Jumaat, Ogos 21, 2009

DUN N.11 PERMATANG PASIR

N.11 Permatang Pasir, calon UMNO/BN akan menjadi pilihan pengundi, calon UMNO/BN sahaja yang mampu membawa perubahan/pembangunan. Atas dasar ini pimpinan Pakatan Rakyat sanggup mengatakan apa sahaja asalkan menghalalkan cara demi kepentingan perjuangan mereka.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan, meminta Tuanku Al-Sultan Kelantan supaya mewartakan gelaran Tok Guru ke atas diri sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Justeru itulah beliau di kenali dengan panggilan itu, sebelum itu Dato’ Nik Aziz dipanggil dengan panggilan Ustaz Nik Aziz yang peliknya Tok Guru bercakap meragam, macam-macam sekali imbas semacam orang yang tidak berilmu, apa tidak?

(i) Maki hamun orang boleh (halal).
(ii) Mengumpat orang boleh (halal).
(iii) Mencarut boleh (halal).
(iv) Menuduh orang UMNO sama dengan komunis (halal).
(v) Orang UMNO sama dengan guru ajaran salah di Pasir Akar, Terengganu (halal).
(vi) Sembelihan orang UMNO haram dimakan.
(vii) Orang UMNO tidak boleh masuk syurga kerana perjuangan orang UMNO menyeleweng dan banyak lagi kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz semata-mata perjuangan politik, perjuangan kotor bukannya perjuangan untuk menegakkan Islam, menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan perjuangan politik sempit.


Apa tidak demi kepentignan peribadi Nik Aziz sanggup meletakkan diri beliau sama dengan Allah, iaitu dengan mengatakan Allah bersifat dengan sifat Al-Mutakabir, maka kita pun boleh takbur, kita boleh samseng dan lain-lain lagi.

Justeru, dakwaan Nik Aziz bahawa sokongan kepada orang, kumpulan, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak ke syurga atau neraka. Kata-kata seperti menyalahi dari ajaran Islam.

Sehubungan ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda “bahawa semulia-mulia manusia disisi Allah s.a.w . adalah orang-orang yang bertaqwa” kesimpulan hadis ini tidak ada perbezaan antara warna kulit, bangsa, keturunan, pegangan politik, berjubah, berketayap dan lain-lain asalkan individu itu bertaqwa kepada Allah s.a.w. maka individu itu akan mendapat rahmat dan kedudukkan yang paling tinggi disisi Allah.

Justeru, sebagai orang yang memahami hukum, perlu berfikir sejenak baik buruknya jika beliau (Nik Aziz ) membuat kenyataan yang bukan-bukan, nanti buruk akibatnya. Seluruh orang Islam tahu apa yang dimaksudkan, kepada orang ramai, ingin saya jelaskan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak ada siapa pun yang diberi kuasa oleh Allah untuk menentukan kedudukkan orang itu ke syurga atau ke neraka.

Syurga, neraka dan manusia semuanya hak Allah. Hanya Allah s.a.w. sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Berhentilah membuat kenyataan-kenyataan menyeleweng dari ajaran Islam seperti ini. Orang lain pun belajar agama juga. Justeru berubahlah........... jangan kita tertipu dengan kenyataan-kenyataan yang songsang yang menyeleweng dari ajaran agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan