Selasa, November 17, 2009

KAUM MUDA / KAUM TUA

Oleh : Pemikir MT

Dr. Mohd. Asri b. Zainal Abidin masih aktif berdakwah, dengan menyampaikan ceramah / kuliah di tempat-tempat awam yang difikirkan akan mendapat sambutan serta simpati kepadanya. Apakah JAIS semasa memberi bon kepada beliau tidak memasukkan syarat-syarat yang boleh mengikat Dr. Asri dari terus berdakwah?

Pada saya selaku pemerhati, ingin saya jelaskan kepada pembaca apa yang diwar-warkan oleh Dr. Asri mengenai penahanan ke atas beliau tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Penahanan ke atas beliau ialah berhubung dengan tauliah. Tauliah wajib bagi sesiapa sahaja yang ingin mengajar ataupun memberi kuliah di masjid-masjid atau di mana-mana sahaja samada terbuka ataupun tertutup perlu mendapatkan tauliah. Ianya bertujuan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyampaikan ceramah/mengajar sesuka hati.

Dalam hal ini Dr. Asri perlu akur bahawa penahan ke atas beliau bukannya bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau disebabkan beliau tidak mempunyai krebiliti dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki, sebaliknya kerana beliau tidak mempunyai tauliah yang diwajibkan oleh pihak berkuasa. Selain itu Dr. Asri perlu sedar dan yakin apa yang beliau amal selama ini banyak bertentangan dengan konsep dan amalan penduduk negara ini sejak turun-temurun. Cerita tentang Kaum Muda / Kaum Tua (Wahabi) ini sejak 60an lagi, tetapi ianya dah reda setelah berlaku perdebatan antara pengamal Wahabi / pengasas di Perlis dan Pulau Pinang ketika itu dengan Shahibussamahah Mufti Perak dan Almarhum Dato’ Hj. Mohd. Nor b. Ibrahim bekas Mufti Kelantan yang menjelaskan mengenai Wahabi dan sejarahnya dengan panjang lebar, khususnya mengenai ayat-ayat yang mutasyabihat yang tidak boleh ditakwil oleh mana-mana pihak. Manakala pandangan Khalaf pula ianya perlu ditakwil supaya tidak bertentangan dengan tauhid Ahli Sunnah waljamaah (sifat 20). Sebagai contoh “Tuhan Di Atas Aras” mengikut pendapat Salaf manusia tidak perlu mentakwil ayat-ayat berkenaan.

Sehubungan dengan ini juga Wahabi membahagikan tauhidnya dalam 3 bahagian, pertama Tauhid Rububiah, iaitu tauhid mengenai ketuhanan dan pengabdian diri kepada Allah semata-mata tidak ada takwilan khususnya dalam konsep amal ibadat kepada Allah s.w.t. Yang kedua Tauhid Uluhiah yang tidak ada apa kaitan dengan manusia. Yang ketiga Tauhid Asmaa’-Wal-Sifat kita perlu mentauhidkan nama-nama Allah satu persatu, jika kita gagal pasti kita berdosa. Sedangkan nama-nama Allah itu perlu diketahui secara Ijmali sahaja. Pendapat ini amat bertentangan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah yang diamalkan di Malaysia sejak turun termurun lagi. Justeru sebarang amalan baru yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah-Waljamaah ianya pasti akan menimbulkan keresahan dan kegelisahan dikalangan penduduk warga negara ini. Bertaubatlah Dr. Asri dan berpeganglah kepada ajaran Ahli Sunnah-Waljamaah

Bersambung lagi ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan