Rabu, April 22, 2009

YAKINLAH DENGAN WAWASAN PERDANA MENTERI "SATU MALAYSIA" - SIRI 4

1. YAB Datuk Seri Mohamad Najib Perdana Menteri yang ke 6 merupakan anak sulong kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abd. Razak b. Husin yang dikenali dengan bapa ”Pembangunan”.

2. Kini giliran anak beliau memimpin dan meneruskan kesinambungan demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

3. Dato’ Seri Mohamad Najib membawa wawasan baru bagi menggorak langkah serta menyuntik semanggat baru kepada semua lapisan masyarakat tanpa menggira kaum, bangsa dan warna kulit semuanya rakyat Malaysia.

4. Di bawah konsep Satu Malaysia tidak ada seorang pun dikalangan kita yang akan dipinggirkan, dikriminasikan, dinafikan hak mereka. Ini bertepatan dengan seruan Rasullullah bila baginda di utus menjadi Rasul dengan sabdanya yang bermaksud ”Tidak ada kelebihan antara Arab dan A’Jam melainkan dengan taqwa dan kesetiaan”.

Justeru konsep yang dijelmakan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu hadiah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia. Ianya akan membawa kepada keharmonian di kalangan rakyat yang berbilang bangsa yang wujud sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Ayoh! marilah kita sama-sama menyokong dasar-dasar kerajaan dalam semua aspek, dasar dalam negara mengenai keselamatan misalnya jangan ada di kalangan masyarakat bila mana tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Ke atas individu atau kumpulan yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan terus kita melenting, membantah dengan pelbagai cara. Tindakan, perbuatan melanggar undang-undang atau peraturan boleh menjejaskan keselamatan seterusnya menjejaskan kehidupan dan perpaduan dikalangan masyarakat dan negara, justeru konsep ”Satu Malaysia” yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri akan terbantut disebabkan tindak tanduk segelintir mereka yang hilang pertimbangan dengan bertindak sesuka hati, yang lain pula turut menyokong tindakan tersebut.

5. Kita sebagai warga negara patut berbangga dengan segala dasar yang telah diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu justeru kita berada dalam keadaan yang begitu selesa, jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan kita atau yang lebih dahulu daripada kita, tetapi mereka masih dalam keadaan terumbang ambing, rakyatnya masih ketinggalan begitu jauh jika dibandingkan dengan kita dari semua aspek. Cuba lihat negara-negara Afrika dari sudut pembangunan, pendidikan sosial dan ekonomi dan politik. Lihat pembangunan yang disediakan oleh pemimpin mereka, begitu juga dari sudut pembelajaran, sosial dan sebagainya. Ini semua disebabkan mereka tidak bersatu, tidak mematuhi peraturan-peraturan yang diperkenalkan oleh negara.

6. Berperang sesama sendiri sehingga tidak ada ruang bagi pemimpin untuk memikirkan perkara baru. Peperangan antara kaum yang wujud menjadi asam garam kepada mereka. Justeru peluang untuk mendapatkan pendidikan tidak kesampaian, akhirnya negara tidak dapat membangun, kesudahannya, rakyat mati kelaparan. Sebaliknya kita rakyat Malaysia lebih maju, jika dibandingkan dengan mereka. Rakyat Malaysia meninggal disebabkan kerana banyak makan.

7. Justeru saya mengajak diri saya dan seluruh warga negara marilah sama-sama kita fokuskan kerja-kerja kita apa jawatan sekali pun kita laksanakan dengan penuh ikhlas dan rendah diri. Kita boleh menjawat jawatan yang kita miliki hari ini hasil perancangan rapi kerajaan. Kita boleh berada di sekolah menenggah misalnya kerana kerajaan seterusnya kita berada di menara gading kerana kerajaan yang stabil, jika tidak jangan harap untuk kita capai semua ini. Oleh itu marilah kita laksanakan seruan yang YAB Perdana Menteri melalui konsep Satu Malaysia. Yakinlah jika seluruh rakyat menyokong kerajaan, tanpa curiga mencurigai atau iri hati antara satu sama lain, masing-masing melaksanakan tanggungjawab mengikut lunas-lunas yang termaktub dan panduan-panduan dalam agama masing-masing, kita akan menjadi negara maju lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.

8. Yakinlah kerajaan di bawah pimpimam Datuk Seri Najib tidak ada seorang pun yang akan tercicir tetapi dengan syarat kita terus memberi sokongan kepada semua kepimpinan tanpa berbelah bagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan