Oleh : MT
Taat kepada pemerintah tidak menghalang mana-mana pihak memberikan pandangan nasihat serta teguran terhadap golongan umarak yang memerintah, malahan ini adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam. Walaubagaimana pun, harus diingat bahawa setiap kewajipan dalam Islam mestilah dilakukan mengikut kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya solat, ia mesti ditunaikan mengikut dan syarat yang telah buat oleh syarak, bukan sahaja tidak sah tetapi ia juga merupakan satu dosa. Demikianlah halnya dengan tanggungjawab menegur umarak (pemerintah) yang termasuk dalam kewajipan ”Amal maaruf dan nahyu al-munkar” dalam Islam.
Imam Al-Ghazali (ahli tasauf) membahagikan kewajipan ”Amal makruf” ini kepada 5 peringkat:-
(a) Takrif (memberitahu / menegur)
(b) Menasihati dengan akta-kata dan lembut
(c) Menggunakan kata-kata yang keras
(d) Mencegah dengan kekuatan dan menggunakan cara ugutan.
Menurut Al-Iman Al-Ghazali, apa yang harus dilakukan terhadap golongan umarak ialah dua peringkat, iaitu ”takrif memberitahu / menegur dan menasihati dengan kata-kata yang lembut” Apa yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali, ini selaras dengan ajaran yang terkandung di dalam maksud sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi; ”Sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara, maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terangan tetapi hendaklah ia memegang tangannya dan menyampaikan nasihatnya secara bersendirian sekiranya nasihat itu diterima, maka itulah yang baik tetapi sekiranya ia tidak diterima maka ia (pemberi nasihat) dikira telah melaksanakan tanggungjawab” (riwayat Ahmad Ibnu Hambal dan Al-Hakim)
Selasa, Disember 22, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan