Rabu, April 22, 2009

YAKINLAH DENGAN WAWASAN PERDANA MENTERI "SATU MALAYSIA" - SIRI 6

oleh : Mohamad Taib, Pemikir Jasa

Setiap warga negara diminta memahami konsep yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri mengenai “Satu Malaysia” ianya lahir dari lubuk hati yang bersih, jujur, ikhlas dan tawaduk betapa tidak , belia ingin membawa Malaysia setanding dengan negara maju di Eropah.

2. Tanggungjawab warga negara di semua peringkat harus membulat hati mengikut keupayaan masing-masing meneruskan daya usaha tanpa mengira seruan-seruan songsang yang tidak memahami atau dengan sengaja membelakangi perlembagaan negara, rukun negara yang telah dipersetujui semua kaum terutamanya generasi muda yang sanggup mohon menderhaka kepada sultan, malah lebih dari itu mereka menggajak media massa, media cetak dan elektronik untuk turut menderhaka kepada Tuanku Al-Sultan.

3. Sepatutnya kita sebagai warga negara tidak ada lagi yang tidak memahami kontrak sosial yang telah pun dipersetujui bersama. Justeru itu kita hidup harmoni, kita perlu menerima hakikat dalam negara kita ada berbilang kaum tetapi jangan lupa hanya matlamat kita satu sahaja, iaitu membawa negara ini ke arah kegemilangan menjelang tahun 2020.

4. Yakinlah dengan konsep yang dizahirkan oleh YAB. Perdan Menteri matlamat yang diharap-harapkan oleh semua saf pimpinan akan tercapai. YAB mengharapkan semua rakyat berada dalam satu saf untuk sama-sama memikul tanggungjawab memajukan negara dan hasilnya boleh dikecapi seluruh rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan.

5. YAB Perdana Menteri mengharapkan kita sama-sama memikul tanggunjawab mengubah cara berfikir untuk kepentingan satu-satu kelompok tetapi bekerja untuk semua dengan penuh didikasi, seterusnya beriltizam untuk terus berusaha sehingga mencapai kemuncak kejayaan.

6. ”Satu Malaysia” bermaksud hidup berbaik-baik, bekerjasama, berintegriti seterusnya menjauhi sifat-sifat ”Mazmumah” yang dicela. Berubahlah demi untuk mencapai matlamat. Jangan ada di antara kita yang masih berfikir konsep ”Satu Malaysia” sama dengan konsep yang diperjuangkan oleh DAP iaitu sama rata. ”Satu Malaysia” yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri ialah kita mesti hidup aman damai, harmoni, tidak ada perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain, sama-sama bertanggungjawab membangunkan negara dan mempertahankan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak, Malaysia tanah air kita, tempat tumpah darah kita, tidak ada tanah air lain untuk kita berhijrah jika satu-satu kejadian yang tidak diingini berlaku, justeru kita wajib pertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

7. Yakinlah mempertahankan diri, keluarga, negeri dan negara adalah menjadi tanggunjawab bersama malah dituntut oleh semua agama. Jika ancaman itu boleh mengganggu gugat fizikal dan akidah, maka sebagai warga negara wajib kita mempertahankannya, walahupun ancaman itu datang dari rakyat Malaysia sendiri. Sedarlah orang lain tidak akan membantu kita walau dalam keadaan apa sekalipun.

8. ”Satu Malaysia” bererti kita mesti bersatu hidup, bersatu tekad, bersatu tujuan, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing kerana kita semua bersaudara. Iaitu sama-sama warga negara Malaysia. Justeru perkara-perkara yang remeh temeh jangan diungkit-ungkitkan, perkara-perkara yang bertentangan dengan perlembagaan jangan disentuh, kerana ianya boleh mengganggu perasaan rakan senegara.

9. ”Satu Malaysia” bermaksud, Perdana Menteri menggajak kita untuk berubah semua aspek hidup, kerana kita adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi, jika kita diutuskan sebagai khalifah, maka tanggungjawab kitalah untuk memakmurkan negara.

10. Mental kita, fizikal kita, emosi kita dan juga spiritual kita semuanya perlu berubah, semua rakyat perlu berubah kepada yang lebih baik dari segenap aspek mudah-mudahan tahun 2020 negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia. Hindarkanlah sifat-sifat lemah, malas kerana kedua-dua sifat itu dikeji oleh Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan