Oleh : MT
Tentu sekali terdapat perbezaan yang jelas syariah sebagai satu sistem pemerintahan Islam dan dari siasah syariah sebagai satu method penentuan hukum, yang pertama mengertikan sesuatu yang direalisisikan oleh sesuatu falsafah tertentu tentang politik dan pemerintahan yang melibatkan bentuk dan sifat organisasi negara dan pemerintahan berkenaan secara menyeluruh. Sedangkan yang kedua lebih bersifat hasil (ijtihad semasa dalam hal-hal yang tidak ditentukan secara jelas oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah).
Bab ini membicarakan siasah syariah dalam pengertian yang kedua ini. Walau bagaimanapun ia menyentuh tentang pemerintahan sebagai suatu pendekatan dalam perbincangan tentang hasil ijtihad berkenaan. Ini bererti bahawa perbincangan ini menghuraikan tentang siasah syariah dalam kontek sebuah negara. Ia secara umum membicarakan tentang wajar atau tidak pada pandangan Islam bagi memerintah atau badan-badan pentadbiran dibawahnya membuat keputusan atau mengambil langkah-langkah yang dikira berfaedah untuk kepentingan umum sekalipun pada lahirnya ia dilihat sebagai tidak berdasarkan mana-mana nas Al-Quran atau Al- Sunnah.
Ibnu Ugail, seorang tokoh Fekh dan Iman Ahmad Ibnu Hambal sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Qayyim al Jauziah dalam Al-Taruq Al-Hukmiyah Fial-siasah Al-Syariyah menjawab “Ya kata beliau, adalah jelas sekali harus menggunakan siasah syariah dalam pemerintahan. Ia diterima oleh semua mazhab”.
Sehubungan dengan jawapan tersebut Ibnu Ugail menolak salah faham yang mungkin timbul dari kata-kata “tidak ada siasah kecuali yang menepati syarak yang selalu menjadi pegangan Ulama Mazhab Shafie kata beliau, kalaulah kata-kata bermaksud bahawa siasah itu mestilah tidak menyalahi apa-apa yang ditentukan oleh syarak maka ianya memang tepat tetapi kalaulah ia bermaksud bahawa tidak ada siasah kecuali (berdasarkan) apa yang telah dijelaskan oleh syarak, maka itulah ada satu kekeliruan dan pandangan yang mengelirukan terhadap para sahabat Rasulullah. Ini kerana para sahabat sendiri pernah memutuskan hukum berdasarkan kepentingan umum walaupun tidak ada nas secara khusus yang menyokongnya.
Bagi Ibnu Qayyim Al-Jauziyah pula, siasah yang adil itu tidak boleh disifatkan sebagai bercanggah dengan keterangan Al-Quran dan As-Sunnah. Malah kata beliau adalah sebahagian dari syariat Islam sendiri. Kata beliau, ”apa yang kita sebutkan sebagai siasah itu hanyalah pada istilahnya sahaja, sedangkan pada hakikatnya ia adalah keadilan Allah S.W.A dan Rasulnya yang dapat difahami tanda-tanda dan gejala serta suasana yang ada”. Beliau seterusnya menerangkan bahawa siapa saja yang peka terhadap syariat dan faham bahawa ianya bertujuan untuk melaksanakan kebaikan untuk manusia akan dapat mencari bahawa siasah yang adil itu adalah sebahagian daripadanya.
Para Fuqaha telah mengemukakan berbagai-bagai contoh dimana langkah-langkah seperti ini selalu diambil oleh para pemerintah dan penguasa Islam sejak zaman berzaman lagi.
Antaranya ialah penulis Al-Quran, perlantikan Umar r.a. sebagai pengganti khalifah oleh Abu Bakar r.a. perlantikan enam ahli majlis perunding bagi memutuskan khalifah selepas Umar r.a. pembentukan jabatan pentadbiran dan penubuhan penjara oleh Umar r.a. dan sebagainya.
Antara contoh-contoh lain penahanan Rasululllah S.A.W. atas seorang yang tertuduh sebelum sabit kesalahnnya, melipatkan gandakan ganti rugi atas orang yang memyembunyikannya barang-barang yang hilang, yang juga dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Tindakan Abu Bakar Al-Siddiq membakar seorang pengamal homoseks. Tindakan Umar Al-Khatab r.a. membakar kedai arak dan kampung yang menjual arak. Tindakan Umar Al-Khatab r.a. membakar istana Sa’ad Ibnu Abi Waqqas kerana istana berkenaan menyebabkan gabenor tersebut terpisah dari rakyat dan larangan Umar r.a. terhadap para sahabat dari terlalu banyak meriwayatkan hadis kerana takut tersilap dan berlaku pembohongan terhadap Rasulullah. S.A.W.
Antara contoh-contoh lagi ialah harus menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam urusan membeli belah dalam perkara-perkara kecil seorang tetamu boleh memakan hidangan yang disajikan dihadapannya tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu, harus meruntuhkan bangunan-bangunan sekitar untuk mengelakkan dari merebaknya kebakaran yang berlaku dan lain-lain qiaslah......
Sehubungan ini Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyah ada menyatakan;
”Kes-kes ini dan seumpamanya adalah polisi (siasah) cabang berasaskan kepentingan semasa yang akan berubah-ubah, tidak seperti mana yang disahkan oleh setengah orang sebagai syariat umum (muslihatul al-aam) yang mengikut umat Islam sampai ke hari kiamat”.
Kata beliau lagi;
”Siasah yang mereka gunakan untuk memimpin umah ini dan seumpamanya adalah merupakan ta’wil dari Al-Quran dan As-Sunnah tapi apakah ia sebahagian dari syariat yang kulli (syumul) yang tidak boleh berubah dengan perubahan zaman atau pun bersifat siasah Jauziyah yang tertakluk kepada masalah yang tentunya bertaup-rapat dengan masa dan tempat”
Mengikut kaedah usul Al-Fekh antara bentuk siasah syariah ialah harus mengambil faedah dari pengalaman orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran dan teknologi selagi ianya boleh menghasilkan pengeluaran dan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas syarak samada secara khusus atau secara umum, contoh Umar Abd. Aziz memperbaharui kaedah pentadbiran negara berasaskan pengalaman baru yang diperolehi dari jajahan-jajahan yang baru ditakluki oleh tentera Islam pada waktu itu.
Selasa, Januari 05, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan