Khamis, November 19, 2009

JANGAN TAKSUB MEMBABI BUTA DISEBALIK PENANGKAPAN DR. ASRI

Oleh : Pemikir MT

Saudara! Penangkapan ke atas Dr. Asri bukan angkara kerajaan sekular, berfikirlah secara rasional.

Jangan mudah menerima dan menyokong Dr. Asri kerana anda sebenarnya tidak mengenali beliau lebih dekat. Setiap negeri ada Mufti dari Perlis sampai ke Sabah, kita dapati sejak dahulu sehingga sekarang tidak seorang daripada mereka (mufti) yang membawa masalah kepada masyarakat dan kerajaan. Dr. Asri semasa menjawat jawatan Mufti tidak pernah bersetuju dengan pandangan dan pendapat para Mufti lain. Apa dah jadi? Sehingga sampai begitu? Ini berlaku setiap kali mesyuarat diadakan kerana beliau beranggapan pandangan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Mufti-mufti lain tidak sependapat dengan pandangan beliau.

Tauliah merupakan syarat kepada mereka yang ingin berdakwah atau mengajar bukan sahaja kepada pendakwah Islam juga kepada pendakwah-pendakwah agama lain bagi mempastikan apa yang diajar atau yang disampaikan tidak menimbulkan sebarang percanggahan dengan pandangan, pendapat ulama lain, lebih-lebih lagi percanggahan dari sudut aqidah.

Tauliah bukan boleh diberi secara percuma kepada semua orang. Untuk mendapatkan tauliah perlu melalui temuduga. Dalam tauliah itu dinyatakan nama-nama kitab yang boleh diajar mengikut kemampuan yang ada pada mereka dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Ph.D tidak menjamin kepada individu yang memilikinya boleh mengajar atau berdakwah sesuka hati. Tidak semua yang memiliki ijazah pertama dalam bidang undang-undang boleh menjadi peguam kepada semua kes. Tidak semua hakim boleh membicarakan semua kes di makhamah dan tidak semua yang memiliki degree terus diterima menjadi peguam, mereka perlu melalui Bar Council terlebih dahulu sebelum boleh diiktiraf sebagai peguam. Justeru janganlah terlalu fanatik kepada Dr. Asri. Ikutlah peraturan yang digubal begitu rupa untuk menjamin keselamatan dan juga untuk menjamin ketidak kecelaruan dalam masyarakat yang mungkin boleh menimbulkan keresahan, kegelisahan khususnya dalam bidang ibadat.

Pembangkang atau yang fanatik berfikirlah secara waras jangan bersendiwara lebih-lebih lagi dalam bidang keagamaan. Bersyukurlah kepada nikmat yang kita kecapi dan yang kita miliki, ini semua hasil perjuangan kerajaan yang ada.

Dr. Asri tidak boleh dibenarkan berceramah sesuka hati walau dimana sahaja, beliau perlu disekat dan dihukum kerana pandangan beliau boleh menimbulkan keresahan seterusnya boleh memecahbelahkan masyarakat setempat, kerana didapati apa yang disampaikan amat bertentangan dengan pandangan dan amalan masyarakat dalam negara kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan