Khamis, November 19, 2009

SAYA AMAT BERSETUJU “AGAMA BUKAN HAK EKSEKUTIF ULAMA” DR. ASRI ZAINAL ABIDIN

Oleh : Pemikir MT

Agama diturunkan untuk manusia sejagat kadang-kadang setiap individu perlu mempertahankannya jika diancam oleh pihak-pihah berkepentingan semata-mata.

Dr. Asri berkata ada hikmah di atas penahanannya kerana menunjukkan ada kebebasan bersuara dan hak untuk bercakap, memang Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi setiap orang bebas bersuara, namun ada peraturan dan undang-undang, tidak ada siapa puna berhak melanggar walau setinggi mana pangkat, kedudukkan dan ilmunya, undang-undang wajib taat dan patuhi jika tidak boleh membimbulkan ketegangan dalam sebuah negara.

Dr. Asri berpendapat tauliah tidak perlu kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan seperti beliau, yang patut ada tauliah orang yang tidak ada asas agama. Orang yang tak ada asas agama tak perlu diberi tauliah kerana sudah tentu dia tak boleh mengajar, apa yang hendak diajar? Diri pun tak lepas. Kalau untuk berbual-bual di kedai kopi mengenai agama tak perlu ada tauliah, atau pun kalau untuk mengajar anak, keluarga di rumah juga tidak perlu tauliah, yang perlu ada tauliah, seperti Dr. Asri yang sudah dikenalpasti latarbelakangnya, pendiriannya agak berbeza dengan pendapat, pandangan ulama khalaf.

Dr. Asri tidak boleh bandingkan diri beliau dengan kumpulan Tabliq yang kita semua tahu hanya memanggil orang ramai ke masjid atau ke surau-surau, mereka tidak pernah mengajar atau memaklumkan kepada orang ramai solat subuh tak payah baca Qunut. Malam jumaat tak payah baca Yassin, orang mati tak payah baca talkin dan sebagainya. Manakala guru agama sudah (mempunyai kelayakan dan mempunyai surat perlantikan).

Jabatan Agama Islam Selangor menahan Dr. Asri bukan kerana cemburu dengan ilmunya atau pun kerana JAIS ada niat untuk menjatuh maruah beliau, tidak, ianya semata-mata melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang syariah yang sedia ada tidak lebih dari itu.

Justeru Dr. Asri perlu akur dan cukuplah membuat pelbagai andaian lagi sebagai orang muda yang berilmu, sepatutnya lebih tertib bila berbicara walau dalam keadaan apa pun, supaya menjadi ikutan kepada rakan-rakan yang lain. Agama tidak perlu tajdid (pembaharuan) kerana ianya telah syumul yang mungkin boleh tajdid ialah pendekatan, contoh kita dah ada wudud, maka sekali lagi kita ambil wudud (perbaharui). Tentang Qunut di rakaat akhir solat Subuh Dr. Asri berpendapat kita melakukannya kerana menghormati imam, mengambil contoh imam Masjidil Haram, imam di Masjid Al-Nabawi di Madinatul Al-Munawarah, begitu juga imam di Madjid India tidak membaca Qunut, maka makmum pun tidak membaca Qunut. Contoh ini tidak kena pada tempat (qias dengan maqisalaih) tidak sama kerana di Masjidil Haram dan di Madinah pengikut Wahabi, bagi Shafie Qunut merupakan sunat muakad (dituntut) jika tidak dituntut sujud syawi. Baca kitab mata lain Al-Badrin, kitab ini diajar di sekolah agama khas di seluruh negeri Johor – (tak perlu cari kitab lain).

Akhir kata saya ingin menegaskan, bahawa tauliah sama seperti lesen bagi pemandu kereta, tak kira orang itu berpangkat, berjawatan, berilmu dan sebagainya, jika JPJ tahan si pemandu perlu akur.

Tindakan JPJ perlu dihormati dan akur dengan keputusan, tak perlu menulis atau memanggil sidang akhbar untuk maklumkan kepada masyarakat, bahawa JPJ zalim kerana kononnya pemandu pandai memandu. Persoalan disini ialah peraturan. Dalam Islam pun begitu wajib patuh kepada pemerintah yang membuat peraturan. Peraturan tidak boleh diceroboh, tidak ada siapa pun yang boleh melanggar peraturan, jangan meletakkan diri konon akulah segala-galanya tak boleh ditegur apa lagi ditangkap ......?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan