1 Malaysia bererti rakyat semua peringkat, sama dari segi kebebasan, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dalam keadaan aman damai.
1 Malaysia menyebabkan rakyat lebih yakin kepada kerajaan, kerana hak mereka didahulukan walau dimana mereka berada tetap hak mereka dijamin.
Logo 1 Malaysia, membuktikan rakyat di semua peringkat, bentuk logo itu mengandungi harapan, impian rakyat yang ingin keharmonian dalam kehidupan seharian.
1 Malaysia membuatkan intifadah rakyat ke arah mengeratkan hubungan antara kaum, membuatkan mereka hilang prasangka, cemburu dikalangan kaum, begitu juga dengan pencapaian mereka. Tanpa mengira dari kaum mana mereka datang, hak mereka tetap dijaga.
Justeru kerajaan Selangor takut dengan intifadah (kebangkitan) rakyat menyokong gagasan 1 Malaysia. PKR takut kehilangan sokongan rakyat, seterusnya hilang kuasa bukan di Selangor sahaja malah dengan Intifadah ini, saya jangkakan kerajaan pembangkang di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang pun akan hilang kuasa mereka dimasa akan dating, mengapa tidak rakyat sudah sedar selama ini mereka ditipu oleh pembangkang yang berjanji untuk member kepada mereka, tetapi janji tinggal janji semata-mata contoh di Selangor janji-janji yang mereka belum tunaikan iaitu:
a) Membuka tabung perumahan RM100,000 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
b) Memberi bantuan RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
c) Memberi bantuan RM 50.00 sebulan bagi pendidikan pra sekolah.
d) Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
e) Memberi 14 hari cuti kepada suami isteri yang bersalin.
f) Memberi sebulan cuti kepada isteri yang kematian suami.
g) Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas
h) Memberi elaun khas surirumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak.
Tapi ini semua tinggal janji.
Justeru itulah Selangor mengharamkan Logo 1Malaysia yang menggambarkan keperihatinan kerajaan kepada rakyat yang menyebabkan rakyat bangkit menentang dan meninggalkan PKR kerana PKR hanya berjanji dan disamping memesongkan pemikiran rakyat kea rah membencikan kerajaan, sedangkan melalui logo itu rakyat sudah boleh menilai sendiri.
Saudara, itulah pembangkang . Realiti disebaliknya mereka (PKR) menjelajah keseluruh negara menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan.
Isnin, Disember 27, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan