Rabu, Disember 29, 2010

PKR TAK MALU

Telatah Anwar dan rakan-rakan pembangkang dalam Dewan Rakyat baru-baru amat memalukan negara.
Tindakan wakil-wakil Rakyat pembangkang membantah keputusan Speaker Dewan menolak cadangan/usul yang dikemukakan oleh Khalid Samad (PAS) berhubung APCO menyebabkan Dewan kecoh.
PKR kebelakangan ini nampak hilang panduan, hilang hala tuju, ahli makin sehari semakin ramai yang keluar parti kerana mereka sedar PKR tidak kemana-mana
Justeru rakyat jangan lagi terikut-ikut dengan janji-janji Anwar kerana PKR tidak mampu menunaikannya.
“Tidakkah engkau masih ingat janji janji yang dibuat oleh Anwar, bahawa sebahagian besar ahli Parlimen Sabah dan akan menyertai PKR” Selepas itu kita boleh tubuh kerajaan. Tapi tak seorang pun wakil rakyat Sabah dan Sarawak menyertai PKR.
Kali ini sekali lagi berjanji akan berikan kepada semua guru RM500 sebulan. Ini pun janji palsu, janji ini semata-mata untuk menarik perhatian para guru supaya menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
PKR sepatutnya pulihkan semangat parti dulu. Apa yang berlaku semasa berkempen untuk memilih ketua-ketua parti baru ini, menampakkan ketidakadilan tidak selari dengan kehendak dan dasar parti. Ini menggambarkan parti itu menuju kearah kehancuran, bukannya ke Putrajaya.
Pulihkan semangat PKR dahulu kalau parti tak mendapat sokongan ahli macam mana nak ke Putrajaya?

Selasa, Disember 28, 2010

PKR BERMIMPI DI SIANG HARI

Anuar dan rakan-rakan dalam pakatan jangan fikir mereka akan dapat memerintah negara ini walau dengan apa cara sekali pun, tambah lagi dengan janji-janji yang tak masuk akal. Masakan rakyat akan teripu lagi dalam pilihanraya umum akan datang.
Rakyat terutama golongan muda sedar betapa hinanya mereka ditipu dengan pelbagai, tetapi semuanya untuk mencapai cita-cita beliau ingin menjadi perdana menteri. PKR tidak ada agenda perjuangan untuk membela rakyat, PKR bukan sebuah parti yang boleh menyelamatkan negara. PKR ditubuhkan untuk menyelamatkan Anuar semata-mata.
PKR dimasa akan datang akan menjadi kuda DAP. Melayu dalam PKR tidak akan memenangi mana-mana kawasan pilihanraya jika parti yang dipimpin oleh DAP tidak menyokong mereka. Justeru jika itu hakikatnya, maka jangan beranganlah beliau akan menjadi perdana menteri di masa akan datang.
PKR makin hari makin kurang ahli kerana merkea dah faham bahawa perjuangan PKR bukan untuk rakyat, perjuangan PKR untuk Anwar, Azizah dan Azmeen. Perjuangan 3 individu ini akan kekal, ini jelas dalam pemiilhan pimpinan baru-baru ini. Anwar mempertahankan Azmi habis-habisan. Kenapa tidaknya? Segala rahsia Anwar semuanya ada dalam bedok Azmi, tak ada Azmi, maka hancurlah Anwar. Justeru, Azmi dianggap anak emas oleh Anwar.
Apa pun yang disebut oleh Anwar, maka kita tidak seharusnya percaya, kerana segala-galanya keadilan untuk Anwar, yang lain hanya tali barut Anwar tidak lebih daripada itu.

Isnin, Disember 27, 2010

PEMBANGKANG TAK PERLU TAKUT LOGO 1 MALAYSIA

1 Malaysia bererti rakyat semua peringkat, sama dari segi kebebasan, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dalam keadaan aman damai.

1 Malaysia menyebabkan rakyat lebih yakin kepada kerajaan, kerana hak mereka didahulukan walau dimana mereka berada tetap hak mereka dijamin.

Logo 1 Malaysia, membuktikan rakyat di semua peringkat, bentuk logo itu mengandungi harapan, impian rakyat yang ingin keharmonian dalam kehidupan seharian.

1 Malaysia membuatkan intifadah rakyat ke arah mengeratkan hubungan antara kaum, membuatkan mereka hilang prasangka, cemburu dikalangan kaum, begitu juga dengan pencapaian mereka. Tanpa mengira dari kaum mana mereka datang, hak mereka tetap dijaga.

Justeru kerajaan Selangor takut dengan intifadah (kebangkitan) rakyat menyokong gagasan 1 Malaysia. PKR takut kehilangan sokongan rakyat, seterusnya hilang kuasa bukan di Selangor sahaja malah dengan Intifadah ini, saya jangkakan kerajaan pembangkang di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang pun akan hilang kuasa mereka dimasa akan dating, mengapa tidak rakyat sudah sedar selama ini mereka ditipu oleh pembangkang yang berjanji untuk member kepada mereka, tetapi janji tinggal janji semata-mata contoh di Selangor janji-janji yang mereka belum tunaikan iaitu:
a) Membuka tabung perumahan RM100,000 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
b) Memberi bantuan RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
c) Memberi bantuan RM 50.00 sebulan bagi pendidikan pra sekolah.
d) Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
e) Memberi 14 hari cuti kepada suami isteri yang bersalin.
f) Memberi sebulan cuti kepada isteri yang kematian suami.
g) Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas
h) Memberi elaun khas surirumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak.
Tapi ini semua tinggal janji.

Justeru itulah Selangor mengharamkan Logo 1Malaysia yang menggambarkan keperihatinan kerajaan kepada rakyat yang menyebabkan rakyat bangkit menentang dan meninggalkan PKR kerana PKR hanya berjanji dan disamping memesongkan pemikiran rakyat kea rah membencikan kerajaan, sedangkan melalui logo itu rakyat sudah boleh menilai sendiri.

Saudara, itulah pembangkang . Realiti disebaliknya mereka (PKR) menjelajah keseluruh negara menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan.