Allah) tetapi PAS merupakan sebuah parti politik lain juga, jadi orang Islam yang tidak menyertai PAS pun Islam juga, tak timbul sama sekali mereka mati tidak masuk syurga Allah. Tidakkah lihat jutaan umat Islam seluruh dunia yang tidak menyertai PAS, Apakah bila mereka meninggal dunia tidak masuk syurga? atau apakah mereka akan ditanya oleh mungkar dan nangkir wahai manusia, semasa di dunia dulu adakah kamu mendaftar sebagai ahli PAS? atau sekurang-kurangnya menyokong PAS? yang ditanya oleh malaikat ialah siapa tuhan kamu? dan seterusnya.

PAS sama dengan parti politik lain dalam negara, perjuangannya tidak global, hanya di Malaysia, di Malaysia pun tidak diterima oleh semua rakyat, mereka yang menyertai PAS mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO. Fikiran mereka sempit, dasar perjuangan berubah-ubah sekali boleh, sekali tidak boleh contoh dulu PAS tidak boleh duduk semeja dengan orang-orang bukan Islam, tidak boleh bermusyawarah dengan mereka kini DAP merupakan rakan karib (qarin) apa yang DAP kata semuanya ikut, sehingga Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Parti, tak boleh dilaksanakan kerana DAP tak mahu. Inilah dasar PAS sempit fikirannya.

Islam merupakan ”Al-Din” yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui malaikat Jibril a.s. yang termaktub dalam Al-Quran Al-Karim mencakupi semua aspek hidup di dunia mahupun dalam akhirat.

PAS merupakan parti politik dalam negara yang menggunakan sistem politik Demokrasi Berparlimen sama seperti UMNO dan lain-lain parti dalam negara yang lain hanya PAS mengkaburi mata rakyat khususnya yang beragama Islam dengan mewar-warkan melalui laungan, risalah dan lain-lain mengatakan PAS Islam, jika tidak menyertai PAS dan seterusnya, jika tidak mengundi PAS dalam sebarang pilihanraya diadakan, maka mati akan disoal oleh malaikat. Ini hanya mainan pemimpin PAS,

Justeru bila parti politik maka tetap parti politik, bukannya agama. UMNO parti politik sama dengan parti PAS, yang bezanya perjuangan UMNO untuk semua kaum sejak mula merdeka tidak pernah berubah, segala dasar-dasar kerajaan diagih sama rata kepada semua rakyat tidak ada pilih kasih, malah UMNO sentiasa terbuka menerima siapa sahaja asalkan warga negara. Maka marilah sama-sama kita menyokong perjuangan UMNO/BN demi untuk semua.

Rabu, Julai 01, 2009

BERILMU TETAPI BERPERANGAI JAHAT

Sejak dulu malah turun temurun lagi orang-orang yang berilmu pengetahuan dianggap berperangai baik, berkata baik, berkelakuan baik malah dianggap segala-galanya baik tidak ada yang tak baik.

Rasulullah s.a.w mengingatkan di akhir-akhir zaman nanti akan muncul orang-orang yang berilmu atau yang digelar ulamak tetapi fasik disisi Allah s.w.t ertinya ulamak/orang yang berilmu tetapi berperangai jehat, hatinya jehat mulutnya.

Berilmu tetapi memaki-hamun orang lain dengan pelbgai perkataan, menuduh orang lain zalim, komunis sama dengan penggamal ajaran sesat Tok Ayah Pin, Tuhan dengan Al-Mutakabir kita pun (manusia) boleh takbur, Tuhan bersifat dengan Al-Jabar maka kita pun bersifat dengan al-Jabar (kalau kita bersifat sedemikian) sudah pasti kita juga bersifat dengan sifat-sifat khalek-khalek yang lain.

Ulamak mestilah bersifat bersih segala-galanya tidak kelihatan bersih semasa beribadat semata-mata. Fasik bererti orang yang berilmu/ulamak yang melakukan kejahatan/atau mencontohi kelakuan orang yang tidak berilmu, seperti memaki-hamun, menyamakan orang lain dengan komunis, sombong, zalim, menyesat, asabiah, tidak mengamalkan cara Islam dan lain-lain lagi, kata-kata inilah kata-kata orang yang tidak berilmu, jahil, malah orang yang tidak berertika. Orang berilmu/ulamak tahu apa yag mereka buat, lakukan dan katakan itu samada baik atau sebaliknya. Bila ditekan mengapa keterlaluan sangat Tok Guru, lantas menjawab, itu giasan sahaja. Apakah Tok tidak belajar usul fekh, iaitu gias dengan maqisalaih mesti sama jenisnya. Orang biasa tidak boleh sama dengan orang istana sebab itulah ada Perlembagaan Negara.

Orang berilmu/ulamak sedar dan tahu apa yang mereka lakukan itu jehat, atau dengan niat jehat, bertujuan untuk mencari pablisiti politik semata-mata orang berilmu/ulamak tahu dan sedar perbuatan yang dilakukan perkataan yang dilafazkan itu dilarang malah dikutuk oleh Allah s.w.t tetapi semata-mata kepentingan peribadi oleh pangkat dan darjah.

Nabi bersabda, bemaksud satu masa nanti/kelak (pada akhri zaman) akan ada ahli ibadat, berilmu/ulamak yang jahil atau ulamak yang fasik riwayat Ibnu Ady dari Ansar).

Hadis ini bermaksud pada akhir zaman nanti akan ada dua gologan iaitu yang rajin beribadat tetapi sebenarnya jahildengan ilmu agama dan orang yang berilmu (ulamak) tetapi fasik(jehat) kerana peribadi terikut-ikut dengan ajakan syaitan (nafsu amarah).

Jadi tidak hairanlah ada dikalangan kita hari ini orang yang berilmu/ulamak, yang berperangai seperti orang yang tidak berilmu, iaitu apa yang orang lain buat, kata dan laksanakan semuanya tak betul, contoh;

Zalim, rasuah tak jujur, tak amanah, tak telus, segala-galanya tak betul, akhir akhir ini, menuduh persediaan mereka secara tak langsung sebagai tidak bertanggungjawab mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan dalam Mukhtamar ke 55 baru-baru ini seolah-olah tidak baik kerana tidak merujuk kepada beliau terlebih dahulu dalam hal ini sekali lagi mengatakan Timbalan Presiden Parti sebagai sampah UMNO, dan mengarahkan meletakkan jawatan dalam parti seperti Timbalan Presiden dan meletakkan jawatan sebagai MP Bachok malah dalam masa dua tiga hari kebelakangan ini mengatakan orang UMNO sama seperti komunis seperti pengamal ajaran sesat Tok Ayah Pin, bila ditegur terus mencabar orang, untuk berdebat secara terbuka, semalam sudah hilang akal, tidak berakhlak, malah langsung tidak nampak seperti orang berilmu/ulamak.

Jadi tidak hairanlah, nampak berilmu/ulamak malah dikenali di seluruh negara sebagai orang yang beragama dan pandai bercakap tentang Islam, tetapi perangainya seperti penyanggak, mengutuk, memaki, mencaci dan menuduh orang Islam sebagai hobi peribadi tetapi menghormati mereka yang bukan Islam berkawan dan makan sama-sama.

Orang Islam yang tidak mengikut kata-katanya atau orang yang tidak menyokong parti yang didokongnya sebagai tidak mengaku Islam.

Orang yang berilmu seperti ini disifatkan sebagai ulamak ’Su’, kata-kata ucapan beliau boleh memecah-belahkan masyarakat, malah boleh merosakkan pegangan hidup masyarakat, bukannya pemimpin UMNO/BN yang memecah-belahkan masyarakat seperti yang sering dilarang oleh si ulamak itu.