Jumaat, Januari 22, 2010

SOAL JAWAB TENTANG ZINA, LIWAT DAN QAZAF

Oleh : MT

SOALAN

Apakah perbezaan antara zina dengan liwat?

JAWAPAN

Syaikh Daud Abdullah Al-Fatani, Syaikh Abdul Rauf, Syaikh Muhamad Nur dan Syaikh Muhamad Ismail sepaendapt mengatakan:-

Liwat : memasukan kelamin lelaki ke dalam dubur lelaki atau wanita
termasuk perlakuan liwat ke atas mayat;

Zina : memasukkan kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan sama ada
rela atau tidak. Hukuman ke atas penzina dan peliwat adalah
masuk dalam lingkungan hudud tetapi hukumannya berbeza. Hukum zina jelas disebut dalam Al-Quran dan dalam perbahasan kitab Feqah sementara hukum liwat tidak terdapat kata putus di kalangan para ulama Feqah;

Hukum ke atas penzina tidak boleh diqias, kerana hukumannya jelas disebut dalam Surah Al-Nur Ayat 4, 23 dan 24 dan hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah r.a., Perkara yang boleh qias jika tidak ada dalil langsung dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Pendapat para Sahabat mengenai hukuman ke atas peliwat:

Abu Bakar r.a mengumpul para sahabat untuk membincangkan tentang hukuman mengenai liwat kerana ia tidak berlaku, kecuali zaman Nabi Lut. Antara yang hadir ialah Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berpendapat peliwat mesti dibunuh “kerana dosa dan keji perbuatannya” justeru pelaku liwat “mesti dibakar dengan api”.

Baihaqi menyatakan dari Ibnu Abas nabi bersabda had ke atas peliwat dengan “menjatuhkan dari tempat yang tinggi dan rejamlah sehingga mati”.

SOALAN

Apakah cara bagi membuktikan kesalahan liwat?

JAWAPAN:

1) Pembuktian liwat amat berbeza dengan pembuktian zina. Justeru, liwat tidak boleh dibuktikan berdasarkan kepada bayyinah (pembuktian) zina. Liwat terbukti dengan adanya pengakuan dari peliwat atau mangsa liwat itu sendiri;

2) Pembuktian zina dengan membawa dua atau empat saksi yang tidak fasiq atau dengan pengakuan pelaku atau pengakuan mangsa itu sendiri. Selepas itu, boleh dihadkan ke atas mereka mengikut syarat dan hukuman yang ada:

3) Jika berlaku liwat antara mereka yang belum baligh atau mereka dipaksa melakukannya. Maka tidak boleh dihukum ke atas mereka walaupun ada pengakuan.

Nota: Kesaksian dua orang lelaku atau pengakuan. Peliwat atau mangsa tidak perlu bermubahalah (bersumpah) bagi membuktikan kesahihannya, kerana liwat melibatkan qazaf (tuduhan).

SOALAN:

Apakah definisi qazaf?

JAWAPAN

Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.

SOALAN:

Sebutkan bahagian qazaf?

JAWAPAN:

A) Qazaf yang pesalahnya boleh dikenakan hudud, iaitu menuduh seorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil (tidak fasiq); dan

B) Qazaf yang pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti menuduh seorang yang lain “dengan kufur, mencuri, minum arak atau murtad, mencaci serta memaki hamun dan lain-lain yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

Hukuman bagi:-

A) Menuduh orang berzina sedangkan orang itu bersih suci lagi adil pada masa yang sama tidak mampu mengemukakan seramai empat saksi lelaki yang adil (tidak fasiq) dikenakan sebat 80 kali sebatan; dan

B) Jika menuduh sibikir – tidak mampu mengemukakan empat saksi hendaklah direjam sampai mati.

SOALAN:

Apakah syarat-syarat ke atas penuduh yang boleh dikenakan hukum qazaf?

JAWAPAN:

Syarat-syaratnya ialah:

1) Berakal;
2) Baligh;
3) Mengetahui;
4) Kemahuan; dan
5) Bukan ibu-bapa dan datuk ke atas

*Jika yang menuduh kanak-kanak atau yang belum baligh, maka mereka tidak boleh “dihukum hudud”

SOALAN:

Jelaskan cara-cara melakukan qazaf

JAWAPAN:

Mengikut kanun acara jenayah syariah qazaf boleh dibuat dengan tiga cara:-

1) Tuduhan yang dibuat secara sarih (jelas dan terang) iaitu dengan menggunakan perkatan-perkataan yang mudah difahami;

2) Tuduhan yang dibuat secara qiasan (tuduhan dibuat secara tidak langsung menggunakan perkatan-perkataan tidak jelas); dan

3) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridah (sindiran) iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas.

SOALAN:

Apakah bukti-bukti yang boleh mensabitkan kesalahan qazaf?

JAWAPAN:

Kesalahan qazaf boleh dilakukan dengan tiga cara:-

1) Syahadah (penyaksian);
2) Iqrar (pengakuan);

(i) Hadis riwayat Abu Hurairah r.a) datang seorang lelaku membuat pengakuan di hadapan nabi bahawa beliau telah berzina dan pengakuan telah dibuat sebanyak empat kali. Rasulullah s.a.w. memanggil sahabat untuk berbincang dan memutuskan agar penzina itu direjam: dan

(ii) Seorang wanita telah mengaku berzina sehingga hamil. Rasulullah s.a.w menunggu wanita itu sehingga bersalin dan memutuskan agar wanita itu direjam.

3) Yamin (cara bersumpah).

SOALAN:

Apakah harus bersumpah untuk mensabitkan jenayah hudud?

JAWAPAN:

Tidak harus bersumpah untuk mensabitkan jenayah hudud kerana hudud hak Allah. Sumpah yang dimaksudkan ialah menggunakan lafaz yang telah ditetapkan iaitu “wallahi, wabillahi, watallahi” tidak perlu menggunakan Al-Quran dan dalam masjid.

SOALAN:

Apakah hukuman hudud yang berkait dengan qazaf hak Allah atau hak manusia?

JAWAPAN:

1) Hanafi – Qazaf termasuk dalam hak Allah, kerana ia berkait rapat dengan maruah hamba;

2) Shafee dan Hambali – Qazaf hak hamba (manusia) kerana maruah diberikan kepada manusia; dan

3) Maliki – Ulama mereka sebahagian menyokong Hanafi dan sebahagiannya menyokong shafee.

Nota:

A) Hak Allah tidak boleh dimaafkan atau diampun bila dibawa ke pengetahuan pihak yang berwajib; dan

B) Hak manusia boleh dimaafkan bergantung kepada suasana/keadaan.

SOALAN:

Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah Qazaf (zina/liwat)?

JAWAPAN:

(a) Surah Al-Nur, ayat 4, “bermaksud orang yang melemparkan tuduhan zina/liwat ke atas perempuan yang suci/soleha” diminta membawa empat saksi, jika gagal membawa saksi 80 sebatan dikenakan (yang telah berkahwin) dan rejam sampai mati jika belum berkahwin:

(b) Surah Al-Nur, ayat 23-24, - akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini, (masalah liwat) jelas, bahawa ia tidak boleh bermuhabalah kerana liwat termasuk dalam hukum qazaf.

Kesimpulan

Daripada rujukan kitab-kitab Feqah ulama-ulama yang dinyatakan di dalama risalah ini menunjukkan bahawa hukuman hudud bagi jenayah zina dan liwat adalah termasuk dalam bab jenayah zina dan liwat.

3 ulasan:

  1. salam
    dalil surah annur ayat 4
    terdapat kesalahan
    .....................................
    mohon semakan dan pembetulan

    BalasPadam
  2. surah an-nur ayat 4 : dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

    BalasPadam
  3. apakah qazhaf di tujukan kepada wanita saja??

    BalasPadam