Rabu, Mei 13, 2009

PPP

Tahniah Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas beliau yang begitu tegas berhubung dengan ugutan Kayveas untuk keluar BN jika PPP dilayan seperti anak tiri dalam BN. Kenyataan Presiden PPP itu sama sekali tidak berasas dan dianggap keterlaluan, malah boleh dianggap sebagai untuk menakut-nakutkan BN, supaya jangan memihak kepada T. Muragiah, berhubung krisis dalaman mereka.

2. Sehubungan ini. Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden menegur Kayveas supaya tutup mulut atau jika boleh jahit mulut, jangan buat sebarang ugutan dan sebarang kenyatan yang boleh menimbulkan perasaan mana-mana parti dalam BN, lebih-lebih lagi mengugut kerajaan. Jika ada sebarang masalah boleh diselesaikan dalam BN, bukannya dengan cara membuat ugutan secara terbuka, demi perpaduan, lebih-lebih lagi disaat dan ketika ini.

3. Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Kayveas supaya jangan mengambil kesempatan atau menangguk di air yang keruh untuk diri, jangan cuba mengambil kesempatan dalam pergolakan yang melanda negara terutamanya masalah yang berlaku di Perak, masalah ekonomi dan lain-lain.

4. Sebenarnya BN cukup sedar tentang PPP ini. Dari segi kekuatan dan kelemahan parti itu, ini tak perlu diungkit kembali sepatutnya Kayveas lihat diri dulu sejauh mana kekuatannya, barulah bercakap, lihat dari segi keahlian PPP itu sendiri, jika dibandingkan dengan ahli parti-parti dalam BN yang lain. Dari segi sumbangan PPP setiap kali pilihanraya kecil diadakan, apa peranan PPP?...... Tahukan?......

5. Pada saya PPP tidak ada apa, cuma yang ada simbolnya dan beberapa kerat ahli . Kenyataan untuk keluar BN ini telah pun dibuat sebelum ini, iaitu semasa Tun Abdullah melantik ahli kabinet dulu kononya PPP perlu diberi lebih ramai berada dalam kerajaan.

6. Cukuplah layan kerenah PPP ini, justeru saya amat menyokong kenyataan Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minta Kayveas tutup mulut. Amaran Naib Presiden itu amat kena pada masanya. Pimpinan BN yang lain perlu menyokong kenyataan Naib Presiden berhubung ugutan yang dibuat oleh Presiden PPP itu.

7. Sekali lagi diingatkan bahawa besyukurlah boleh berada dalam BN, jika sebaliknya tak tahulah apa dah jadi dengan PPP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan