Mengikut pengertian bahasa Arab, jihad berusaha bersungguh-sungguh bagi menghasilkan atau mempertahan kan sesuatu bagi menentukan yang halal ditegakkan yang haram ditinggalkan. Ianya merupakan satu tuntutan dari Allah s.a.w. kepada semua insan yang mukalaf tanpa mengira kedudukkan darjah, pangkat dan kebesaran.
2. Jihad boleh diertikan satu tuntutan agama keatas individu yang sempurna akal bagi melawan orang-orang kafir jika dihalang untuk berdakwah bagi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
3. Baginda Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat dengan katanya, ya Rasulullah, apakah amalan yang lebih baik disisi Allah, Nabi menjawab, al-solat iaitu sembahyang lima waktu, sahabat bertanya lagi, apa lagi ya Rasulullah, Nabi menjwab, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sahabat bertanya lagi, apa lagi ya Rasulullah, baginda menjawab, al jihad berjuang untuk menegakkan kebenaran riyawat Ibnu Anas.
4. Al jihad juga boleh diertikan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang halal untuk diri, keluarga dan negara, sehingga kepada perkara-perkara yang kecil jika kita lakukan seperti membuang duri, atau batu ditengah jalan supaya tidak menghalang lalu lintas juga dikatakan jihad kata Rasulullah.
5. Berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan rezeki untuk menampung keluarga juga merupakan jihad, malah menuntut ilmu dalam bidang apa sekali pun, juga jihad.
6. Baginda Rasulullah s.a.w ditanya oleh salah seorang sahabat selepas balik dari satu peperangan, apa jihad yang paling besar ya Rasulullah, baginda menjawab, kami balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang paling besar, iaitu peperangan melawan hawa nafsu ini bermaksud sesiapa pun yang melawan hawa nafsu untuk kebaikan disifatkan sebagai jihad akhbar.
7. Umat Islam dituntut supaya berjihad dalam apa jua bentuk sekalipun asalkan untuk kebaikan, contoh jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan mat rempit di jalan-jalan raya yang menghalang lalu lintas juga disifatkan sebagai jihad. Justeru kita seharusnyalah sama-sama berganding bahu dengan pihak keselamatan bagi membenteras gejala yang boleh menganggu-gugat keselamatan, keharmonian dan keamanan negara.
8. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan sejagat berkewajipan ke atas umat Islam walau di mana mereka berada, malah Allah SubhanahuwataAllah menegaskan dengan firmannya yang bermaksud ”Berjuanglah Kamu Ke Jalan Allah Dengan Harta Benda Kamu dan Jiwa Raga Kamu”. Jihad merupakan tanggungjawab kepada diri, agama bangsa dan negara.
9. Kesimpulannya jihad yang paling besar ialah berjihad untuk melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran maksud hadis.
Selasa, Mei 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan