Khamis, Disember 24, 2009

DALIL-DALIL PERLAKSANAAN SIASAH SYARIYYAH

Oleh : MT

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.W.A dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah / golongan umara) dari kalangan kamu.”

Perintah mentaati pemerintah umat Islam dalam ayat surah An-Nisaa tadi datang dalam bentuk yang umum iaitu melitupi semua perkara, melainkan dalam perkara yang dikecualikan atau ditaksiskan oleh nas syarak sendiri, iaitu dalam perkara maksiat seperti terdapat dalam sabda Nabi Muhamad S.W.A. maksudnya, “Tidak wajib taat dalam pemerintah maksiat”, bahawasanya taat hanya wajib pada pemerintah yang baik (riwayat Bukhari dan Muslim) ketika mengulas hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan; “Yang dimaksudkan dengan makruf di sini ialah, bukan sekadar mungkar dan apa yang dilarang, maka termasuklah di dalamnya amalan-amalan taat yang wajib dan yang sunat serta perkara yang harus pada hukum syarak, jika pemerintah menyuruh melakukan perkara yang harus, maka taat kepada pemerintah tersebut menjadi wajib dan tidak halal mengingkarinya:Kedua-dua hadis yang merintahkan umat Islam supaya taat kepada pemerintah mereka, antaranya hadis yang bermaksud; “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada pemerintah dalam keadaan menyusahkan dan menyenangkan kamu, dalam keadaan kamu suka atau kamu tidak suka, dan dalam keadaan mereka membolot harta kekayaan dengan membelakangkan kamu” (riwayat Muslim).

“Taatlah kamu kepada pemerintah-pemerintah kamu bagaimana sekalipun keadaanya. Jika mereka merintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan
ajaranku, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka. Dan jikalau mereka merintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranku maka dosanya ditanggung oleh mereka, dan kamu terselamat dari dosa berkenaan.

Prinsip sad al-zara’ie azara’ie iaitu “Membendung punca keburukan” prinsip diterima oleh semua Imam Mazhab dalam Islam. Lihat kitab “Usul al-Fiqh” oleh Syeikh Mahmud Abu Zaharah.

3 ulasan:

  1. Pemimpin kenalah patuh kepada syariah terlebih dahulu, barulah layak diikuti/ditaati rakyat.

    Lihat pemimpin Islam kerajaan Malaysia ni, hampir semua isterinya tudung pun tak cukup syarat menutup aurat seperti yg dituntut syariah. Belum ditimbulkan isu menzalimi rakyat, mementingkan kroni, mengaut harta negara (rakyat punya lah kiranya), rapat dgn Yahudi, dll

    Selagi itulah keadaannya, pemimpin tak layak ditaati

    BalasPadam
  2. Pemimpin UMNO pantang disanggah. Saya hantar catatan dah dipadam pun.

    hahaha.... Rakyat diutamakan kononya!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Pemimpin UMNO/BN banyak memperbodhkan orang Melayu

    BalasPadam