Khamis, November 11, 2010

PAS KALAH DI GALAS

OLEH MT

Abd. Hadi Awang mengatakan PAS kalah di Galas bukan kerana UMNO/BN kuat, sebaliknya kerana cawangan-cawangan PAS di kawasan-kawasan pedalaman tidak aktif. Tidak aktif bermakna penyokong-penyokong PAS sudah mulai sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu bahawa selain itu, pengundi di Galas termasuk pengundi muda sedar bahawa UMNO/BN sahaja yang boleh membantu mereka.

PAS merampas tanah hak milik orang-orang asli di Pulai, Barok, Lojin dan lain-lain di empat kawasan dalam daerah Jeli, Kuala Kerai, Tanah Merah dan Gua Musang sendiri seluas 53381.566 ekar dan diserahkan kepada syarikat swasta untuk dimajukan.

PAS menggunakan Islam untuk kepentingan perjuangan sempit mereka. Semasa berkempen rumah ke rumah masih menggunakan isu lama jika undi UMNO masuk neraka, undi PAS masuk syurga. Pengundi-pengundi di Galas sudah matang, mereka tidak lagi terpengaruh dengan pujuk rayu kadir-kadir PAS.

Syabas pengundi Galas, kamu telah memilih jalan yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan