Rabu, Jun 24, 2009

PAS TAKUT KEPADA PKR, DAP, AKHIRNYA MASUK DALAM PERUT SIPUT

Tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk dalam perut siput sedut tak boleh buat apa lagi, seolah-olah orang Melayu tidak ada pendirian, 10 kali berubah dalam masa 24 jam.

Patutkah orang Melayu yang digelarkan sebagai Tok Guru yang kedua-duanya dari Pantai Timur yang memimpin sebuah parti Islam, mendakwa bahawa orang UMNO memutarbelitkan kenyataan mengenai Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh salah seorang Tok Guru dari Pantai Timur, semata-mata kerana takut kepada tekanan dari bapa penipu dan bapa penderhaka kepada Sultan. Sanggup berpatah balik ke pengakuan PKR dan DAP apabila diminta kedua-dua Penasihat, yang kedua-duanya mengikut rekod merupakan manusia-manusia yang sanggup menjual negara dengan mendedahkan segala rahsia negara kepada Presiden negara asing disebabkan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian bilamana perbuatan yang dikutuk oleh Allah itu terbongkar, lalu diambil tindakan ke atasnya oleh pihak berkuasa.

Kedua-dua si janggut takut untuk meneruskan cadangan Kerajaan Perpaduan yang disarankan sendiri melalui kenyataan umum sebaik sahaja Muktamar ke-55 selesai diadakan.

Si janggut satu lagi pula dengan angkuh dan takburnya membuat kenyataan, kita PAS jangan jadi sampah seperti UMNO, kalau bersetuju dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang disarankan oleh seseorang, sila letak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan sebagai Timbalan Presiden Parti dan menyertai UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS.

Mereka berdua (yang berjanggut) tidak berada di alam nyata, mereka berada dalam perut siput tak nampak dunia, kerana dihalang oleh kulit sang binatang siput. Kalau terasa nak makan siput itu, kita kena belah/pecahkan kulit itu, kerana tak boleh nak sedut, seperti siput panjang yang wujud di Sabah. Siput yang wujud di Sabah itu boleh disedut, ditarik melalui ekor, sedap isinya tak payah dipecahkan kulitnya.

Begitulah ibarat dua orang itu, si janggut rasanya cerdik dan pandai tetapi tak boleh buat kira, tak boleh nak ajak berbincang kerana fikirannya berada dalam kotak yang kecil seperti dalam kulit siput.

Kedua-dua si janggut itu sanggup berkawan dengan si kafir dan si pengkhianat bangsa dari berkawan dengan orang Melayu yang sudah tentu ada kepentingan bersama dari sudut agama, bangsa dan negara. Manusia yang berjanggut ini bukannya orang politik, cuma meniru seterusnya berlakun seperti orang politik.

Kalau benar-benar orang politik idea yang dikeluarkan oleh si janggut yang gemuk untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan itu patut disokong kerana ianya untuk perpaduan orang Melayu tetapi si janggut kurus menentang kerana merasakan kedudukkan beliau (si kurus) tidak mendapat tempat dalam Kerajaan Perpaduan jika berjaya direalisasikan. Si kurus manusia yang paling sombong, angkoh dan hipokrit, tak sedar diri, hidup senang lenang hasil perjuangan UMNO, bukan PAS yang memperjuangkan sehingga dapat nikmat melimpah ruah.

Perjuangan mereka berdua untuk kepentingan diri bukan untuk agama dan bangsa. Pakatan antara PAS, PKR dan DAP bukannya bertulis seperti yang dibuat/dilakukan oleh BN. BN berpakat dengan cara parti-parti dalam bertulis. BN berhak mendapat mengikut perjanjian bertulis tetapi PKR, DAP dan PAS berjanji melalui air liur sahaja. Kering air liur maka hilanglah pakatan mereka.

Mengapa perjanjian antara PAS, PKR dan DAP tidak bertulis? kerana masing-masing ada udang di sebalik mee, masing-masing ingin menjadi ketua, ada niat ingin menjadikan rakan dalam pakatan sebagai kuda tungganggan mereka. Masing-masing ada niat buruk terhadap kawasan mereka.

Pakatan mereka tak kemana, akan hancur bila salah satu daripada kumpulan mereka dapat bertapak. Parti yang paling awal akan hancur ialah PAS kerana para pemimpinnya berfikiran sempit dan jumud masih berfikiran dalam kotak, sedangkan rakan mereka sudah lama berfikiran di luar kotak terutamanya pimpinan DAP.

Justeru akhirnya orang Melayu di bawah pimpinan PAS akan kehilangan segala-galanya, percayalah orang Melayu yang memimpin parti PAS akan menjadi sampah dan menjadi alat kepada DAP dan PKR. Percayalah mereka (PAS) tidak mampu berdiri tanpa DAP dan PKR. Saya cukup yakin bahawa orang-orang PAS hanya pandai melaung, berdemontrasi dan minta derma dengan menadah ketayap di tempt-tempat ceramah, orang-orang PAS mampu berteori, tetapi tidak mampu praktikal, tengoklah di Kelantan, PAS di bawah pimpinan si janggut? Rampas tanah rakyat dengan bayaran yang murah, diserahkan kepada bukan Melayu membangun kawasan berkenaan seperti yang berlaku di Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Selepas rampas, diadakan ceramah dan minta rakyat menderma dalam bentuk kekal seperti jual tanah dengan harga murah demi untuk akhirat. Inilah kerja orang PAS sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

Isnin, Jun 15, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian Persidangan Muktamar PAS baru-baru ini antara lain telah memberi penekanan kepada aspek-aspek kepimpinan dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan ceramah Allah ke atas bahu masing-masing dengan menekankan kepada proses amanah dan bersih. Hal ini ekoran pendedahan Ketua Ulamak PAS Us. Mohamad Daud Iraqi sebelum menjelang pemilihan pimpinan dalam PAS.

Selain itu Tuan Guru Hj. Hadi Awang dengan terang-terangan memberi amaran kepada semua ahli PAS tanpa mengira kedudukkan bahawa mereka dilarang membuat kenyataan mengenai cadangan beliau berhubung Kerajaan Perpaduan, semua pihak mesti patuhi.

Kerajaan Perpaduan katanya mesti ditubuhkan di negara ini, memandangkan kedudukkan orang-orang Melayu khususnya makin hari makin tertekan keadaannya. Ucapan beliau disokong sepenuhnya oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Harun Din Al-Hafiz, malah Harun Din menekankan setiap ahli PAS tidak boleh melanggar segala arahan pimpinan PAS dalam apa jua sekalipun selama arahan Presiden itu tidak melanggari syarak, malah berdosa besar melanggar arahan

pimpinan seperti firman Allah bermaksud “Taatlah Kamu Kepada Allah dan Rasul dan Pemerintah Di Kalangan Kamu”. Jelas arahan Presiden mengenai jangan membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti.

Dalam hal Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Hj. Hadi kita semua patut menyokong sepenuhnya kiranya bertempatan dengan saranan Al-Quran, justeru tidak ada sebab mengapa ahli PAS menyangah saranan Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan demi bangsa sendiri.

Islam menggalakkan Ukhuwah Islamiah antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekali pun asalkan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi lain-lain parti politik seharusnya menerima cadangan ini pada dasarnya. Selepas itu semua pihak mesti duduk semeja membincangkan tentang mikanisme pendekatan yang sepatutnya jika mikanisme diputuskan maka satu tuntutuan agama telah dapat diselesaikan, seterusnya ianya akan membawa kepada kekuatan kepada negara, juga ianya selaras dengan slogan yang dizahirkan oleh YAB. Perdana Menteri iatu 1 Malaysia.

Malaysia merupakan wahdatu al-shaf dari segi fizikal, amalan, pelaksanaan untuk mencapai satu matlamat “Wawasan 2020” inilah yang dimaksudkan dengan wahdatu al-shaf dan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS.

Khamis, Jun 11, 2009

KUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN

Jika kita ingin melihat “1 Malaysia” yang telah diwawarkan oleh Perdana Menteri sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan, maka selain dari ciri-ciri yang telah dihuraikan ada baik kiranya satu lagi, ciri perlu dititik beratkan oleh pihak berkuasa bagi membantu menjayakan konsep “1 Malaysia” iaitu memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Kebangsaan boleh diperkasakan dikalangan warganegara iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) hendaknya mengadakan atau menganjurkan siri latihan seminar dan lain-lain bagi tujuan memperkukuhkan Bahasa Kebangsaan kepada para guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah persendirian Cina dan India.

Selain itu “1 Malaysia” juga boleh dicapai dengan cara pihak menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan cara menyeluruh di semua peringkat lebih-lebih lagi peringkat permulaan persekolahan, setiap warganegara seharusnya mengutamakan Bahasa Kebangsaan, disamping bahasa ibunda masing-masing.

Dikalangan pucuk pimpinan juga seharusnya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi samada di peringkat kebangsaan atau di peringkat nasional, jika ini boleh dilakukan maka rakyat akan rasa bangga dengan pimpinan mereka. Cuba kita lihat para pemimpin Arab menggunakan bahasa mereka sehingga ke peringkat berucap di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, mereka tahu bahasa Inggeris tetapi mereka tidak menggunakannya. Dengan cara ini Bahasa Kebangsaan akan dapat diperkukuhkan dan akan terkenal di persada dunia, tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan di majlis-majlis rasmi bererti kita tidak maju atau pun kita dipandang hina. Cuba kita ingat kembali Adam Malik dari Indonesia semasa berucap di perhimpunan di Bangsa-Bangsa Bersatu selalu menggunakan bahasa Indonesia, sedangkan beliau mahir dan boleh bertutur dalam 6 bahasa termasuk Bahasa Inggeris.

Khamis, Jun 04, 2009

MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Kebelakangan ini PAS makin ghairah menggunakan masjid dan mimbar untuk menyebarkan dakyah dan ideologi sempit mereka semata-mata untuk kepentingan politik. Hal ini amat jelas dan amat ketara bila mana kita solat di masjid-masjid di negeri-negeri di perintah oleh PAS dan PKR, yang peliknya para imam/khatib di hari jumaat mengambil kesempatan melalui Khutbah Jumaat mereka untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kepada pihak lawan iaitu kerajaan BN kononnya tidak Islamik, tidak adil , zalim , rasuah dan banyak lagi, sedangkan Khutbah Jumaat merupakan rukun-rukun iaitu merupakan perkara yang patut diutamakan ianya perlu diisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh menyedarkan ahli jumaat yang hadir, bukannya di isi dengan maki-hamun kepada mereka yang dianggap musuh. Apakah para khatib tidak sedar hal ini? atau tak tahu hukum hakam, kalau begitu belajarlah jangan pandai baca khutbah semata-mata yang peliknya pemimpin PAS, PKR turut menyokong perbuatan jahiliah moden itu.

Kemuliaan Islam, agama dan institusi masjid tidak dipedulikan lagi oleh pimpinan parti Islam itu sendiri. Mereka yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat yang merupakan fardu ain kepada setiap mukalaf, jika isi kandungan Khutbah Jumaat pada hari itu tidak diisi dengan nasihat bagi menyedarkan yang hadir jumaat pada hari itu, apa jadi dengan jumaatnya? lebih-lebih lagi yang hadir jumaat pada hari itu terdiri dari pelbagai latar belakang fahaman politik, justeru mungkin boleh membawa kepada kebencian, kegelisahan yang akhirnya memecah belahkan masyarakat setempat.

YAB Dato’ Nik Aziz sendiri yang menyokong para imam yang menggunakan mimbar masjid untuk berkempen bagi menyedarkan yang hadir bahawa betapa pentingnya mereka menyokong perjuangan PAS dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan demi tanggungjawab terhadap agama. Seruan seperti sudah bertentangan dengan asas agama Islam itu sendiri. Nik Aziz sudah menggunakan nama beliau sebagai Pak Guru untuk mengelirukan masyarakat dengan pentafsiran dengan Islam.

Pimpinan PAS patut sedar masjid merupakan rumah Allah, melalui masjid-masjid dapat menyatupadukan masyarakat bukannya memecah belahkan masyarakat. Pimpinan PAS bercakap untuk menegakkan Islam tetapi pendekatan untuk mencapai matlamat tidak cara Islam cara kafir......

Selasa, Jun 02, 2009

CHIN PENG

Chin Peng tidak perlu diperbesar-besarkan lagi ........ Chin Peng jelas penjenayah ratusan ribu insan diseksa dan terseksa. Bahang kekejaman beliau dan rakan-rakannya masih terpahat di hati, suara tanggisan masih kedengaran di telinga anak, cucu mereka yang terlibat.

Mengapa nama penjenayah ini di highlight di muka depan media cetak? mengapa warganegara diingat kembali peristiwa berdarah yang dilakukan oleh penjenayah komunis ini? Hentikan dari berbincang, berbicara dan bercakap-cakap tentang Chin Peng diri yang menyembelih, menyeksa manusia-manusia yang tidak berdosa dahulu, malah segala kekejaman beliau masih segar dalam ingatan.

Bagi saya, kita lupakan Chin Peng tak payah dibela lagi, yang paling penting mereka yang mula buka mulut tentang nak bawa pulang atau yang mengsyorkan kepada kerajaan, supaya Chin Peng di bawa balik itu, perlu dikenakan tindakan yang keras, kerana sanggup mempermainkan keputusan kerajaan, bahawa parti komunis itu haram, jika komunis itu haram maka semua mereka yang terlibat juga haram. Justeru mereka yang cuba menghidup balik perkara itu dengan apa cara sekalipun tetap dianggap mengingkari keputusan maka wajar yang menimbulkan isu Chin Peng patut dihukum di bawah ISA, haram individu berkenaan masih menganut fahaman komunis, tak layak menganggotai BN.

Kerajaan diminta tidak perlu melayani kerenah-kerenah seperti ini , banyak kerja lain yang perlu dibuat.

Dosa komunis secara umum dan Chin Peng secara khusus mereka yang terlibat dengan Komunis dan juga yang bersimpati dengan komunis dan Chin Peng perlu dihukum tanpa mengira kedudukkan dalam parti dan kerajaan.

Sebagai bekas Pegawai Polis,saya cukup geram dengan mereka yang buka mulut berhubung perkara ini kerana keseksaan yang saya lalui masih dalam ingatan.