Isnin, November 22, 2010

HARAKAH MS2 15-18 ZULHIJAH

Kaji akta polis iktiraf himpunan rakyat. Pandangan PAS kadangkala tidak boleh diterima oleh akal yang berfikiran yang rasional bila berpendapat akta polis berhubung perhimpunan perlu dihapuskan.

Akta mencegah sebarang perhimpunan diwujudkan bagi tujuan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,ia merupakan undang-undang yang perlu bagi mengawal keharmonian masyarakat. Masyarakat boleh mengadakan perhimpunan tanpa mengira waktu, tempat dan keadaan asalkan mendapat permit. Jika peraturan atau undang-undang itu tidak sehaluan dengan kehendak mereka,ianya perlu dihapuskan.

Apakah pendapat ini rasional? Ini seolah-olah PAS menyokong jika orang yang berkhalwat ditangkap oleh Majlis Agama Islam, maka enakmen Majlis Agama Islam itu perlu dihapuskan.

Saudara, kebebasan ada had, ada sempadan. Jika kebebasan tidak boleh dikawal maka tak ada bezanya manusia dengan binatang. Haiwan bebas tidak terikat dengan peraturan. Ibu yang melahirkan dia pun dihentam semacam......apakah yang ini PAS mahukan?

Saudara nilai sendirilah pandangan Mohamad Sabu ini. Sebab itu dia berkhalwat....pada PAS apa yang ada dalam negara hari ini semuanya salah, thaghut, kafir.

Saudara ingatkah satu ketika dulu PAS kata berkawan dengan orang kafir jadi kafir?Hari ini apa dah jadi? PAS bukan sahaja berkawan dengan orang kafir, bahkan buat Tok Guru kepada Karpal Singh,Lim Kit Siang, Linn Guan Eng dan lain-lain.jadi pada PAS asalkan dia buat tak apa. Orang lain tak boleh, nilai sendirilah....

PAS parti politik menggunakan Islam untuk berselindung disebalik aktiviti. Parti bagi tujuan menarik mereka menyertai PAS.

PAS, DAP, MIC, MCA, UMNO dan lain-lain parti semuanya alat untuk mengurus kehendak rakyat. Jadi antara parti-parti yang saya sebutkan tadi UMNO/BN sahaja yang boleh membantu rakyat yang lain hanya bermain politik sahaja, tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat jangan mengharapkan pembangkang menyelesaikan masalah mereka.

Para pemimpin pembangkang hanya mampu memfitnah kerajaan sahaja, kerana mereka sendiri menjadi pimpinan pun mengharapkan kerajaan juga. Tak lebih dari itu.

Menjadi wakil rakyat kerana nak gaji, nak projek. Bila rakyat beri kuasa tak pandai nak memerintah, contoh, perintah Kelantan, habis segala balak, tanah rakyat digadai dijual dan banyak lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan