Jumaat, September 11, 2009

PAK KADOK SENTIASA BERSENDIWARA

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka sehingga kini dan insyaAllah selama-lamanya merupakan sebuah kerajaan yang prihatin kepada semua warga negara tanpa mengira warna kulit, kaum etenik, kedudukkan dari Perlis sampai ke Sabah akan tetap dibantu dalam pelbagai cara dan bentuk terutamanya dari segi pembangunan fizikal dan spiritual.

Sementara kerajaan pimpian Pak Kadok sejak dulu, kini dan selama-lamanya menanamkan semangat kebencian kepada rakyat dengan pelbagai cara yang difikirkan boleh mengutungkan perjuangan mereka tanpa menoleh ke belakang atau ke depan segala kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat termasuk Pak Kadok sendiri yang membencikan kerajaan BN, kini di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak.

Pak Kadok dan sekutunya sanggup memutar belit ayat-ayat Al-Quran, memutarbelitkan fakta sejarah kemerdekaan, melanggar undang-undang. menyerang peribadi pimpinan Barisan Nasional dengan kata-kata kesat, melalui ceramah, penulisan dalam blog, internet, risalah, majallah, surat-surat khabar milik mereka dan banyak lagi, termasuk menidakkan orang-orang UMNO dari masuk syurga Allah seolah-olah Pak Kadok dan kuncu-kuncunya memegang kunci syurga.
Pak Kadok seolah-olah mempunyai kuasa mutlak ke atas syurga, neraka dan lain-lain mengatasi kudrat illahi, apakah pandangan/pendapat seperti ini boleh diterima?

Bila kerajaan Pusat merancang untuk membangunkan satu-satu kawasan dalam negeri di bawah pemerintahan mereka. Pak Kadok terus memuji kerajaan Pusat seolah-olah kerajaan Pusat pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib merupakan kerajaan terbaik kerana sanggup membuat pembangunan di negeri mereka.

Pak Kadok seperti bagal di cucuk hidung dan di tarik untuk kepentingan puak-puak mereka. Cukuplah menipu rakyat, cukuplah membohongi rakyat, cukuplah merosakkan aqidah rakyat, cukuplah merosakkan perpaduan rakyat, sedarlah kamu telah terlanjur dalam semua aspek, bertaubatlah kamu sebelum nyawa keluar dari halkum.