Khamis, April 23, 2009

SATU MALAYSIA - SIRI 8

” Satu Malaysia ” merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri, ianya merupakan kesinambungan konsep-konsep yang telah diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu terutamnya Tun Dr. Mahathir Mohamad misalnya konsep pandang ke Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam, Wawasan 2020 dan lain-lain lagi, ianya merupakan konsep pentadbiran yang mengutamakan kerja keras, cepat dan betul, berteraskan bersih dari semua aspek yang boleh menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap diri dan seterusnya negara. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab walau dalam keadaan apa sekalipun supaya dipandang tinggi oleh masyarakat sejagat. Amanah merupakan antara sifat yang paling mulia disisi Allah, seterusnya jika sifat ini menjadi darah daging seseorang khususnya dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah dan pucuk pimpinan, pasti matlamat dapat dicapai, tidak akan timbul sebarang masalah.

2. ”Satu Malaysia” merupakan slogan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira asal usulnya, yang jelas ianya membawa maksud iaitu setiap individu sanggup bertanggungjawab melakukan apa sahaja pekerjaan yang dipikul asalkan mendapat rezeki halal melalui titik peluh sendiri tanpa mengambil kesempatan untuk bertindak di luar batasan, peraturan atau adat resam atau budaya ketimuran yang menjadi budaya hidup orang-orang timur.

3. Dalam kontek kerja rakyat Malaysia seharusnya sanggup bertanggungjawab melaksanakan apa sahaja kerja yang dilakukan. Jika kerja yang diamanahkan kepadanya, sepatutnya sanggup meletakkan jawatan yang mereka sandang. Budaya seperti ini seharusnya menjadi budaya kerja kita, atau lebih dari itu, iaitu menjadi amalan hidup, jika berlaku sebarang kegagalan seharusnya melakukan muhasabah diri, jika jawapan ianya berlaku di sebabkan kecuaian atau dengan niat, atau dengan sengaja ianya dilakukan maka seharusnyalah bertanggungjawab di atas kegagalan itu dan meletakkan jawatan yang disandang itu, misalnya seorang penjawat awam setiap hari atau mungkin sepanjang tahun telah menjadi budaya datang ke pejabat gagal menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelbagai-bagai alasan bila diaju soalan oleh pihak atasan, maka jangan timbul rasa marah bila pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan, kerana ianya bertentangan dengan konsep, peraturan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

4. Perbaikilah diri kita. Amalan menipu diri, keluarga, negari dan negara dikutuk oleh semua agama, amalan menipu boleh menghalang pembangunan, yang diharap-harapkan. Menghalang pertumbuhan ekonomi diri dan negara. Justeru sama-samalah kita kembali kepada fitrah kejadian kita, iaitu manusia dijadika oleh Allah s.w.t. dengan seelok-elok kejadian, putih bersih semasa dilahirkan walau di bukaah mana pun mereka dilahirkan.

5. ”Satu Malaysia” juga bermaksud rakyat perlu hidup bersatu padu dalam apa jua keadaan sekalipun, perpaduan merupakan benteng yang menjadi kekuatan kepada individu masyarakat dan negara. Perpaduan satu-satunya sifat yang dipuji oleh pencinta (Al-Khalik).

6. Malaysia sebuah negara yagn sedang membangun, perpaduan amat penting dalam apa jua keadaan, jika tidak segala dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan, akibatnya segala dasar yang diperkenalkan gagal untuk dilaksanakan. Justeru setiap individu dalam masyarakat seharusnya menyedari betapa besarnya erti perpaduan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan ke arah itu.

7. Kerajaan tidak dapat mengurus dengan baik segala dasar yang diperkenalkan, atau sebaik mana sekalipun dasar yang dirancang dan diperkenalkan, jika warga negara tidak memberi kerjasama untuk menjayakannya, pasti ianya akan menemui kegagalan.

8. Selain itu satu sifat lagi perlu disematkan di lubuk hati setiap warga negara di mana mereka berada, jawatan apa pun yang mereka sandang, iaitu sifat kesetiaan kepada pemimpin, kesetiaan kepada pemimpin sangat-sangat dituntut dan sangat-sangat penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan.

9. Dalam ibadat kepada Allah misalnya jika hilang sifat kesetiaan, kepercayaan dan keyakinan, dalam melaksanakan ibadat itu, pasti tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada Al-Khalik. Dalam apa jua pertubuhan, persatuan atau apa jua badan yang kita sertai, kesetiaan adalah yang terpenting, misalnya sebagai seorang pelajar perlu setia kepada gurunya, dan kesetiaan itu dapat membina kepercayaan dan keyakinan terhadap guru tersebut. Sebagai seorang pegawai di pejabat, beliau wajib setia kepada bosnya dari itu lahirlah kepercayaan dan keyakinan dan seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang diamanahkan,
dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan insyaAllah ikatan pegawai berkenaan dengan bosnya tadi akan menjadi lebih erat, yang pasti hasilnya akan dicapai.

10. Begitu juga dengan orang politik sifat kesetiaan kepada ketuanya perlu di tanam dalam jiwanya. Justeru segala keputusan yang dibuat oleh ketuanya dapat dilaksanakan dengan baik. Seterusnya kejayaan akan diperolehi seperti yang diharap-harapkan. Dalam hal kesetiaan, saya ingin menyentuh kesetiaan membabi buta, apa sahaja yang diarahkan oleh ketuanya dilakukan tanpa usul periksa ini tidak akan mendatangkan hasil, kerana ianya bertentangan dengan dasar dan pengurusan. Bila kita menyambut sifat kesetiaan, tidak bererti pula kita tidak boleh menegur tetapi teguran itu hendaklah dibuat mengikut kesesuaian, masa tempat dan sebagainya yang penting teguran itu untuk membina.

11. Melalui teguran atau keritikan dapat mengubah sikap, dapat bermuhasabah dan seterusnya perbetulkan. Yang paling penting kesetiaan hendaklah disertai dengan
kemampuan dan keupayaan diri untuk melakukan. Jika ini wujud insyaAllah selain ganjaran duniawi, ukhrawi pun diperolehi, syabas kerana anda setia kepada diri sendiri, keluarga dan negara.


MT
Tingkat 6
23 April 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan