Rabu, Disember 29, 2010

PKR TAK MALU

Telatah Anwar dan rakan-rakan pembangkang dalam Dewan Rakyat baru-baru amat memalukan negara.
Tindakan wakil-wakil Rakyat pembangkang membantah keputusan Speaker Dewan menolak cadangan/usul yang dikemukakan oleh Khalid Samad (PAS) berhubung APCO menyebabkan Dewan kecoh.
PKR kebelakangan ini nampak hilang panduan, hilang hala tuju, ahli makin sehari semakin ramai yang keluar parti kerana mereka sedar PKR tidak kemana-mana
Justeru rakyat jangan lagi terikut-ikut dengan janji-janji Anwar kerana PKR tidak mampu menunaikannya.
“Tidakkah engkau masih ingat janji janji yang dibuat oleh Anwar, bahawa sebahagian besar ahli Parlimen Sabah dan akan menyertai PKR” Selepas itu kita boleh tubuh kerajaan. Tapi tak seorang pun wakil rakyat Sabah dan Sarawak menyertai PKR.
Kali ini sekali lagi berjanji akan berikan kepada semua guru RM500 sebulan. Ini pun janji palsu, janji ini semata-mata untuk menarik perhatian para guru supaya menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
PKR sepatutnya pulihkan semangat parti dulu. Apa yang berlaku semasa berkempen untuk memilih ketua-ketua parti baru ini, menampakkan ketidakadilan tidak selari dengan kehendak dan dasar parti. Ini menggambarkan parti itu menuju kearah kehancuran, bukannya ke Putrajaya.
Pulihkan semangat PKR dahulu kalau parti tak mendapat sokongan ahli macam mana nak ke Putrajaya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan