Jumaat, Oktober 02, 2009

APA LAGI ANWAR? : SAIFUL DOA TIADA LAGI PERMOHONAN 'MENGARUT'

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya itu berharap tidak ada lagi permohonan ‘mengarut’ daripada Penasihat Parti Kedilan Rakyat (PKR) berkenaan.

Moha.d Saiful dalam entri terbaru di blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com. mengharapkan perbicaraan kes liwat membabitkan mereka dapat diteruskan dan tidak lagi tertangguh seperti sebelum ini.

”Menjelang 3 November ini, mohon doakan agar tiada lagi penagguhan perbicaraan.

”Saya juga harap tiada lagi permohonan-permohonan mengarut daripada pihak tertuduh. Cukuplah selama ini VVIP didahulukan,” katanya di dalam blog itu.

Mohd. Saiful melalui blognya sebelum ini pernah mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini. Menurut Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan yang sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.

Perbicaraan kes liwat itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah) di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Dian pada 3 November ini.

Dalam pada itu, Mohd. Saiful berkata, beliau perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan dirinya.

RAYUAN DAN HARAPAN: BAPA HARAP PERBICARAAN DISEGERAKAN

Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim meluahkan harapan supaya tarikh perbicaraan kes liwat melibatkan anaknya dapat ditetapkan segera setelah tertangguh sekian lama berikutan pelbagai permohonan yang dikemukakan tertuduh.

Azlan menegaskan, ia penting kerana hanya melalui perbicaraan anaknya akan dapat menegakkan kebenaran sekali gus menangkis segala cacian dan tohmahan yang dilemparkan secara tidak adil.

Sehubungan itu, selaku seorang bapa, beliau amat mengharapkan pihak tertuduh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mengemukakan permohonannya yang seolah-olah seperti satu strategi untuk melengahkan perbicaraan sebenar.

”Kita tidak akan berundur ke belakang walau seinci pun. Kita akan berdepan dengan keadilan di mahkamah, kita tidak risau, biarlah mahkamah menentukan segalanya.

”Sebab itu yang kita minta hanya satu tarikh bicara ditetapkan segera dan kita harap pihak satu lagi tidak lagi membuat permohonan dengan niat melengahkan kes ini. Anwar juga perlu memberi keadilan kepada Saiful”, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selepas tiga permohonan dikemukakan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada 11 Ogos lalu.

CALON PAS BUKAN ANAK BAGAN PINANG

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bukan anak kampung Bagan Pinang, justeru pengundi berhak menolak dengan tidak memberi undi, lagi pun beliau tidak akan mampu untuk membawa perubahan kepada para pengundi, para pengundi di Bagan Pinang mesti melihat kebelakang iaitu semua Wakil Rakyat pembangkang tak kira di mana mereka berada semuanya makan gaji, buta tidak seorang pun yang mampu membawa perubahan kepada rakyat.

Negeri paling lama diperintah oleh pembangkang sudah 3 penggal lebih tetapi sehingga ke hari ini tidak ada apa yang dibuat oleh pembankang. Apa yang anda lihat hari ini semuanya telah dibuat oleh kerajaan BN bermula dari bangunan sehinggalah ke tandas dibuat oleh kerajaan BN.

Justeru di Bagan Pinang pun calon PAS tidak akan dapat berbuat apa-apa selain daripada beliau sahaja yang mendapat gaji bulanan.

Calon BN Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad tidak perlu dipertikaikan lagi dari segi kamampuan, pengalaman, terutamanya pengalaman dalam bidang politik sejak 1978 bermula dengan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Naib Presiden UMNO, Menteri Wilayah Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi 1978 – 1999, Parlimen Jempul 2004 dan banyak lagi pengalaman. Anak Bagan Pinang ini tidak ada tolok bandingnya.

Justeru pengundi jangan lepaskan peluang, dan berilah peluang kepada calon BN Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad untuk berbakti kepada kampong halaman sendiri. Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan berdasarkan kepada kebolehan dan permintaan semua lapisan masyarakat di DUN 31 Bagan Pinang.

Para pengundi mampun menamatkan keangkohan PAS di Bagan Pinang dengan tidak memberi undi kepada calon PAS pada hari pembuangan undi pada 11 Oktober 2009. Hapuskan cita-cita PAS untuk bertapak di Bagan Pinang dengan cara tidak mengundi calon mereka.

Mengundi calon PAS bermakna orang Bagan Pinang akan berundur ke belakang seterusnya tidak mencapai matlamat iaitu keharmonian yang menjadi cita-cita para pengundi di semua lapisan masyarakat.