Jumaat, Oktober 02, 2009

APA LAGI ANWAR? : SAIFUL DOA TIADA LAGI PERMOHONAN 'MENGARUT'

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya itu berharap tidak ada lagi permohonan ‘mengarut’ daripada Penasihat Parti Kedilan Rakyat (PKR) berkenaan.

Moha.d Saiful dalam entri terbaru di blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com. mengharapkan perbicaraan kes liwat membabitkan mereka dapat diteruskan dan tidak lagi tertangguh seperti sebelum ini.

”Menjelang 3 November ini, mohon doakan agar tiada lagi penagguhan perbicaraan.

”Saya juga harap tiada lagi permohonan-permohonan mengarut daripada pihak tertuduh. Cukuplah selama ini VVIP didahulukan,” katanya di dalam blog itu.

Mohd. Saiful melalui blognya sebelum ini pernah mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini. Menurut Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan yang sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.

Perbicaraan kes liwat itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah) di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Dian pada 3 November ini.

Dalam pada itu, Mohd. Saiful berkata, beliau perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan