Jumaat, Oktober 02, 2009

RAYUAN DAN HARAPAN: BAPA HARAP PERBICARAAN DISEGERAKAN

Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim meluahkan harapan supaya tarikh perbicaraan kes liwat melibatkan anaknya dapat ditetapkan segera setelah tertangguh sekian lama berikutan pelbagai permohonan yang dikemukakan tertuduh.

Azlan menegaskan, ia penting kerana hanya melalui perbicaraan anaknya akan dapat menegakkan kebenaran sekali gus menangkis segala cacian dan tohmahan yang dilemparkan secara tidak adil.

Sehubungan itu, selaku seorang bapa, beliau amat mengharapkan pihak tertuduh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mengemukakan permohonannya yang seolah-olah seperti satu strategi untuk melengahkan perbicaraan sebenar.

”Kita tidak akan berundur ke belakang walau seinci pun. Kita akan berdepan dengan keadilan di mahkamah, kita tidak risau, biarlah mahkamah menentukan segalanya.

”Sebab itu yang kita minta hanya satu tarikh bicara ditetapkan segera dan kita harap pihak satu lagi tidak lagi membuat permohonan dengan niat melengahkan kes ini. Anwar juga perlu memberi keadilan kepada Saiful”, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selepas tiga permohonan dikemukakan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada 11 Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan