OLEH : MUHAMAD TAIB, PEMIKIR JASA
1. Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri melalui ucapan sulongnya selepas perlantikan sebagai Perdana Menteri, membawa erti setiap warga negara seharusnya melihat kehadapan bahawa kebahagiaan, keharmonian, kesejahteraan, kecemerlangan setiap individu, masyarakat dan negara tidak akan tercapai jika kita masih memikirkan satu-satu kelompok semata-mata.
2. Satu Malaysia yang diilham oleh Perdana Menteri ini memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit supaya masing-masing melupakan kepentingan individu dan kelompok-kelompok tertentu, seharusnya semua peringkat berlapang dada mencurahkan segala tenaga yang dimiliki bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020. Wawasan 2020 tidak akan tercapai jika masih mempunyai sifat curiga setiap dasar negara, ianya boleh membantut dan melemahkan untuk terus berusaha, sifat-sifat seperti ini amat bertentangan dengan ajaran setiap agama yang menjadi anutan kepada semua rakyat dalam negara.
3. Satu Malaysia sepatutnya dijadikan budaya hidup semua lapisan masyarakat kerana ianya cetusan idea pimpinanyang kita sanjung. Ianya amat baik untuk dijadikan pegangan hidup. Ianya bertepatan dengan perjuangan Rasullullah ketika berada di Madinatul Munawarah, dimana Rasullullah menyatupadukan dikalangan Muhajirin dan Ansar. Penduduk di Madinah pada mulanya mencurigai dengan Muhajirin yang pada tanggapan Ansar kedatangan Muhajirin bersama dengan Rasulullah memungkinkan hak keistimewaan mereka (Ansar) akan dirampas, sebaliknya Rasullullah menyarankan kepada kedua-dua kumpulan Muhajirin dan Ansar mesti sama-sama berada dalam satu saf, satu barisan, supaya matlamat dapat di capai iaitu menyebarkan Islam ke seluruh dunia.
4. Justeru Muhajirin dan Ansar memahami wawasan Rasullullah iaitu untuk menyebar luas Islam kepada masyarakat jahiliah di seluruh pelusuk negara Arab ketika itu yang rata-rata menyembah agama datuk nenek mereka (berhala). Akhirnya hasrat dan fahaman Islam Rasullullah dapat disebarkan ke seluruh tanah Arab seterusnya dapat menawan semula kota Mekah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan