Isnin, Mei 11, 2009

PERSEPSI SALAH PAS BAWA PADAH KEPADA AGAMA DAN NEGARA

Bukan perkara pelik lagi apabila akhbar harian HARAKAH yang menjadi milik PAS terus menerus memainkan jarum halus melalui lidah pengarang yang sengaja membuta mata dan memekak telinga untuk mengadu domba, pimpinan UMNO di semua peringkat, khususnya mengenai peralihan kuasa dari Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abd. Razak yang kini memerlukan sokongan rakyat bagi menjayakan konsep ”Satu Malaysia” yang umumnya mengetahui konsep itu bertujuan untuk kebaikan kepada semua rakyat tanpa melihat kepada asal-usul, bangsa, kaum dan etnik.

2. Di zaman media baru, seperti laman web dan blog menjadi fenomena, maka segala idea pandangan dan informasi amat mudah dikongsi oleh masyarakat dalam jangka waktu yang paling singkat, lebih-lebih lagi internet berjaya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggugat kedudukan UMNO.

3. Zaman kepaduan, kesetiaan kepada ulama sejak 59 tahun lebih mula terhakis, bila ada bibit ketidakpuasan hati yang cuba ditunjukkan oleh pimpinan muda, yang merasakan diri mereka tersisih dari kepimpinan, justeru itulah kini, mula angin ribut, bertiup kencang sehingga ke akar umbi memecah kesepaduan dan kesetiaan para ahli selama ini kepada pucuk pimpinan ulama, ini berlaku disebabkan puak ulama yang memegang teraju kepimpinan tidak dapat berbuat apa-apa selain melibarkan cogankata khususnya bila menjelang satu-satu pilihanraya, sama ada pilihanraya peringkat DUN ataupun Parlimen, cogan kata yang di wawarkan ialah:-

a) Membangun bersama Islam apa yang dibangunkannya? Masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan 15 tahun di perintah oleh PAS.

b) Negara kebajikan, apa jenis kebajikan yang diberikan kepada rakyat di Kelantan, Perak yang di perintah sepenuhnya oleh PAS, hanya omong kosong sahaja, segala-galanya menipu rakyat, tak lebih dari itu.

c) Negara Islam, apa yang dibuat untuk Islam? yang ada mulut bercakap melalui ceramah-ceramah kuliah, usrah-usrah yang untuk mengaburi mata rakyat.

4. Inilah yang dimainkan oleh pembangkang, justeru itulah Muktamar tahun ini agak luar biasa, kerana walaupun Muktamar masih jauh namun api perubahan sudah bertiub kencang di peringkat atas, iaitu peringkat kepimpinan, ini kerana dirasakan perlu oleh kumpulan yang radikal dalam PAS. Mereka mahu mencabar golongan yang bergelar ulama. Saya rasakan amat baik, kerana golongan profesional sudah bersedia untuk mengambil alih pimpinan di semua peringkat iaitu di peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden.

5. Golongan ulama pula resah gelisah panas seperti cacing di bawah matahari, dengan pelbagai-bagai alasan dikeluarkan bagi menguatkan kedudukan mereka.

6. Rakyat yang celik mata, berfikiran waras sudah muak dengan PAS, kemenangan PAS 1999 disebabkan pengundi yang kononnya terpengaruh dengan isu Anwar yang dipecat dari UMNO, kononnya Anwar dizalimi, cerita itu diwawar-wawarkan, tetapi kini mereka sudah kenal siapa Anwar sebenarnya.

7. Kini Anwar menggunakan PAS dan DAP untuk kepentingan peribadi tak lebih dari itu. Ini jelas kumpulan yang pro Anwar yang ada dalam PAS mula menggugat pimpinan ulama, ini semua dirancang oleh Anwar.

8. Muktamar Jun ini titik bermulanya perpecahan dalam PAS, apa tidak bila Husam Musa selaku Naib Presiden dengan terang-terangan akan mencabar Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden. Begitu juga dengan lain-lain ramai yang berangan-angan untuk merebut jawatan tertinggi, mungkin jawatan Presiden juga akan dicabar.

9. Diingatkan tak elok pemimpin-pemimpin parti Islam berebut-rebut jawatan sepeti ini, dulu mengatakan orang-orang UMNO tamok kuasa, berbalah kerana kuasa ini pimpinan PAS pula berbuat demikian.

10. Kini sudah ramai dikalangan pengundi muda yang mula sedar bahawa pimpinann PAS bersandiwara sama dengan pimpinan-pimpinan PKR bersandiwara, bukannya nak berkhidmat untuk rakyat. Sebaliknya untuk kedudukan sanggup mohon derhaka, kepada sultan, sanggup tidur di tengah jalan, sanggup melanggar undang-undang, sanggup memakai baju hitam, semuanya ini kerana ”pangkat, poket dan perut” tidak lebih dari itu.

11. Rakyat sudah lemas dengan budaya samseng, budaya mengkritik ini. Cukuplah membuang masa tenaga malah wang ringgit mengikut rentak gendang yang dipalukan oleh mereka yang kecewa. Marilah kita betulkan suasana yang penuh dengan persepsi negatif terhadap kerajaan BN. BN memberi kemudahan kepada kita pelajar dapat belajar dan mendapat biasiswa, yang memegang ijazah mendapat pekerjaan yang baik. Justeru sedarlah, tinggallah perjuangan yang sia-sia itu. Berjuanglah untuk rakyat, agama dan bangsa.


MT
TINGKAT 6.COM
11 MEI 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan